Personaliti

Amalan ZIARAH Memang Bagus, Tapi Sekarang Bukan Masanya – Tuan Rumah Kena Tegas Demi Kebaikan Bersama.

gempak
Penulis Jemputan
27/01/2021
02:22 MYT
Sponsor Banner
Amalan ZIARAH Memang Bagus, Tapi Sekarang Bukan Masanya – Tuan Rumah Kena Tegas Demi Kebaikan Bersama.
Teks: Nor Hatina Shuib
Bunyinya agak kasar tetapi ini kisah realiti dihadapi masyarakat hari ini yang mahu berperang memutuskan penularan wabak Covid-19 yang semakin hari semakin parah namun pada masa sama dalam dilema samada mahu menerima kehadiran tetamu atau menolaknya secara baik.
Bimbang hubungan yang jernih bertukar keruh walaupun pada masa risau jika berlakunya penularan virus Covid-19 ini.
Lihat saja orang sekeliling kita yang dibawa menaiki ambulans ke hospital secara tiba-tiba tanpa sebarang gejala. Kemudian, kita terima pula berita mereka disahkan positif virus Covid- 19 tanpa sebarang gejala.
Kemudian mulalah masing-masing seperti cacing kepanasan, bimbang mendapat jangkitan sama disebabkan pernah membenarkan individu berkenaan berkunjung ke rumah untuk bertanya khabar atau menjenguk bayi yang baru lahir.
Ramai bertindak akur kerana tidak sanggup melukakan hati tetamu walaupun penularan Covid-19 semakin tenat dengan beberapa alasan seperti tidak mahu melukai rakan, jiran sebelah rumah atau saudara-mara yang mahu bertandang ke rumah.
Begitu juga yang pulang ke kampung semata-mata dengan alasan terlalu rindukan orang tua. Ya, nampak seperti zalim jika memberikan nasihat tunggulah reda seketika Covid-19 ini .
Namun, di saat ini, ia adalah satu hakikat yang perlu kita lalui jika sayangkan orang tua iaitu ibu-bapa, elakkan untuk pulang ke kampung.
Kredit foto: Google
Elak Kunjungi Rumah Golongan Berisiko
Ini berikutan,warga tua adalah antara golongan yang berisiko dijangkiti apatah lagi kebanyakan mereka ini biasanya mempunyai sejarah penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis mahupun buah pinggang.
Oleh itu, selagi mampu, kawal perasaan rindu kepada mereka dengan penuh kewarasan. Semoga perjuangan kita kali ini mampu mengawal penularan penyakit dan mengurangkan peningkatan angka kes harian di seluruh negeri.
Seperti yang kita maklum, golongan seperti orang tua, bayi yang baru lahir mahupun berpenyakit kronik, antara golongan yang dikhuatiri cepat mendapat jangkitan disebabkan sistem imunisasi mereka yang lemah.
Ada satu kes yang mana bayi yang masih kecil terpaksa berpisah dengan ibu yang dijangkiti virus ini hanya disebabkan ada yang datang menziarah secara tiba-tba positif Covid-19.
Kasihan apabila bayi yang masih menyusu badan terpaksa berpisah dengan anak untuk tujuan kuarantin. Sedarilah, setiap orang yang dijangkiti akan menjangkiti orang lain dengan mudah.
Kredit foto: Google
Ia adalah satu kitaran jangkitan virus yang akan menyusahkan pelbagai pihak. Kadangkala, tuan rumah tidak sanggup menolak tetamu yang mahu menjenguk tetapi sebagai tetamu pula anda bolehlah menggunakan berfikir secara rasional sebelum bertindak.
Lebih baik, buat masa ini, kita diam-diam saja di rumah supaya tiada penularan boleh berlaku dan pada masa sama memudahkan urusan orang lain.
Oleh itu, sikap tegas dan tidak terlalu memikirkan perasaan orang lain amat diperlukan buat ketika ini. Kita perlu keraskan hati jika ada yang mahu menziarah ke rumah ketika ini.
Ia adalah hak anda untuk membenarkan atau tidak. Namun gunakanlah bahasa yang sopan dan berhemah.
Bagi yang mahu menziarah pula, lupakan seketika niat baik anda supaya kita tidak membawa risiko atau berisiko untuk dijangkiti.
Walaupun ada yang memutuskan hubungan disebabkan tidak dibenarkan datang berziarah dan menampakkan keputusan yang tidak matang hanya kerana berkecil hati, biarlah hubungan itu dingin ketika ini berbanding risiko lebh besar bakal dihadapi kelak.
Ini kerana kita masing-masing tidak tahu status kesihatan diri dan tidak membuat sebarang ujian yang membuktikan kita benar-benar bebas daripada virus ini.
Bagi anda dan keluarga, teruskan perjuangan anda melindungi keluarga daripada sebarang penularan.
Tanpa batuk, tanpa demam dan tanpa selesema , anda mungkin salah seorang tetamu yang berisiko kepada keluarga individu lain.
Bak kata pepatah, jangan sudah terhantuk, baru terngadah. Masing-masing sudah dewasa, matang dan boleh berfikir secara rasional.
Hormati keputusan individu lain dengan sikap bersangka baik. Semoga virus durjana ini lenyap di muka bumi ini dan hubungan keruh hanya disebabkan perkara ini dapat dijernihkan semula.
Buat masa ini, paling penting anda jaga keluarga anda dan elakkan sebarang penularan.
Kredit foto: Google
Lima Tindakan Boleh Dilakukan Jika Ada Tetamu Mahu Menziarah Pada Musim Covid-19
  1. Elakkan dan katakan TIDAK, jika ada yang mahu menziarah bayi anda atau ahli keluarga yang berisiko untuk penularan virus ini.
  2. Ucapkan kata-kata berhemah dan memberitahu hal sebenar bahawa anda tidak selesa untuk diziarah buat masa ini
  3. Cadangkan alternatif lain seperti panggilan telefon, panggilan video atau teknologi seperti SKYPE
  4. Elakkan terlalu emosi dengan reaksi sahabat atau saudara-mara yang merajuk apabila tidak dibenarkan melawat anda. Anda hanya perlu rasional dengan tindakan.
  5. Orang yang sabar adalah orang yang diuji. Anda perlu teguh dengan pendirian anda. Kata-kata juga perlu dijaga menolak dengan cara baik dan berhemah adalah tindakan yang disarankan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live