gaya hidup

Anak BUAT HAL di Rumah Orang – Perlukah Dihukum Terus Atau Tunggu Balik Rumah Nanti?

gempak
Afiza Kamarulzaman
24/03/2021
04:10 MYT
Sponsor Banner
Anak BUAT HAL di Rumah Orang – Perlukah Dihukum Terus Atau Tunggu Balik Rumah Nanti?
Tantrum adalah perkara biasa dalam perkembangan anak-anak. Ia berlaku kepada anak-anak sekitar usia satu ke tiga tahun, bergantung pada diri anak-anak itu. Tantrum berlaku tidak mengira masa dan tempat dan berlaku daripada dorongan beberapa faktor.
Ada anak-anak tantrum kerana kelaparan, letih, tidak selesa atau kemahuannya yang tidak dipenuhi. Ia mungkin lebih rumit apabila anak-anak ‘buat hal’ di rumah orang, pada ketika kita sedang berkunjungan dan bersama tuan rumah.
Faham-fahamlah apabila berada di rumah, banyak etika dan adab perlu dipatuhi. Lain orang lain pula cara mereka melayani tetamu. Rumah mereka, peraturan mereka dan apabila anak kita melanggar peraturan itu, sebagai ibu bapa pastilah kita dipertanggungjawabkan.
Bagaimana Ibu Bapa Dapat Mengelakkan Tantrum?
  • Beri banyak perhatian positif. Biasakan anak anda menjadi ‘baik’. Beri ganjaran kepada si kecil dengan pujian dan perhatian untuk tingkah laku positif.
  • Cuba beri anak kawalan terhadap perkara-perkara kecil. Tawarkan pilihan kecil seperti "Adakah kamu mahukan jus oren atau jus epal?" atau "Adakah kamu ingin menggosok gigi sebelum atau selepas mandi?" Dengan cara ini, kamu tidak bertanya "Adakah kamu mahu menggosok gigi sekarang?" – yang pasti akan dijawab "tidak."
  • Jauhkan objek dari jarak jauh dari jarak pandang dan di luar jangkauan. Ini menjadikan perjuangan tidak mungkin berlaku. Jelas, ini tidak selalu mungkin berlaku, terutama di luar rumah di mana persekitarannya tidak dapat dikawal.
  • Manfaatkan perhatian jangka pendek anak dengan menawarkan sesuatu yang lain sebagai ganti kepada sesuatu yang mereka tidak boleh miliki. Mulakan aktiviti baru untuk menggantikan aktiviti yang dilarang. Atau ubah persekitaran. Bawa anak kecil anda ke luar atau di dalam atau pindah ke bilik lain misalnya.
  • Bantu anak-anak belajar kemahiran baru dan berjaya. Bantu anak-anak belajar melakukan sesuatu. Puji mereka untuk menolong mereka berasa bangga dengan apa yang dapat mereka lakukan. Juga, mulakan dengan sesuatu yang sederhana sebelum beralih ke tugas yang lebih mencabar.
  • Pertimbangkan permintaan itu dengan teliti semasa anak menginginkan sesuatu. Adakah keterlaluan? Atau sebaliknya.
  • Ketahui had anakmu. Sekiranya kamu tahu anak kecil sedang letih, ini bukan masa terbaik untuk meneruskan aktiviti sosialmu dengan melibatkan anak.
Kredit Foto: Google
Jadi, Perlukah Anak Dihukum di Rumah Orang?
Sebagai orang dewasa, kita tidak boleh menunjukkan kuasa veto terhadap si kecil walaupun mereka anak kita sendiri. Namun, bukan bermakna kita perlu menurut sahaja kehendak anak-anak sehingga yang salah tetap dilakukan.
Anak-anak memerlukan orang dewasa untuk memberi petunjuk dan jalan yang tepat. Jika tidak mereka akan membesar mengikut ‘kepala’ sendiri dan tidak dapat membezakan yang mana betul dan salah.
Ya, apabila berada di rumah orang, kita perlu menghormati apa saja yang berada di rumah itu. Jika tuan rumah tidak mengizinkan barang rumahnya diusik, tetamu wajib untuk menghormatinya.
Nasihati anak baik-baik di depan tuan rumah juga agar mereka tahu yang kita turut bertegas terhadap larangan itu.
Jika anak-anak masih berkeras dan terus membuat hal, sebaiknya mohon untuk beredar dan pulang sahaja.
Dan, apabila berada di rumah, sekali lagi tegur anak dengan berhemah. Nyatakan kenapa kamu melarang perbuatannya sebentar tadi? Setiap kenyataan perlu didukung dengan alasan yang mudah difahami si kecil.
Namun, jangan sesekali menghukum anak-anak dengan kekerasan seperti memukulnya di hadapan orang. Selain menjatuhkan air mukanya, ia juga menjadikannya rasa rendah diri di kemudian hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live