Hiburan

Aliff Syukri Dikecam Ambil Kesempatan Jual Mask RM25 Satu, Kantoi LIVE, Eksperimen Mask Tembus Air.

gempak
Afiza Kamarulzaman
19/04/2020
05:06 MYT
Sponsor Banner
Aliff Syukri Dikecam Ambil Kesempatan Jual Mask RM25 Satu, Kantoi LIVE, Eksperimen Mask Tembus Air.
Siapa tidak kenal usahawan kosmetik terkenal, Dato Aliff Syukri yang tidak pernah reda dengan cetusan kontroversi. Walaupun ketika negara dilanda wabak Covid-19 dan semua kita dalam keadaan PKP, nampaknya nama beliau tetap membahang dek live yang dibuatnya semalam. Bukan perkara baru apabila Aliff Syukri melakukan live atau memuatnaik apa sahaja ‘content’ untuk media sosialnya, namun semalam lebih kecoh apabila beliau mempromosikan produk barunya, topeng muka yang dikatakan ‘menipu’ oleh netizen.
Topeng Muka RM25 Sekeping Dikatakan Melampau
Topeng muka berwarna hitam dengan corak bunga itu dikatakan hasil keluaran syarikatnya dan dijual pada harga RM25 sekeping – satu tangga harga yang melampau mahalnya bagi kebanyakan netizen! Beberapa komen yang dinaikkan netizen mengecam tindakan usahawan itu yang dikatakn mengambil kesempatan pada saat-saat kritikal sekarang ini. Ada yang tidak berpuasa hati dengan mempersoalkan kualiti topeng muka itu sama ada mencapai piawaian seperti topeng muka yang disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia?
Tak Mahu Kalah, Aliff Buat Eksperimen
Tidak mahu kalah dengan kritikan netizen di live beliau itu, Aliff Syukri bertindak melakukan eksperimen ke atas topeng muka tersebut dengan meletakkan air ke atasnya. Tujuannya untuk melihat sama ada topeng itu kalis air atau tidak. Dan, nampaknya eksperimennya itu menjadi bahan kepada dirinya semula apabila terdapat titisan air daripada bawah kain tersebut! Bocor! Perkara itu menjadi tembakan bertalu-talu para netizen yang mempersoalkan kualiti topeng muka berharga RM25 itu. Tidak berhenti di situ, geram dengan kecaman demi kecaman netizen, Aliff Syukri tidak diam atau menamatkan live tersebut. Sebaliknya, melakukan pula eksperiman yang sama ke atas topeng muka standard yang selalu digunakan kebanyakan orang. Sekali lagi, Aliff Syukri terdiam apabila ternyata topeng muka itu tidak bocor!
Apa Pun, Pengguna Ada Pilihan
Ternyata, strategi promosinya kali ini mencetus kontroversi lagi. Apa pun cara dan gaya beliau, pengguna ada pilihan sendiri untuk membeli atau tidak. Tiada sesiapa memaksa. Maka, gunakanlah akal yang bijak untuk membuat keputusan. Seperti yang kita ketahui, beliau seorang ahli perniagaan, maka sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan produknya itu laris dan diburu pengguna. Apa pun, kita berharap Aliff Syukri kekal tabah seperti selalunya. Dan, lebih berhati-hati dalam mengenengahkan produk yang mahu dijual. Seorang peniaga yang baik itu harus ada rasa kebertanggungjawaban terhadap masyarakat dan tidak sesekali menjual sesuatu produk yang boleh ‘merugikan’ atau menganiaya pengguna. Apa pun, kekal di rumah, kekal positif dan kita mesti menang melawan wabak Covid-19!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live