Read

15 BONANZA RAYA Maksima yang Mesti Anda Lihat — Jangan Lupa #OOTDRAYA!

gempak
Public Anonymous User
13/06/2018
04:05 MYT
Sponsor Banner
15 BONANZA RAYA Maksima yang Mesti Anda Lihat — Jangan Lupa #OOTDRAYA!
Oleh: Vee Mukhtaram

Kredit foto: Innai Red, Nurita Harith & RIZMAN RUZAINI

1. ANZALNA NASIR FOR FASHION VALET
Yang ditunggu? Musim raya menjadi kempen penting dalam kalendar Fashionvalet. Kerana itu hub fesyen ini mengangkat Anzalna Nasir sebagai wajah wakilan di samping peragawati lokal dan antarabangsa. So chic!
Lokasi: Publika
Laman web: www.fashionvalet.com

Kredit foto: FashionValet

Kredit foto: FashionValet

2. AFFECTION AFIQ M
Yang terhangat? Danielle Graham jadi wajah wakilan kempen lebaran Afiq M 2018. Mengekalkan siluet klasik namun dalam potongan mod dan bersih sajak sama selera Afiq M yang kemas, crisp dan sleek. Mainan fabrik pelikat dalam imbuhan gaya feminin berbentuk kebaya moden juga punya layangan reben ringan.
Laman e-commerce: www.zalora.com.my/afiqm/
Laman web: www.afiqm.com

Kredit foto: Afiq M

Kredit foto: Afiq M

3. ALIA BASTAMAM EID 18
Yang istimewa? Untuk koleksi luxe Alia Bastamam, pereka mengekalkan mahuan penggemar something minimal yet punya maksimum punch. Olahan mainan pleats bertakhta dalam koleksi selain daripada kurung moden dan tunik longgar layangan fabrikasi ringan memeluk tubuh santai seksi but not in your face.
Lokasi: Jalan Chempenai, Bukit Damansara
Laman web: www.aliabastamam.com

Kredit foto: Alia Bastamam

Kredit foto: Alia Bastamam

4. KELOPAK HATTA DOLMAT
Yang terbaru? Tidak lupa untuk pengemar jenamanya, Hatta Dolmat muncul bersama koleksi Petals Raya 2018. Kelopak peplum, lengan dan kaki kain jadikan persalinan lebaran ini tampak lembut, romantik dan beralun cantik sekali. Pilihan rona pastel campur tairu menjadikan penampilan hari raya lebih manis dan approachable. Berbelanja sama Hatta!
Lokasi: Shah Alam
Laman instagram: @hattadolmatofficial

Kredit foto: Hatta Dolmat

Kredit foto: Hatta Dolmat

5. JAPONAISE EDO JOVIAN
Yang terhangat? Jovian Mandagie dan Zalora menghasilkan koleksi sedia pakai ambil ilham Oriental dan diterapkan dalam persalinan ini. Pilihan daripada rona keluarga bersusu pasti menyelerakan gadis dan penggemar rekaan Jovian Mandagie. Ikat obi pada pinggang sama lengan ala kimono terbias dalam selekta raya dek Jovian untuk Zalora tahun 2018 ini.
Lokasi: Shah Alam
Laman web: www.jovian.com.my

Kredit foto: Jovian Mandagie

Kredit foto: Jovian Mandagie

6. FIZI WOO WHOA!
Yang terbaru? Koleksi sedia pakai Fizi woo untuk Fashionvalet tidak skip out on the glamour dan workmanship duo terkenal ini. Pemilihan baju kurung moden hadir dalam ajnas warna sesuai untuk mereka yang sambut hari lebaran bertema rona keluarga. Fizi Woo juga mengekalkan clusters of beading adding pizzazz to your favourite raya look.
Lokasi: Sentul
Laman web: www.fashionvalet.com/fv-raya

Kredit foto: Fizi Woo

Kredit foto: Fizi Woo

7. RAYA MAJMUK INNAI RED
Yang terhangat? Diana Danielle, Sarah Lian dan Deborah Henry telah diupah Innai Red dalam merencanakan koleksi lebaran yang diberi nama One raya. Innai Red yang punya siluet dan rekaaan juga struktur jemeki signature sudah lali sama penggemar rekaan mereka. Harmoninya rona pilihan dalam rekaan serasi subjek dan konsep kempen mereka untuk 2018.
Lokasi: PlazaDamas
Laman web: www.innaired.com

Kredit foto: Innai Red

Kredit foto: Innai Red

8. NURITA HARITH SYAWAL 18
Yang terbaru? Nurita Harith terkenal sama sentuhannya yang lembut dan penuh estetika femininity glamour rolled in one. Untuk lebaran, Nurita bermain sama what makes her fans love her. Kebaya renda hitam melekat pada tubuh, kurung kemban bertatah manikam kilat, juga draping reben dempak pada baju. Rekaan sajak untuk wanita yang mahu sentiasa tampak lawa.
Lokasi: Bangsar
Laman web: www. nuritaharith.com

Kredit foto: Nurita Harith

Kredit foto: Nurita Harith

9. NUANSA NAWRE
Yang terhangat? Floral, damask dan embossed print menjadi nuansa rekaan Nawre rona series debuting musim perayaan ini. Kurung moden diberi suntikan flirty dalam bentuk pola ropol bahu, potongan bias senget, punjuk jemeki cluster pada sejajar tubuh. Palet warna summer adi pilihan pereka dalam melarutkan koleksi sedia pakai yang mudah dan masih fashion forward.
Lokasi: Shah Alam
Laman instagram: @nawreofficial

Kredit foto: Nawre

Kredit foto: Nawre

10. GEMILANG KREE!
Yang terbaru? Kree knows how to dress them ladies, dari petite hingga berliuk tubuh eksklusif, rangkaian mementingkan keselesaan, kualiti dan fitting yang loose dan tidak constraining penggayanya. selain daripada kurung dan kebaya, Kree juga menginjak pada kebarung labuh kalis cahaya disarung sama kain lazer cut mencuri tumpuan ramai. Koleksi khas untuk Zalora.
Lokasi: Taman Tun Dr Ismail
Laman web: www.kree.my

Kredit foto: Kree

Kredit foto: Kree

11. RIZMAN RUZAINI LUXE
Yang terhangat? Be beautifully feminine dan glamour sama busana tempah Rizman Ruzaini yang pasti bikin penggayanya bak superstar. Hadir dalam tiga cerita berbeza, setiap satu hadir istimewa dalam pelbagai bentuk dan rupa. Rosette bahu menjadi yang utama selain pola ropol lembut pada kaki kain, lisu accordian dan renda membalut lengan tubuh indah sekali.
Lokasi: Midfields square
Laman instagram: @rizmanruzaini

Kredit foto: Rizman Ruzaini

Kredit foto: Rizman Ruzaini

12. ZERY ZAMRY HOMME
Yang terbaru? Hipster by Zery Zamry kembali jadi tumpuan, memilih fabrik selesa dan bebas kekangan untuk sang pria sarungkan sepanjang hari. Ada pilihan lengkap bersamping untuk sambutan lebaran lebih formal mahupun kutang lepas bercelana rona sekeluarga untuk persalinan kasual dan ringkas sekali. nah, dalam bersiap cantik sendiri, usah lupa si jejaka.
Lokasi: Shah Alam
Laman instagram: @zeryzamryofficial

Kredit foto: Zery Zamry

Kredit foto: Zery Zamry

13. KUCH KUCH RIZALMAN HAI!
Yang terhangat? Pertunjukan fesyen sedia pakai Rizalman untuk Zalora cukup mega sama persembahan tarian khas dibintangi Izara aishah dan Dato’ Rizalman Ibrahim. Pada pentas utama dilihat inspirasi bollywood diserapkan dalam setiap ceraian down the runway. saban tahun koleksi rizalman untuk Zalora jadi pilihan, tiada beza juga untuk 2018.
Lokasi: Jalan Imbi
Laman web: www.zalora.com.my

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on
14. SUMMERAYA KEMBALI!
Yang terbaru? Summeraya kembali, buah fikir Rico Rinaldi kali ini mengangkat neelofa sebagai wajah wakilannya. neelofa dilihat menyarungkan koleksi eccentric ini lengkap berturban tinggi. Mainan cetak grafik hadir berbentuk kurung moden, tunik celana oversized dan blouse jatuh. Perincian dilihat pada ajnas bahagian rekaan beri efek lebih dimensional.
Lokasi: Plaza Damas
Laman web: www.ricorinaldi.com
A post shared by RICO RINALDI (@ricorinaldi) on
15. NEFERTITI SYOMIRIZWA GUPTA
Yang terhangat? Rita suraya disiapkan bak nefertiti untuk kempen Lebaran Syomirizwa Gupta dirakam bibo aswan. Pereka bermain sama fabrik sedikit tebal membentuk siluet lebih struktur dan padat. Lisu kotak dan ropol pada tangan menjadi pilihan dalam pengayaan Lebaran 2018. Potongan duyung juga bantu bikin sang pemakai tampak lebih ramping lagi.
Lokasi: Bangsar
Laman web: www.syomirizwagupta.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live