Ada seorang teman masih belum berkahwin berkata, “kalau aku nak kahwin, aku nak cari suami macam *****. Baik, tak tinggal solat, selalu mengaji, tak lupa isteri, selalu bagi hadiah...”


Saya tanya pula, “mana tahu?”


Dia jawab, “followlah IG dia. Suka tengok cara dia layan isteri dia!”


Mudahnya jatuh hati dengan seseorang hanya melalui video dan kapsyen yang dikongsi di media sosialnya.


Kalau dia mampu menghabiskan banyak masanya melayan media sosial, agak-agak berapa jam masa yang betul-betul dia peruntukkan untuk anak isteri dalam seharinya?


Adakah berkongsi cinta di media sosial itu lebih tinggi nilainya berbanding seseorang yang jarang melayan media sosial, sebaliknya banyak menghabiskan masa berkualiti dengan anak isteri? Yang mana lebih baik?


Untuk apa memuaskan hati pengikut berbanding membahagiakan jiwa isteri? Sejauh mana telusnya cinta suami yang hanya dirakam di media sosial?



Berkasih-sayanglah Secara Nyata


Maka, usahlah dijadikan media sosial sebagai platform mengukur cinta seorang suami atau melabelkan baik buruk hubungan sebuah rumah tangga.


Tidak berkongsi kisah keluarga bukan bermakna tak bahagia. Terlalu mendedahkan pula tak semestinya benar-benar gembira seperti yang dipaparkan.


Seorang teman mengadu kisah rumahtangganya. Suaminya langsung tak romantik. Tak pernah buat surprise, selalu lupa tarikh penting mereka seperti ulang tahun perkahwinan, malah jarang mahu ‘selfie’ bersama.


Saya tanya pula, “suami you jahat ke?”


Dia terkejut dengan soalan bisa saya itu, “kenapa tanya macam tu? Dia okeylah.”


Saya tanya lagi, “Dia ada pukul you ke? Menyongkong ke? Cemburu buta ke? Kedekut ke?”


Semua tekaan saya itu dibalas dengan gelengan kepala.


“Jadi, apa yang nak dikeluhkan? Bagi hadiah, ingat tarikh anniversary bukan wajib. Mungkin dengan bagi you kebebasan buat apa saja, tolong jaga anak dah cukup sebagai tanda sayang dia buat you. Ada isteri yang dapat suami kaki pukul, gila perempuan dan ada pula yang ‘anak mak’. Jadi, you kategori apa?”

Diam diam dan terus ubah topik.







Penilaian Kita Kepada Suami Adalah Apa ‘Expectation’ Kita?


Inilah hakikatnya. Selagi suami itu mampu menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami dengan menjaga nafkah zahir dan batin, tidak membawa mudarat fizikal dan mental kepada isteri, selagi itulah suami masih dikira ‘okey’.


Bukan senang mahu mencari suami yang sempurna dalam dunia yang nyata ini. Ada baik dan buruk itu biasa. Terserah kepada kita bagaimana untuk menerima dan ‘handle’?


Jangan suka buat perbandingan antara suami kita dengan suami orang lain. Lain orang, lain cara menginterprestasikan maksud sayangnya kepada isteri.


Kita sendiri tidak tahu apa yang dilalui oleh pasangan itu? Ya, mungkin suaminya romantis tapi sejenis yang mengongkong. Atau suaminya jenis suka mencipta ayat-ayat puitis tapi tidak pernah bantu isteri di rumah.


Jadi, adakah anda rasa isteri itu benar-bear bahagia? Entah-entah kalau dia tengok suami anda, dia pun ingin memiliki suami seperti suami anda itu.


Maka, belajarlah menerima kelebihan dan kekurangan si dia. Jadi pelengkap kepada kekurangan yang dimilikinya. Bersyukur dan terima seadanya.