gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Ammar Ahyan Tak Bagi Aliff Syukri Ulas Isu Telur Masam, Netizen Puji Pandai Didik Anak - “Bagus Akhlaknya, Matang & Penuh Adab”
HIBURAN
Rai 30 Tahun Dalam Industri Muzik, Konsert Violet Skies Siti Nurhaliza Di Arena Of Stars Genting Highlands Julai Ini!
HIBURAN
LaLaLa Fest 2025 Gegar Jakarta Ogos Ini! LANY, Camila Cabello & Black Eyed Peas Antara Line Up Gempak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tak Balik Sabah Tahun Ini, Wani Kayrie Rindu Kemeriahan Beraya Di Kampung - “Tak Dapat Balik Sebab…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
02/04/2025
15:25 MYT
Sponsor Banner
Tak Balik Sabah Tahun Ini, Wani Kayrie Rindu Kemeriahan Beraya Di Kampung - “Tak Dapat Balik Sebab…”
Penyanyi Wani Kayrie meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat pulang ke kampung halamannya di Sandakan, Sabah untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.
Bagaimanapun, Wani tetap bersyukur kerana masih dapat meraikan Syawal bersama keluarga tercinta di Kuala Lumpur.
“Untuk tahun ini saya beraya di Kuala Lumpur sahaja, tak dapat balik Sabah sebab Allah nak bagi saya beraya dengan keluarga di sini pula.
“Persiapan pula sederhana sahaja tiada yang istimewa, tapi apa yang penting adalah saya dapat berkumpul dengan keluarga dan itu sudah menjadi satu yang sangat bermakna untuk saya,” katanya.
Bercerita tentang kemeriahan Syawal di kampung halamannya, pelantun lagu Nyam Nyam Ketupat ini mengakui bahawa tradisi menaiki lori beramai-ramai untuk menziarahi rumah saudara-mara adalah antara momen yang paling dinantikannya setiap kali Hari Raya.
Selain itu, Wani turut berkongsi satu lagi keunikan beraya di Sabah – majlis perkahwinan yang diadakan hampir setiap hari sepanjang Syawal.
“Kalau beraya di Sabah, benda yang paling saya nanti-nantikan adalah beraya naik truck ramai-ramai bersama keluarga untuk kita berkunjung rumah ke rumah selepas itu kami akan ke pantai untuk bergambar.
“Lagi satu menarik beraya dekat Sabah ni, setiap hari akan ada orang kahwin. Macam tahun lepas saya beraya dekat sana seminggu itu semua kahwin, saya jadi tertanya nak pergi beraya ke nak pergi kenduri kahwin. Tapi bagi saya itu adalah kemeriahannya.
Berkongsi mengenai makanan tradisi Sabah ketika raya, Wanie mencadangkan agar sesiapa yang belum pernah ke Sabah mencuba hidangan unik seperti burasak.
Lebih menarik, sekiranya bertuah tetamu mungkin dapat menikmati makanan laut yang segar yang dihidangkan oleh tuan rumah.
“Kalau orang yang tak pernah pergi Sabah, anda kena cuba makan burasak. Kalau kat sini kita makan lontong dengan nasi impit kat Sabah kita makan burasak sangat rare. Saya juga suka makan pulut dengan sambal ikan bilis.
“Dan jangan terkejut kalau anda beraya di Sabah anda akan dihidangkan dengan makanan laut, sebab kat sana itu perkara biasa,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#Wani Kayrie
#Naik Lori
#Nyam Nyam Ketupat
#Raya Sabah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement