Hiburan

“AYU Miliki Mata dan Kulit Yang Cantik,” – Jurusolek, DEQ SHA Kongsi Cabaran Solekkan AYU DAMIT.

gempak
Afiza Kamarulzaman
15/12/2020
04:45 MYT
Sponsor Banner
“AYU Miliki Mata dan Kulit Yang Cantik,” – Jurusolek, DEQ SHA Kongsi Cabaran Solekkan AYU DAMIT.
Tidak perlu diulas panjang-lebar berkenaan siapa menang dan sebagainya di Gegar Vaganza 7 tempoh hari kerana semua sudah terjawab. InTrend lebih tertarik untuk bercerita berkenaan penampilan dan solekan yang digayakan oleh peserta sepanjang pertandingan siaran Astro Ria itu berlangsung.
Antara perserta yang dilihat konsisten dan menyerlah setiap minggu ialah Ayu Damit. Sentiasa cuba memberikan yang terbaik, keunggulannya bukan hanya daripada segi lontaran vokal dan persembahan mantap, malah disempurnakan dengan penampilannya yang dilihat ‘kena’ untuk setiap persembahan.
Deq Sha
Sentuhan Jurusolek Senior, Deq Sha Membantu
Ketika InTrend menghubungi Deq Sha untuk mendapat komennya mengenai penampilan Ayu sepanjang Gegar Vaganza itu. kata Deq Sha, beliau sendiri tidak menyangka dapat menyelesaikan tugasan itu dengan baik dan dipermudahkan. Hampir 10 tahun tidak menyolekkan Ayu dan pastinya peluang ini dilihat sebagai satu ‘come back’ buat mereka.
“Pada awalnya, saya berasa nervous juga. Bukan apa, Gegar Vaganza adalah satu pentas yang besar dan disiarkan secara langsung pula tu. Banyak yang harus dititik beratkan agar semuanya kelihatan sempurna tanpa ada cacat-celanya. Alhamdulillah, akhirnya sudah juga hingga ke final,” Ujar Deq Sha mengenai cabarannya itu.
Ketika ditanya susahkah untuk merias wajah Ayu? Kongsi Deq Sha, “Saya pun ingat susah awalnya tapi sebenarnya wajah Ayu tidak sukar untuk dimekapkan. Kelebihan Ayu kerana dia mempunyai kondisi kulit yang cantik. Solekan yang baik bergantung pada kualiti kulit yang bagus. Kulit cantik memudahkan usaha menyolek.”
Tambah Deq Sha lagi, Ayu juga mempunyai sepasang mata yang cantik. Memang seronok apabila dapat berkarya pada suatu kanvas yang sudah terletak elok. Matanya galak dan letaklah apa jua warna pasti meneriakkan hasil yang ‘wow’. Di situlah keistimewaan wajah eksotik Ayu Damit yang unik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024