Walaupun aktiviti seninya agak perlahan kini, namun Datin Fouziah Gous tidak goyang kaki. Selain sibuk sebagai isteri dan ibu, beliau kini aktif sebagai usahawan.

Bersempena ulang tahun kelahirannya pada 11 Disember, jenama perhiasan pinggan mangkuk — Artelia berbesar hati menyambut ulang tahun Datin Fouziah Gous bersama rakan media di butik Artelia, Bangsar Shopping centre.







InTrend berkesempatan bertanya kepada Datin apa yang paling dia obseskan apabila menjengah butik Artelia? Katanya pinggan mangkuk adalah barangan yang paling buat dia teruja untuk terus berlama-lama di dalam kedai itu. Menurutnya dapur itu adalah tempat hati dan jiwanya bersemi!

Malah datin berkongsi dia mempunyai satu habit pelik di rumah, — “Apabila bangun dari tidur saya mesti turun ke dapur dan buka peti ais lepas tu tutup, berjalan dan buka balik. Entahlah. Itulah rutin saya setiap kali pergi ke dapur.”




Kredit foto: InTrend Malaysia

A post shared by Artelia (@artelia.my) on

OBSES DENGAN DAPUR

Beliau mengakui sangat obses dengan kawasan dapur. Para wanita pastinya akan teruja dalam bab perhiasan rumah. Begitu juga dengan Datin Fouziah Gous, mereka sekeluarga bakal berpindah ke rumah baru, ternyata banyak persediaan untuk berpindah bagi memenuhi ruang rumah.

Bagi beliau pula, persediaan awalnya adalah set pinggang mangkuk. Belum pun sempat berpindah, kini Datin Fouziah Gous sudah memiliki empat koleksi pinggang mangkuk untuk digunakan di rumah baru nanti.


Malah, beliau sanggup menghabiskan masa selama empat jam untuk membelek set-set pinggan mangkuk. Itulah namanya wanita…


Kredit foto: InTrend Malaysia

DAPUR IDAMAN

Apabila ditanya tentang dapur idaman ternyata wajah Datin begitu berseri-seri. Katanya, beliau idamkan dry kitchen dan wet kitchen seperti stainless steel, heavy-duty dan yang membolehkan beliu masak untuk ramai orang.

Menurut Datin, dia membeli set pinggan mangkuk bukan untuk perhiasan semata-mata tetapi biarlah dapat digunakan buat seluruh keluarganya dan juga tetamu yang datang ke rumahnya kelak.

Jadi tidak salah kita berbelanja untuk menghias dapur dengan cantik demi kepuasan sendiri dan meraikan tetamu.



Kredit foto: InTrend Malaysia



A post shared by Artelia (@artelia.my) on