gaya hidup
Allahu… Tak Tahu Saat Ditidurkan, Suami Dan Anak Bongsu Dah Meninggal Ketika Jalani Kuarantin Dirumah.
Peringatan demi peringatan diberi supaya ramai tak leka dan lupa. Jangan terlalu selesa dek kebenaran dine-in terutamanya yang baru diumumkan sebelum ini hingga ada yang mengabaikan SOP. Dan kisah realiti disebalik apa yang dilalui barisan frontliners akan terus didendangkan supaya masyarakat cakna dan benar-benar memahami mengenai kepentingan vaksin. Penting untuk dikongsi agar semua membuka mata dan peka dengan pandemik yang masih belum nampak titik noktahnya.
Ulanglah berjuta kali skrip yang sama tentang mengapa perlu mengambil vaksin. Kerana hakikatnya masih ada dalam kalangan kita khususnya antivaksin yang memandang enteng hal ini. Seperti apa yang dikongsikan Pakar Anestesiologi dan Rawatan Rapi, HKL, Dr Hana Hadzrami di facebooknya.
Kredit Foto: Google
Dah lama kami tak nampak warga emas masuk ICU. Hampir 2 bulan tak nampak bayang mereka. Kali ini, majoriti pesakit kami dari golongan belia (40-50 tahun ke bawah).Antara pesakit warga emas terakhir saya bulan lepas ialah seorang makcik umur 60an. Banyak pula komorbiditi. Satu rumah kena kuarantin (beliau, suami dan anak bongsu).
Pastilah beliau kena intubate, telangkup dan melalui rutin biasa kategori kritikal. Alhamdulillah beliau akhirnya berjaya diselamatkan.
Kredit Foto: Google
Namun beliau tak tahu saat dia ditidurkan, suami dan anak bongsu beliau dah meninggal ketika menjalani kuarantin rumah. Apabila dia dah sedar, anak-anak lain tak benarkan kami beritahu kerana kondisi beliau masih lemah.Apabila beliau minta dihubungkan dengan anak-anak; kami aturkan video call dengan anak perempuannya. Bila dia minta dihubungkan dengan anak lelaki bongsunya; kami berdalih kata tiada contact number.
Satu rumah tolak vaksin. Hanya anak-anak lain yang bukan serumah yang ambil vaksin. Mereka pun positif tetapi sihat semuanya.
Bayangkan jika dia tahu akibat keputusan menolak vaksin beramai-ramai menjadi asbab suami dan anak lelaki yang baru berumur 25 tahun meninggal akibat Covid. Tak terbayang betapa besar kekesalannya. Biarlah dia tahu sendiri.
Ada seorang pakcik berumur 70an telah dibawa ke kecemasan, juga akibat jangkitan Covid kritikal. Beliau pun menolak vaksin kerana pengaruh keluarga. Hanya menelan ivermec*** berhari-hari, dibekalkan oleh isteri muda beliau.
Kredit Foto: Google
Saat dia tercungap-cungap dibawa ke hospital barulah dia tergerak hati nak daftar vaksin. Namun segalanya dah terlambat. Tak sampai 24 jam di ED beliau dah dipanggil menghadap Tuhan. Kami pun hairan. Pil viagra keluaran Pfizer dia percaya. Vaksin keluaran Pfizer dia tak percaya pula.Apa pun kami berharap semua orang gembira dengan pilihan hidup masing-masing dan meninggal tanpa penyesalan.
Kredit: Hana Hadzrami
Sukahati anda nak pilih perisai yang mana. Kami FL cabuk ini tetap berdiri teguh melawan gelombang demi gelombang demi menyelamatkan anda.
Must-Watch Video