Highlights
Apa Agaknya Yang Buat Kamu RINDU Kepada Ibu Yang Telah Pergi? – Air Tangannya? Bebelan? Nak Mengadu...
Ada orang dipinjamkan ibu lama. Sehingga ke bercucu cicit, masih dapat merasai kasih-sayang ibu itu. Ada orang ditemani ibu sebentar cuma. Ada yang tidak sempat pun memperkenalkan menantu dan cucu kepada ibu itu. Apatah lagi yang kehilangan ibu saat masih kecil, kala diri masih mencari arah tujuan.
Buat yang masih punya ibu, janganlah dilepaskan peluang keemasan itu untuk sentiasa mendampinginya, curahlah segala bakti dan ciptalah sebanyak mana kenangan bersama ibu selagi jasad dikandung badan. Selagi nafasnya masih ada dan selagi Tuhan belum memintanya pulang.
Kerana, apabila kalian kehilangannya nanti, percayalah tiada kekesalan mampu diluahkan. Hati terasa kosong. Kehidupan tidak akan sama. Kita mungkin ada suami, isteri atau anak-anak tetapi peranan dan kehadirannya tidakkan sama. Ada sesuatu pada ibu yang tidak akan ada gantinya pada sesiapa pun di dunia ini.
Kredit Foto: Google
Yang Dirindui Tentang Arwah Ibu
- Masakan air tangannya terutamanya apabila menjelang puasa dan raya. Walaupun ringkas saja menunya tapi nikmatnya lain macam. Tidak tertanding masakan chef nombor satu di dunia sekali pun.
- Bebelan ibu pasti terngiang-ngiang selalu. Kalau dulu bebeblan ibu dianggap memekakkan telinga tetapi apabila sudah tiada, terasa sepinya hidup tanpa ada orang yang mahu menegur dengan jujur tingkah kita.
- Belaian seorang ibu hanya ada satu di dunia ini. Belaian suami pun tidak akan sama ‘indahnya’ berbanding kemulusan tangan ibu kala membelai rambut, mengusap pipi dan mengurut lembut tubuh anaknya.
- Rindu nak mengadu masalah dengan ibu kerana hanya ibulah telinga paling selamat utnuk bercerita apa saja.
- Apabila memiliki sesuatu untuk diberikan, pasti ibulah orangnya yang ingin dihadiahkan segala barang-barang hebat! Namun, ibu tiada lagi. Tiada nilai apa pun di dunia ini.
- Rindulah nak telefon ibu, nak tengok nama ibu terpamer di atas skrin telefon! Apa lagi kalau dapat bermain WhatsApp dengan ibu, pastinya banyak yang ingin dibualkan walau jarak memisahkan.
- Rindu bau ibu, rindu bau tubuhnyn, pakaiannya. Walau tanpa minyak wangi, ibu ada satu bau yang sangat menenangkan yang pasti terbawa-bawa sampai ke syurga.
- Kalau tiba hari istimewa seperti Hari Jadi atau Hari Ibu, pasti ibulah orang yang pertama hadir dalam ingatan dan sanubari. Pasti ada di sisi ibu untuk meraikannya bersama-sama.
- Rindu nak rasa suapan daripada tangan ibu, walau hanya suapan jemput-jemput. Pasti sedap ditelan setiap kunyahan.
- Dan, teringin sekali mahu membawa ibu jalan-jalan, pergi bercuti bersama-sama dan terus merakam kenangan bersama. Seperti ketika kita kecil dulu, ibu tak pernah tinggalkan anak-anak kalau pergi berjalan, hatta ke kedai runcit sekali pun, dibawa anak-anaknya. Sungguh, akuk rindu. Semoga roh ibu ditempatkan bersama orang-orang yang dikasihi-Nya.
Kredit Foto: Google
Must-Watch Video