Instagram, salah satu platform media sosial popular kini menjadi pilihan masyarakat untuk mengabadikan momen indah, aktiviti atau apa jua yang dilakukan saban hari. Bukan sahaja individu biasa, malah selebriti juga tidak ketinggalan memanfaatkan medium ini.


Menurut statistik, 90 peratus pengguna Instagram terdiri daripada mereka yang berumur 35 tahun ke bawah dan terkini Instagram mempunyai 1 bilion pengguna aktif dalam tempoh sebulan. Maka tidak hairanlah semua bagaikan berlumba-lumba muat naik foto, video dan IGTV untuk tatapan pengikut masing-masing.


Dan bagi anak-anak pasangan selebriti ini, mereka turut merasai tempias populariti ibu bapa mereka. Waima ia dicipta untuk apa jua tujuan sekalipun, usahlah dikecam atau dibanding-bandingkan anak artis mana yang comel, ramai pengikut dan sebagainya.


Apa yang penting, medium ini juga boleh jadi lubuk buat duit simpanan mereka juga tau! Berikut InTrend kongsikan sebahagian daripada anak-anak selebriti yang punya akaun Instagram sendiri. Pasti kamu juga salah seorang daripada pengikut mereka kan?




1. Ardy Wira

A post shared by Ardy Wira Bin Ardy Shafiq (@ardywira_) on

Putra sulung kepada selebriti Betty Rahmad dan Ardy Damis yang diberi nama Ardy Wira dilahirkan pada jam 6:29 petang tanggal 19 Januari 2019. Bayi seberat 3.26kg ini terus mencuri perhatian dengan keletahnya dan susuh tubuh comelnya hingga bikin semua naik geram melihatnya.


Baru berusia lapan bulan, Ardy Wira kini punya pengikut seramai 154 ribu (sehingga artikel ini ditulis). Malah ada dalam kalangan netizen menyifatkan tidak sah hari mereka kalau tak tonton video dan foto Ardy Wira. Itulah penangan si comel ini.






2. Raden Muhammad Rafael

A post shared by Raden Muhammad Rafael (@radenrafaelraf) on

Muka Mummy! Melihat perjalanan selebriti Mawar Rashid kala hamilkan Raden Muhammad Rafael sarat inspirasi. Masakan tidak, ketika sarat hamilkan Rafael; Mawar berjaya menamatkan pengajiannya beberapa bulan sebelum melahirkan putra sulungnya.

Dilahirkan pada 13 Mac 2019 secara normal, netizen setia mengikuti perkembangan Rafael yang kini punya pengikut seramai 142 ribu.






3. Azzahra Jiwa Asyraf

UncleOnty semua apo kabaaaaar? ?

A post shared by Azzahra Jiwa Asyraf (@azzahrajiwaasyraf) on

Anak kedua kepada pasangan Tya Arifin dan Muhammad Asyraf ini turut mencuri tumpuan. Dilahirkan pada 9 Mei 2019, serentak itu juga sudah ada akaun Instagram. Dan sehingga artike ini diterbitkan, Zahra sudah punya pengikut seramai 146 ribu.


Seronok admin ‘scroll’ IG nya dan rezeki Tya juga kerana menyusukan Zahra sepenuhnya, seperti juga Betty Rahmad yang menyusui Ardy Wira. Patutlah tembam dan sihat!







4. Sarima Samheizy​


A post shared by Sarima Samheizy (@sarima_samheizy) on

Anak kedua kepada pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ini boleh tahan juga comelnya. Melihat liuk dagunya itu bikin admin geram bagai nak gigit! Apatah lagi melihat senyuman terukir dibibirnya, alahai manisnya.


Dilahirkan pada 17 April lalu, sehingga kini Sarima punya pengikut seramai 107 ribu di Instagram. Nak tengok kelibat Sarima lagi? Jangan lupa follow okey!







5. Alisa Aisyah

A post shared by Alisa Aisyah Hairul Azreen (@thealisaaisyah) on

Anak kedua pasangan selebriti popular Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini lahir pada 24 Mei 2019, jam 5.59 petang Jumaat. Posting pertama dimuat naik pada 3 Jun mendapat 205,255 likes dan terbukti pengaruhnya cukup besar.

Baru berusia empat bulan lebih, Alisa kini punya pengikut seramai 602 ribu okey!






6. Mohamad Eidrees

A post shared by Eidrees Hanif (@mohamadeidrees) on

Anak sulung Anzalna Nasir dan Hanif Zaki ini lahir pada 31 Mei 2019 dan kini mempunyai pengikut seramai 87.9 ribu di Instagram. Instagram yang dipantau sepenuhnya oleh Mummy dan Daddynya, kelahiran Eidrees disifatkan sebagai memecah tradisi kerana umum mengetahui ahli keluarga Anzalna dimonopoli perempuan.


Moga Eidrees membesar dengan sihat dan ceria okey!







7. Dariya Inara

A post shared by Dariya Inara (@dariyainaraofficial) on

Genap setahun usianya tanggal 25 April lalu, Dariya Inara muncul memeriahi hidup Sari Yanti dan Jep. Alahai, comel aje admin lihat gelagat Inara. Punya pengikut seramai 292 ribu, agaknya iras wajah Inara lebih kepada abah atau mamanya?







8. Mikayla Delisha Hakim

A post shared by MikaylaDelishaHakim (@mikayladelishahakim) on

Lahir tanggal 12 Julai 2018, pejam celik pejam celik Mikayla Delisha sudahpun berusia setahun dua bulan. Punya pengikut di Instagram seramai 175 ribu, anak ketiga kepada pasa