,
Highlights

ANAK-BERANAK Selalu Bertelagah – Amalkan Panduan dan Doa Ini Untuk Jernihkan Hubungan Keluarga.

Afiza Kamarulzaman
12/10/2020
14:28 MYT
Anak-beranak berselisih faham, tak bertegur-sapa dan ada yang membawa diri berlaku dalam kalangan kita. Sedih sungguh apabila orang pertama yang kita ada, yang kita kenal, duduk bersama bertahun-tahun, akhirnya beretak hubungan dengan kita. Di manakah boleh dicari ganti keluarga itu? Tidak sama sekali.
Maka, sebolehnya peliharalah hubungan darah yang dimiliki itu. Sikit-sikit perselisihan, jangan dibawa sehingga benci bertahun-tahun. Ingat kenangan yang manis dan lenyapkan mana yang pahit. Luaskan kembali kasih-sayang seperti ketika kita kecil-kecil dulu dan sentiasa polos dalam memandang kakak, abang dan adik.
Kata kunci untuk menjernihkan hubungan keluarga adalah saling bermaafan, tidak menyimpan dendam dan ego. Sejaraha pahit yang dulu-dulu jangan diungkit lagi. Damaikan hubungan sesama ahli keluarga, Insya-Allah, rahmat dan rezeki Allah akan datang mecurah-curah. Jaga hubungan dengan Allah sebaik mungkin, Allah akan jaga yang lain.
Kredit Foto: Google
6 Doa Yang Boleh Diamalkan:
Doa 1:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Ertinya: “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa.” (QS Al Furqan ayat 74).
Doa 2: رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Ertinya : “Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari azab api neraka.” (QS. Al-Baqarah ayat 201)
Doa 3:
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء
Ertinya: “Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang tetap mendirikan sholat, ya Tuhan kami perkenankanlah doaku.”
Doa 4:
وَاَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّيْ ەۚ وَلِتُصْنَعَ عَلٰى عَيْنِيْ ۘ
Ertinya : “Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan-Ku perasaan kasih sayang orang terhadapmu, dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan-Ku.” (QS. Taha ayat 9).
Doa 5:
الّلهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ نَفْسًا بِكَ مُطْمَئِنَّةً تُؤْمِنُ بِلِقَائِكَ وَتَرْضَى بِقَضَائِكَ وَتَقْنَعُ بِعَطَائِكَ
Ertinya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu jiwa yang tenang, yang percaya dengan pertemuan dengan-Mu dan menerima apa yang menjadi anugerah-Mu dan rela terhadap ketentuan-Mu“.
Doa 6:
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِى وَلِوَ الِدَىَّ وَارْ حَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَا نِى صَغِيْرًا
Ertinya : “Ya Allah, ampunilah semua dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku, serta berbelaskasihlah kepada mereka berdua seperti mereka berbelas kasih kepada diriku di waktu aku kecil.”
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tunjuk Perubahan Positif Sepanjang Dalam Pengawasan AADK, Exists Mahu Doakan Mamat Di Tanah Suci – “Gugurkan Apa Saja Dosa...”

gempak
10/11/2024
01:50 MYT
Penyanyi dan komposer, Ajai memaklumkan dia dan Exists akan mendoakan sahabatnya, Mamat yang kini berada dalam pengawasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Tanah Suci Makkah kerja tunaikan ibadah umrah, tahun depan.
Viral

Keluarga 6 Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Penjara Narathiwat Rancang Lantik Peguam

gempak
06/11/2024
11:05 MYT
Keluarga enam rakyat Malaysia yang ditahan atas dakwaan memiliki dadah di sebuah hotel di Golok, Thailand Jumaat lalu sedang mempertimbangkan untuk melantik peguam bagi membantu mereka dalam kes itu.
Filem

‘Bromance’ Yang Berjaya! Gandingan Zul Ariffin Dan Ropie Dalam Don Dukun Ketengahkan Filem Komedi Seram Bersifat Keluarga

gempak
02/11/2024
07:50 MYT
Penerbit Gayatri Su-lin Pillai menyifatkan filem terbitannya iaitu Don Dukun adalah filem komedi seram yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga.
Viral

“Nenek Tua Ini Menyeramkan” - Aleeya Zailan Kongsi Pengalaman Keluarga Diekori Nenek di Pusat Beli-Belah

gempak
01/11/2024
07:55 MYT
Usahawan kosmestik Aleeya Zailan telah berkongsi detik cemas apabila keluarga diekori oleh seorang nenek tua ketika mereka sedang membeli-belah di sebuah pusat beli-belah di China.
Hiburan

Shuib Bawa Keluarga Tunai Umrah, Mohon Maaf Atas Kekhilafan - "Saya Hanya Manusia Biasa Yang Tidak Terlepas Dari Dosa"

gempak
28/10/2024
07:25 MYT
Pelawak, Shuib memaklumkan dia dalam perjalanan ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya.
Unitar