,
Highlights

20 Peraturan Untuk Hidup Tenang Bahagia – Langsaikan Hutang, Jangan Cari Salah Orang, Jangan Ambil Hak Orang Dan...

Afiza Kamarulzaman
03/08/2020
12:02 MYT
  1. Hidup lebih aman jika tidak dibelenggu dengan hutang. Jika tidak mampu, sentiasalah berniat dan usaha untuk mencari jalan menyelesaikan hutang-pitung selekasnya, baik hutang sesama manusia juga dengan Tuhanmu.
  1. Jangan suka mencari salah dan aib orang. Kita tidak punya kuasa untuk menentukan baik buruk seseorang itu. Sebaiknya, muhasabah diri sendiri dan perbaiki kekhilafan diri.
  1. Sentiasa ikhlas dengan segala kebaikan yang telah dilakukan. Jangan diungkit dan dikenang-kenang lagi.
  1. Banyakkan sedekah dan menderma. Sesungguhnya, sedekah itu menyucikan harta kita yang mungkin bukan hak kita. Ia juga melembutkan hati yang keras.
  1. Selalulah bersyukur dengan apa jua yang kita miliki. Sifat syukur menghindari rasa tamak dan rasa sayang kepada dunia yang keterlaluan.
  1. Jangan kejar sesuatu yang bukan milik kita sehingga mengakibatkan kita kecewa apabila tidak berjaya mendapatkannya.
  1. Jangan fikirkan sesuatu yang belum berlaku sehingga membuatkan kamu runsing dan tertekan. Fikirkan yang positif dan bersangka baiklah.
  1. Usah ambil sesuatu yang bukan hak kita dan jangan sesekali kita berbuat khianat kepada orang. Dosa ini akan membuatkan hati menjadi hitam dan hidup tidak akan berkat selamanya.
  1. Jangan suka membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain kerana lain orang lain masalah dan rezekinya.
  1. Selalulah menjalinkan silaturahim baik dengan ahli keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat-handai.
  1. Berkatalah yang baik-baik. Jaga lisan. Berfikir sebelum bercakap dan menulis kerana tindakan mengguriskan hati orang akan turut mendukacitakan diri sendiri kelak.
  1. Elakkan sifat sombong dan ego kerana tiada siapa yang menyukai orang sebegini. Apabila orang tidak suka maka terputuslah kasih-sayang.
  1. Belajar untuk mendidik hati menjadi pemaaf. Apabila sudah memaafkan, belajar pula untuk melupakan. Dendam yang dibina hanya akan membawa penyakit hati.
  1. Kurangkan rasa cinta kepada harta benda dan dunia supaya apabila kita kehilangannya, kita akan cepat reda dan tidak menyesak jiwa.
  1. Hindari sikap bermuka-muka, sikap ini akan membuatkan kamu penat untuk menjaga hati banyak pihak sedangkan kamu tidak menyukainya.
  1. Tinggalkan pendebatan atau pertengkaran walaupun kamu di pihak yang benar. Sesungguhnya pertikaman lidah hanya akan memburukkan keadaan dan hubungan. Hati kamu pasti akan lebih sakit selepas itu.
  1. Doakan untuk semua walaupun mereka tidak mengetahuinya. Percayalah mendoakan orang lain, akan memberi keberkatan dalam doa untuk diri kita sendiri.
  1. Jika orang tidak menghargai dirimu, ambillah langkah mengundur diri. Jangan dijadikan api kemarahan atau benci. ‘Move on’.
  1. Jangan berkira untuk membawa kebahagiaan kepada orang lain kerana satu hari nanti bahagia itu pasti datang kepada kamu dengan pelbagai cara.
  1. Banyakkan mengingati Allah, nescaya hatimu akan tenang. Tiada siapa yang dapat menghiburkan hatimu sebaik Dia.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Ucap Birthday Noor Nabila - “I Doakan You Happy Dan Bahagia Dunia Akhirat”

gempak
04/09/2024
02:25 MYT
Perkongsian aktor Sharnaaz Ahmad menjadi perhatian apabila membuat ucapan hari ulang tahun kelahiran kepada bekas isterinya, Noor Nabila, pada Rabu.
Hiburan

“Kita Tak Boleh Mengharapkan Semata-Mata Bahagia & Tidak Boleh Menolak Kecewa” - Alif Teega

gempak
03/09/2024
06:25 MYT
Selepas kontroversi mengenai isu seleweng derma dan kes isteri fail penceraian, setiap hantaran yang dibuat pempengaruh Alif Teega pasti meraih perhatian wargamaya.
Hiburan

Ellie Suriaty Akui Bahagia, Sedang Kenal Hati Budi Seorang Jejaka - “Malu, Itu Pun Saya Tanya Tak Kisah Ke Lebih Tua? Saya 53 Tahun”

gempak
30/08/2024
01:55 MYT
Pelakon, Ellie Suriaty, 53, mengakui dia kini berkawan rapat dan sedang mengenali hati budi seorang jejaka yang dikenalinya sejak setahun lalu.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.