Highlights

Anak; Antara Pembawa Rezeki dan Pemberi Ujian – Ada Anak Membawa Bahagia, Ada Pula Mendera Jiwa...

gempak
Afiza Kamarulzaman
13/11/2019
05:55 MYT
Sponsor Banner
Anak; Antara Pembawa Rezeki dan Pemberi Ujian – Ada Anak Membawa Bahagia, Ada Pula Mendera Jiwa...
Kredit Foto: Afiza Kamarulzaman
Anak itu penyambung keturunan, pewaris takhta. Tanpa anak, sebuah rumah terasa sunyi. Disebabkan perumpamaan ini, maka ramai pasangan yang berkahwin akan rasa seperti tidak lengkap hidupnya tanpa adanya anugerah terindah ini.
Namun, jangan kita bersikap dangkal apabila tidak mampu untuk menjadikanya realiti. Hidup ini tak semuanya indah, tak semuanya mudah. Ada kala doa kita tidak diendah, mungkin ambil masa untuk kita terus bertabah.
Sedihnya, pada separuh jalan, ada juga yang rebah, maka bercerai-berailah ikatan yang dulu dibina kukuh atas alas an sunyi hidup tanpa anak.
Kredit Foto: Google
Anak Itu Anugerah, Bukan Jaminan Bahagia
Pemikiran pasangan yang berasakan kebahagiaan sebuah rumah tangga itu terletak pada kehadiran anak semata-mata adalah kurang tepat. Banyak lagi cara dan jalan meniti kebahagiaan itu.
Kawan penulis, Saleha (bukan nama sebenar) sudah 12 tahun berkahwin dan masih hidup berdua. Tidak pernah bergaduh tentang anak. Waktu mula-mula berkahwin dulu, ada juga dikeluhnya risau tidak punya zuriat.
Namun, tahun demi tahun, setelah puas berusaha, suaminya pujuk, “Tak apalah Sayang. Kalau memang dah takdir Tuhan mahu kita terus hidup berdua sampai mati, I redha. Sudahlah. Kita teruskan saja hidup kita dengan apa yang kita ada. I janji I tak akan bincangkan lagi hal anak. Yang penting, kita berdua saling ada... cukup…”
Kata-kata itu menjadi azimat buat Saleha sehingga bertahan ke hari ini tanpa memikirkan lagi bila masanya untuk mereka menimang anak sendiri. Ujar Saleha, apa lagi yang diinginkan oleh seorang perempuan jika sudah dihadiahi seorang suami yang sangat baik, setia dan membahagiakan?
Masalahnya kita ini, suka mencari benda yang tiada sedangkan yang sudah sempurna diberikan sekarang ini, tidak kita hargai dan nikmati semahunya. Benarkah setiap rumah tangga yang hadir dengan anak itu benar-benar mencapai matlamat sebuah kebahagian yang diimpikan?
Kredit Foto: Google
Antara Membawa ke Syurga Atau Neraka?
Ada orang yang dikurniakan anak tanpa rela. Berderet-deret sehinggakan dia berasakan beban dan halangan untuk dia mencapai kejayaan dalam kerjayanya. Akhirnya, terpaksa behenti kerja dan mengalami depresi teruk dek tak mampu hanya duduk di rumah melayan anak-anak yang aktif melampau!
Mak cik jiran di kampung penulis pun ada kisahnya. Selalu penulis dengar dia marah-marahkan anaknya yang sudah besar. Seorang lelaki umur 23 tahun, yang perempuan 17 tahun. Dia pula baru kematian suami.
Pagi-pagi keluar pergi kerja, anak lelaki masih berbungkus selimut, yang perempuan entah ke mana panjang langkahnya. Apabila bergaduh dengan anak-anaknya, selalu penulis dengar Mak Cik itu menjerit, “Anak tak guna, menyesal aku beranakkan kau! Kalau aku tau perangai macam ni, dari kecil aku dah humban kau!”
Kalau sekali dengar memang terfikir, apa jenis ibulah boleh cakap sampai begitu sekali. Namun, kalau kamu tahu bagaimana sikap ‘jahanam’ anak-anaknya itu, memang kamu sendiri akan kata, lebih baiklah tidak ada anak!
Sudahlah tidak bekerja, selalu buat hal. Anak lelaki sudah beberapa kali keluar masuk penjara dek kes dadah. Yang anak daranya, ke hulu ke hilir dengan lelaki, sampai menjadi buah mulut masyarakat kampung.
Kesian Mak Cik tu, menanggung malu apabila selalu menjadi bahan tohmahan orang. Inilah yang dikatakan anak itu juga pembawa ujian untuk ibu ayahnya. Kadang-kadang, mereka jugalah penentu sama ada kaki kita ini melangkah ke syurga atau neraka.
Bukan mudah, kerana mereka itu amanah Allah. Kalau salah diuruskan amanah itu, ia memberi efek dunia akhirat kepada kita. Justeru, janganlah kita berasa amat ralat jika tidak dikurniakan anak atau sekadar punya seorang dua zuriat. Kerana, yang ada deretan anak itu juga belum tentu mencapai kualitinya.
“The central struggle of parenthood is to let our hopes for our children outweigh our fears.” -Ellen Goodman
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live