Highlights
Anak Nak Buat Majlis Kecil, Mak Pula Nak Besar-Besaran – Pening! Mana Satu Nak Ikut? Dulukan Yang WAJIB...
Sebenarnya, trend perkahwinan zaman sekarang rata-rata memilih untuk lebih bersederhana. Daripada segi kenduri, pelamin, baju dan sebagainya, kebanyakan bakal pengantin mahu tampil seadanya sahaja. Biar kelihatan manis saja dan tidak keterlaluan. Apa yang penting akad nikah untuk menghalalkan hubungan.
Jika punya wang yang lebih sebaiknya difikirkan perbelanjaan selepas bernikah nanti seperti untuk masuk rumah baru dan sebagainya. Walaupun kebanyakan pasangan pengantin berfikiran sedemikian, namun ada kala ia sedikit terganggu apabila orang tua pula yang mahu majlis diadakan lebih besar.
Ini menuntut lebih banyak perbelanjaan dan kos yang tinggi. Jemputan mahu beribu, makanan yang enak-enak belaka, baju berpasang-pasang dan pelamin gah bagai singgahsana permaisuri. Kalau orang tua mampu untuk menampung perbelanjaan mungkin okey, jika sebaliknya? Ini yang menyebabkan ada pasangan terpaksa menangguh niat yang baik semata-mata mahu mengumpul duit lagi.
Kredit Foto: Google
Mohon Ibu Bapa Bersikap Matang dan Bertimbang Rasa
Buat ayah ibu, ya kami faham perasaan kalian yang pastinya mahu yang terbaik untuk anaknya yang bakal menjadi suami atau isteri itu. Mahu diberikan yang indah-indah agar terlihat istimewa di mata semua. Namun, berhabis ketika majlis kahwin bukanlah titik nokhah dan paksi mempamerkan kehebatan anak menantu.
Perjalanan mereka masih jauh dan banyak lagi perkara lain yang boleh mereka buktikan untuk menjadi kebanggaan ayah ibu. Bukannya dengan bermewah-mewah ketika majlis kahwinnya. Ukur baju di badan sendiri. Walaupun kita ayah ibu yang punya hak ke atas anak, namun tanyakan juga kemahuan anak menantu.
- Majlis bagaimana yang mereka mahukan? Sederhana? Kecil-kecilan untuk keluarga sahaja? Meriah?
- Minta mereka berterus-terang bajet yang mereka ada
- Dahulukan jemputan daripada kalangan ahli keluarga dan sahabat terdekat dahulu. Tanyakan juga jemputan anak menantu itu
- Tanyakan juga perancangan mereka selepas berkahwin nanti agar tidak semua bajet dihabiskan untuk kenduri semata-mata
- Jangan lupa berbincang dengan keluarga bakal besan, agar majlis lebih tersusun dan kalau boleh disatukan? Mengapa tidak?
- Sebagai orang tua, seharusnya menunjukkan contoh yang baik dari segi pengurusan kewangan dan emosi
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video