gaya hidup

Ayah, Cinta Hati Pertama Setiap Anak Perempuan. Dia Punya Tempat Istimewa Yang Tiada Galang Gantinya.

Huda Hussain
19/06/2021
14:54 MYT
Meriah sana sini meraikan sambutan Hari Bapa. Walau hanya dirumah, tetapi kala melihat media sosial hari ini semua mendedikasikan ucapan buat lelaki istimewa ini. Ada yang memasak hidangan kegemaran si ayah, memesan makanan dari restoran favourite abah, mengirimkan jambangan bunga dan kek sebagai pengganti diri dek kerana tidak boleh rentas daerah juga negeri dan banyak lagi. Ya, selagi insan mulia ini boleh kita panggil, kita boleh dengar suaranya, pasti sesaat pun takkan kita lepaskan peluang yang ada untuk menjaganya. Seperti apa yang dilakukan saat kita masih kecil dahulu.
Bersifat pelindung, tegas dan sabar mungkin itu kriteria semula jadi setiap bapa kita. Yang mengajar kita bagaimana perlu jatuh untuk merasa sakit dan kemudian bangkit untuk teruskan langkah seterusnya. Betapa perjalanan hidup yang tidak tahu bagaimana likunya, ayah sudah siapkan kita dengan didikan terbaik.
Kredit Foto: IG Nabila Huda
Bagaimana kita perlu menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi masa, patuh kepada setiap arahan dan peraturan yang ditetapkannya telah menjadikan kita lebih matang dalam setiap tindak-tanduk. Berdikari dan berani, itu yang sering ditekankannya. Walau susah, ayah tak pernah mengeluh. Sakit demam ayah, jarang sekali ditunjuk. Kerana dimata anak, ayah mahu dilihat sihat dan kuat walaupun hakikatnya dia sudah tak punya kudrat.
Itulah dia ayah kita. Yang mungkin terasa saat kita menelefon hanya mahu bercakap dengan emak sahaja. Dimulutnya mungkin tak apa, tiada apa. Tapi jauh disudut hatinya dia juga merindui untuk mendengar suara kita. Dalam hatinya sahaja yang menjerit ungkapan rindu dan sayang tapi terluah di mulut. Bukan tak sayang tapi mungkin tak tahu bagaimana mahu meluahkan rasa sayang. Lalu diterjemahkan dengan perbuatan.
Kredit Foto: IG Sharnaaz Ahmad
Setiap gerak geri kita sentiasa menjadi perhatiannya. Sakit demam kita, dia juga tumpang sama rasa tak senang duduk dan risau memikirkannya. Dan paling penting, doa untuk kita sentiasa ada dan terbit dari mulutnya. Buat mereka yang masih diberi peluang dikurniakan figura lelaki istimewa ini, jagalah mereka sehabis baik. Bermanjalah semahunya selagi Allah pinjamkan usia dan masa untuk kita. Kerana saat mereka dijemputNya pergi hanya kerinduan yang tak berpenghujung mengisi segenap ruang dan rasa. Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa. Terima kasih untuk segalanya. Takkan pernah terbalas jasa, budi, keringat dan semua pengorbanan yang dilakukan untuk anakmu. Hanya Allah saja yang mampu mengangkat semua amal kebaikanmu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Bila Tengok Awak Lawan Sakit Bertarung Nyawa…” - Sentiasa Di Sisi, Zaquan Adha Hargai Pengorbanan Isteri Bersalin Anak Keenam

gempak
05/05/2023
23:47 MYT
Zaquan ucap terima kasih pada isteri.
gaya hidup

“And Every Sweat That Drops From You, In Shaa Allah Is A Multiplied Pahala...” – Shadila Halid

gempak
13/11/2021
09:47 MYT
Kenang pengorbanan suami bersusah payah mencari rezeki demi keluarga, muat naik isteri Alif Satar undang sebak setiap yang membaca.
Laman Utama

“Komunikasi Bapa & Anak Sangat Penting” - Filem On Your Mark Pupuk Kasih Sayang Dalam Keluarga

gempak
28/08/2021
06:07 MYT
Kasih sayang seorang bapa.
Laman Utama

"Dia Ketuk Bilik 3 Pagi & Mengaji Supaya Bangun Tahajud" - Hargai Jasa 'Walid', Rumahtangga Gagal Jadi Iktibar Lufya

gempak
21/06/2021
08:20 MYT
Bapa insan yang sentiasa tunjuk dirinya kuat!
Laman Utama

“MCO Kan…” - Sambut Hari Bapa, Emma Maembong & Suami Makan Malam Romantik Di Balkoni Rumah

gempak
21/06/2021
02:51 MYT
Selamat hari bapa!