Highlights

5 Amalan Menjemput Rezeki – Cuba Amalkan. Mana Tahu, Ada Rezeki Lain Yang Allah Beri Pula.

gempak
Huda Hussain
27/07/2020
11:09 MYT
Sponsor Banner
5 Amalan Menjemput Rezeki – Cuba Amalkan. Mana Tahu, Ada Rezeki Lain Yang Allah Beri Pula.
Orang-orang tua kita percaya kepada keberkatan rezeki. Kata mereka, sama ada cepat atau lambat jika itu sudah tertulis dan termaktub rezeki kita; waima apa cara sekalipun pasti ia akan berpihak kepada kita. Juga, andainya sudah tertulis bukan rezeki dan milik kita; buatlah dengan cara apapun ia takkan jatuh dalam genggaman kita. Namun itu tidak menghalang kita daripada cuba amalkan petua ini. Untuk menjemput dan melapangkan rezeki. Pasti ada keberkatan disebaliknya.
Kredit Foto: Google
  1. Jangan Berkira Dan Beri Duit Kepada Ibu Ayah
Bukan nilai menjadi ukuran. Sama ada kecil atau besar, jika ikhlas dan datangnya dari sumber yang halal lagi berkat pasti Allah akan melipat gandakannya. Walau sesempit mana sekalipun, usahakan untuk hulurkan duit kepada mereka setiap bulan. Berilah jumlah yang anda mampu. Saat anda hulurkan kepada mereka, nescaya ia akan disertai dengan doa. Dan anda pasti maklum berbekalkan doa merekalah anda meraih apa yang diperoleh hari ini. Percaya dan yakinlah, disebalik kesukaran dan kesempitan kita itu; Allah akan permudahkan dan hadirkan rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka. Ini bukan magik tetapi logik!
Kredit Foto: Google
  1. Amalkan Solat Dhuha
Umum mengetahui, antara kunci kepada murahnya rezeki adalah dengan mengamalkan solat sunat Dhuha. Dan bagi mereka yang bekerja, bergegas setiap hari mungkin waktu dan durasi solat sunat Dhuha ini menjadi kekangan. Tetapi ia bukan halangan jika anda berusaha melaksanakannya. Cuba amalkan mengikut kemampuan. Sama ada dua atau empat rakaat. Lakukan dengan penuh istiqamah serta dalam masa sama yakin dengan kuasa Allah. Dengan izin-Nya anda akan diberkati, dirahmati dengan limpahan rezeki.
Kredit Foto: Google
  1. Kuasa Sedekah
Pasti ramai juga tahu mengenai kuasa sedekah. Kata orang tak perlu tunggu kaya untuk bersedekah. Sebaliknya banyakkanlah bersedekah untuk kaya. Ya, itulah fitrahnya. Dalam erti kata lain, apabila bersedekah anda telah membantu meringankan beban mereka yang ditimpa kesusahan. Tetapi perlu diingat, bersedekahlah dengan niat kerana Allah dan mahu membantu. Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau betapa kepinginnya anda mahu capai lebih daripada apa yang diraih.
Kredit Foto: Google
  1. Jangan Liat Bayar Hutang
Kerana hutang itu akan dituntut walaupun kita sudah meninggal dunia, maka menjadi kewajipan kita untuk melangsaikannya. Jangan bertangguh membayar hutanglebih-lebih lagi sekiranya anda sudah berjanji untuk membayarnya. Contohnya anda sudah berjanji akan membayar pada sekian tarikh. Tetapi ada sahaja kekangan. Lantas akan hadirlah beberapa siri ujian. Misalnya kereta rosak, dompet tercicir dan lain-lain lagi. Ia mungkin berlaku kerana doa daripada orang yang teraniaya itu Allah kabulkan. Oleh itu, hutang yang anda tak bayar ‘dibayar dengan cara terpaksa’ yakni menukar tayar baru, perbaiki itu dan ini yang mana rosak. Haaa, pernah terjadi tak?
Kredit Foto: Google
  1. Berbuat Baik Dengan Binatang
Antara cara mudah yang boleh dilakukan adalah dengan memberi makan kepada binatang. Ataupun membantu binatang yang tersepit, terjatuh atau membawa ke klinik haiwan. Percayalah berbuat baik dan menunjukkan sifat belas ehsan kepada binatang akan digantikan dengan kebaikan dan rezeki untuk anda. Kerana apa kita dituntut berbuat baik kepada binatang? Kerana ia juga adalah makhluk dan ciptaan Allah. Jangan menzalimi apatah lagi melakukan perbuatan terkutuk lagi kejam terhadap ciptaan Allah ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live