Rambut sihat bersinar

1. Untuk memiliki rambut mengilau berkilat, gunakan sebiji telur yang dipukul. Kemudian, lumurkan ke seluruhan rambut yang dibasahkan terlebih dulu. Biarkan selama 15 minit sebelum disyampu dan dibersihkan.

2. Bagi yang mahu rambut bersinar, hancurkan isi avokado. Basahkan rambut dan lumurkan kisaran avokado itu ke serata rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum rambut dibilas bersih.

3. Untuk melembutkan rambut tanpa menggunakan perapi, kamu boleh menggunakan sesenduk cuka epal yang dicampur dengan sesenduk air biasa. Sisir merata ke seleuruhan rambut. Biarkan selama lima minit dan bilas bersih selepas itu.




Kredit Foto: Google



Kening lebat tebal

4. Ambil lendir lidah buaya, sapukan ke serata kening. Biarkan semalaman sepanjang kamu tidur.

5. Minyak kelapa dikatakan sangat baik dalam melebat dan menyuburkan bulu kening. Nah, sapukannya sambal diurut-urut bahagian kening tersebut sehingga minyak meresap.

6. Jus bawang mungkin baunya agak tidak menyenangkan tetapi ia juga berkesan untuk melebatkan kening. Sapukannya pada alis dan biarkan selama 30 minit sebelum kening dicuci bersih.




Kredit Foto: Google




Bulu mata lebat lentik

7. Teh hijau kaya dengan flavonoid yang dapat merangsang pertumbuhan bulu mata. Rendamkan teh hijau ke dalam air panas sampai ia berada pada suhu bilik, barulah ditekapkan airnya ke bulu mata menggunakan kapas.

8. Ambil air kelapa, embunkan untuk semalaman. Keesokan paginya, cucilah bulu matamu menggunakan air kelapa tersebut. Rehatkan seketika sebelum bulu mata dibersihkan menggunakan air biasa.

9. Tumbuk tangkai daun sirih, kemudian campurkan dengan lendir lidah buaya. Sapukan pada bulu mata. Biarkan selama 30 minit sebelum dicuci bersih bulu mata.




Kredit Foto: Google



Gigi putih bercahaya

10. Strawberi bukan saja sedap dimakan tetapi boleh dijadikan pemutih gigi. Caranya, lenyekkan buah strawberi dan gosokkan pada barisan gigimu setiap hari.

11. Campurkan tiga sudu baking soda dengan sesudu air biasa. Gaun sebati. Kemudian gosokkan pada gigi. Jangan diamalkan selalu, cukup sekali dalam seminggu.

12. Apabila memakan pisang, jangan dibuangn kulitnya. Ia boleh dimanfaatkan untuk mencantikkan gigimu juga. Gosokkan kulit pisang pada gigi untuk beberapa ketika, biarkan seketika sebelum berkumur.




Kredit Foto: Google




Bibir indah menawan

13. Untuk memerahkan bibir yang kelihatan lebam, gunakan perahan jus limau nipis yang dicampurkan dengan sedikit air suam. Biarkan campuran jus itu pada bibir untuk 10 ke 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Limau nipis kaya dengan vitamin C.

14. Walaupun kunyit berwarna kuning, ia juga boleh dijadikan azimat untuk memerahkan bibir. Campurkan sesudu serbuk kunyit dengan sesudu susu. Kemudian, sapukan pada bibir dan biarkan selama lima minit sebelum dibersihkan dengan air biasa.

15. Bagi bibir yang kering, lembapkannya dengan menyapu minyak badam yang mengandungi vitamin E sebelum masuk tidur.




Kredit Foto: Google




Wajah cerah bercahaya

16. Singai beras pulut sehingga kekungingan. Kemudian, tumbu sehingga hancur. Setiap kali mahu menggunakannya, campurkan dengan sedikit air dan tempeklah ke muka seperti masker. Biarkan beberapa lama sebelum wajah dicuci bersih.

17. Untuk mencerahkan kulit juga, kamu boleh menggunakan buah tomato yang dijadikan skrub muka. Caranya, potong dua tomato, kemudian tenyehkan ke muka biarkan selama 15 minit sebelum dicuci bersih wajahmu.

18. Selepas mencuci beras, jangan dibuang air bilasan beras itu. Kamu boleh menggunakannya untuk mencuci muka. Ia dikatakan dapat mencerah dan menejrnihkan raut wajah.




Kredit Foto: Google



Kulit badan licin

19. Rawatan skrub badan sangat penting untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menyerlahkan kulit baru yang lebih licin lembut. Cara membuat skrub badan sendiri mudah sahaja. Campurkan serbuk kopi bersama gel mandian kamu. Gosokkannya ke serata tubuh. Kemudian mandi seperti biasa. Kulit akan licin segar selepas itu.

20. Sediakan dua senduk gula bersama pisang dan madu secukupnya. Gaul sebati kesmeua bahan itu dan gosokkan ke serata tubuh. Biarkan selama 10 minit sebelum badan dicuci bersih.

21. Keraplah mengurut badan menggunakan minyak zaitun, argan atau apa sahaja minyak yang mengandungi lembapan. Sapu dan oleskan ke serata kulit badan. Kulit tubuh bukan sahaja lembap malah kelihatan berkilau.




Kredit Foto: Google



Tubuh lansing kurus

22. Hiris setengah biji lemon. Campurkannya ke dalam segelas air suam. Amalkan meminumnya setiap pagi untuk membantu kamu mengawal selera makan dan meningkatkan tenaga.

23. Kisarkan 300gram nenas, empat biji buah strawberi dan beberapa biji buah anggur untuk dijadikan jus. Minum campuran ini setiap hari untuk membantu proses penurunan berat badan.

24. Mengamalkan minum teh hijau panas juga dikatakan mampu mengurangkan berat badan. Cubalah secawan pada waktu pagi dan malam.




Kredit Foto: Google



Kuku cantik berkilat

25. Pecahkan seulas bawang putih yang sudah dibuang kulitnya. Sapukannya pada kuku untuk menyinarkan kuku yang pucat dan pudar. Amalkannya tiga kali seminggu.

26. Belimbing buluh bukan setakat enak dibuat gulai, ia juga boleh dijadikan bahan mencantikkan kuku. Caranya, gosokkan sahaja buahnya pada kuku. Ulangi dua ke tiga kali dalam seminggu.

27. Jika kamu mempunyai kuku yang rapuh dan mudah patah, gosokkan bawang merah pada kuku sekerap yang boleh. Ia membantu menguatkan kukumu sambal menyinarinya.


Kredit Foto: Google



Tumit kaki licin

28. Masukkan beberapa keeping asam gelugor atau asam keping ke dalam besen berisi air suam. Rendamkan kaki ke dalam besen itu selama 20 minit. Lakukannya selang sehari untuk mendapatkan tekstur kulit tumit kaki yang licin.

29. Jika terjumpa rumput yang masih berembun di awal pagi, ambil peluang itu dengan menggosokkan tumit kaki di atasnya. Inilah kepercayaan amalan orang dulyu-dulu.

30. Ambil getah betik muda dan gosokkannya pada tumit kaki. Biarkan selama 10 ke 15 minit sebelum tumit kaki dicuci bersih.