gaya hidup

Amboi, Kak Kek Masak Ditemani Abe-Abe ‘Ganteng’ Bulan Puasa ni! Menu Berbuka Yang Sihat Olahan Kak Kek.

gempak
Afiza Kamarulzaman
17/04/2021
07:27 MYT
Sponsor Banner
Amboi, Kak Kek Masak Ditemani Abe-Abe ‘Ganteng’ Bulan Puasa ni! Menu Berbuka Yang Sihat Olahan Kak Kek.
Sepanjang Ramadan dan Syawal nanti, Catriona Ross aka Kak Kek akan menemani penonton dan peminat setianya dengan aktiviti memasak Kak Kek bersama lelaki-lelaki hot Malaysia. Sebanyak 10 episod akan ke udara bermula Selasa ini, 20 April sehingga 22 June, setiap Selasa jam 9 malam.
Antara jejaka jemputan nanti ialah Harris Anuar, Sabhi Sadhi, Zoey Rahman, Syamel, Yusof Bahrin dan Mark Adam. Untuk setiap minggu, Kak Kek akan berkongsi juadah berbuka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tetapi diolah dengan cara masakan yang lebih sihat dan kekal sedap.
Maklumlah, dalam musim pandemik dan larangan merentas negeri ini, pasti ramai si bujang atau lelaki-lelaki di luar sana yang rindu air tangan ibu atau isteri yang mungkin di kejauhan. Nah, di program inilah, Kak Kek akan ajar abang-abang semua memasak sendiri juadah berbuka yang mudah, tak perlu dibeli di bazar.
Sudah dapat dibayangkan bagaimana kecohnya nanti kemunculan Kak Kek sepanjang beraksi di dapur ditemani pula lelaki-lelaki ‘elok’ itu nanti. Jadi, jangan lupa temani celoteh dan keriuhan Kak Kek memasak sepanjang Ramdan dan awal Syawal nanti ya.
Kredit Foto: Astro Naura
Antara Tips Masak Cara Sihat:
  • Gantikan minyak kelapa sawit dengan minyak zaitun atau minyak sayuran.
  • Kurangkan memasak cara bergoreng atau menumis. Sebaliknya, pilihlah memasak dengan cara bakar, gril, merebus, stim atau celur lebur saja.
  • Kurangkan penggunaan garam. Gantikan garam biasa dengan garam Himalaya atau garam bukit.
  • Kurangkan manisan dalam menu berbuka.
  • Gantikan santan dengan susu rendah lemak.
  • Pastikan sayur dimasak dengan suhu sederhana dan sekejap saja untuk kekalkan khasiatnya.
  • Gantikan beras biasa dengan berang perang atau berasmathi.
Di Sebalik Tabir Kak & Abe Mmasok
Kredit Foto: Astro Naura
Kredit Foto: Astro Naura
Kredit Foto: Astro Naura
Kredit Foto: Astro Naura
Kredit Foto: Astro Naura
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live