Personaliti
“Apa Salahnya Kalau Isteri QUEEN CONTROL Jika Untuk Kebaikan?” – Izzue Tak Lupa Jasa Isteri
Dalam program Rumah No.107 yang disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna semalam menjemput dua selebriti dari Pantai Timur iaitu Izzue Islam dan Catriona Ross. Banyak perkongsian mereka dari zaman sebelum bergelar artis, sehingga sudah popular dan berumahtangga.
Izzue Islam ditanya perihal bagaimana menjaga kerukunan rumahtangganya yang sudah mencecah usia lapan tahun? Walau tanpa kehadiran zuriat lagi, mereka masih kekal bahagia dan selalu dilihat positif melalui apa ujian juga kecaman netizen. Adakah kerana isterinya yang mesra dipanggil Awin itu pengurusnya menjadikan mereka sentiasa intim?
“Sebenarnya, saya kenal isteri sebelum saya bergelar artis lagi. Dari saya mula-mula datang ke Kuala Lumpur, menjadi pembancuh air di kedai makan, dia sudah terima saya seadanya. Kemudian, setelah mendapat tawaran berlakon, barulah dia menjadi pengurus saya,” kongsi Izzue di awal bibit perkenalan mereka.
Advertisement
Tips Kerukunan Rumahtangga
Apabila diminta berkongsi tips bagaimana mengekalkan kebahagiaan walau dihambat ujian dan pertelingkahan? Jawab Izzue ringkas, “Dalam keadaan tegang dengan pasangan, cuba tanya semula diri sendiri, apa sebab kita nikahi isteri kita itu dulu? Kalau kita ingat balik sebabnya, pasti kita kemarahan akan reda.”
Disoal lagi bagaimana Izzue boleh terpikat dengan isterinya walaupun dikelilingi dan diburu ramai wanita lebih hebat di luar sana, jelas Izzue, dia sebenarnya tidak pernah dipikat oleh mana-mana perempuan. Mungkin orang melihat berada dalam dunia glamor menjadikan dia buruan ramai, hakikatnya tidaklah begitu.
Dan, dia terima isteri seadanya tanpa memikirkan apa pun yang orang lain fikirkan. Bagaimana untuk melupakan pengorbanan isteri yang sudi menerima dirinya dalam keadaan dirinya tidak punya apa-apa satu masa dulu dan terus bersamanya hingga kini membina kerjayanya dalam bidang seni.
“Saya tahu ada yang kata isteri saya queen control. Bagi saya, apa salahnya kalau isteri tu bersikap demikian kalau untuk kebaikan. Yang salahnya apabila suami itu yang tak boleh terima. Perbuatan tu tak salah. Yang paling penting adalah kepercayaan antara satu sama lain,” katanya jujur.
Kalau Tak Ada Anak, Kami Reda
Dan, pastinya soalan anak sentiasa mengasak mereka berdua kerana selepas lapan tahun bernikah masih belum dikurniakan cahayamata. “Pada tahun ke dua, ke tiga perkahwinan dulu, saya akui agak stres juga dengan pertanyaan orang tapi lama-lama saya sudah boleh terima keadaan itu.
Bagi saya itu adalah doa mereka dan daripada stres terus jadi suka pula apabila orang bertanya. Awin paling positif dalam hal ini dan sentiasa bagi semangat kepada saya,” tambah Izzue lagi.
Mengakhiri isu anak ini, akui Izzue, dia sentiasa berdoa akan dikurniakan juga anugerah itu satu masa nanti. Tapi, andai ditakdirkan memang tiada rezeki, dia akan teruskan hidup berdua dengan isteri seperti biasa.
Must-Watch Video