Highlights

Azam 2020 – Siapa Berazam Nak Buat Bisnes? Usaha Kena Lebih, Hati Kena Kuat. Paling Penting AKAUN Jaga Baik-Baik!

Afiza Kamarulzaman
28/12/2019
14:27 MYT
Menjadi usahawan atau ahli perniagaan atau berniaga memang sedap didengar. Namun, merealisasikannya tidak semudah menyebutnya. Tanyalah kepada kebanyakan usahawan yang telah berjaya atau yang gagal, pasti jawapannya sama. Perjalanan mereka getir tidak semudah menerima gaji setiap bulan.
Apa pun, ujiannya jika dihadapi dengan kesabaran, hati yang kental, ilmu yang padat dan usaha yang berterusan, pasti menemui kejayaan di penghujung jalan. Cuma sebelum itu, pastikan kamu buat beberapa check list sebagai persiapan untuk menempuh alam kerjaya baru yang mana kamulah bos, kamu juga kulinya. Jatiuh bangun di bahu kamu dan bukan lagi pemilik syarikat yang seperti kamu kerja dulu.
Ayuh kita lihat check list asas untuk kamu yang bercita-cita untuk beralih ke dunia perniagaan. Ingat, kentalkan hati, jangan lekas putus asa, teruskan berdoa memohon petunjuk dan jangan sesekali malu untuk bertanya kepada mereka yang lebih berpengalaman. Apabila kaki sudah mula melangkah, teruskan walaupun ada kala kaki luka terpijak duri dan kaca. Habiskan perjalanan sehingga ke destinasi.
Kredit Foto: Google
‘Check List’ Asas Membuka Perniagaan
  1. Jenis perniagaan – langkah pertama, pastikan kamu kenali apa jenis perniagaan yang ingin kamu ceburi. Pastikan kamu tahu serba-sedikit tentang bidang perniagaan itu agar tidak tertipu atau kamu hilang minat di pertengahan jalan.
  1. Ilmu kena ada – apa saja yang dilakukan mesti disertakan dengan ilmu. Contohnya, kalau mahu bertani pastikan kamu pergi kursus asas tani dan jenis penanaman yang ingin dilakukan. Ilmu sangat penting untuk memastikan bisnes tidak gagal.
  1. Akaun/Kewangan – ini bahagian paling penting dan kritikal bagi sesebuah perniagaan. Jatuh bangun sesebuah perniagaan itu bergantung kepada seefisyen mana sistem kawangannya. Jika tidak arif, lantik seseorang yang boleh menguruskan akaun perniagaan kamu itu.
Kredit Foto: Google
4. Mesti percaya pada produk sendiri – kalau pengasas atau pemilik produk sendiri tidak percaya dengan apa yang dijual, bagaimana pula dengan pelanggan? Jadi, sebelum mula memasarkan produk itu, pastikan kamu jatuh cinta dengannya terlebih dulu.
5. Pemasaran berkesan – pemasaran adalah faktor paling penting dalam memastikan jualan sentiasa ‘jalan’. Fikirkan strategi jualan yang berkesan terutamanya pada zaman media sosial ini, jika bijak dimanipulasi, senang-senang jualan boleh naik mencanak setiap hari.
6. Cari team yang betul – kejayaan selalunya hadir bersama sistem sokongan yang mantap. Tidak mampu untuk kita melaksanakan semua bahagian seorang diri. Carilah team yang berkesan untuk setiap bahagian itu.
Kredit Foto: Google
7. Luaskan ‘connection’ – Bukan bermakna kamu perlu bersosial sepanjang masa, tetapi carilah jaringan sosial yang ‘perlu’ untuk memastikan perniagaan kamu mekar di industri yang terlibat. Tidak boleh diam dan ‘bekerja’ sahaja. Pastikan kamu ada komunikasi yang baik dengan pelanggan dan orang yang terlibat dengan urusan perniagaan kamu. Jangan sombong!
8. Antara berani dan hati-hati – berani untuk ambil risiko tetapi pada masa yang sama hati-hati sebelum membuat sesuatu keputusan terutamanya yang melibatkan impak besar dalam syarikat seperti perlaburan.
9. Elakkan banyak berhutang – tidak perlu diulas panjang-lebar tentang perkara ini kerana semua orang pun pasti tahu apa bahana apabila begitu banyak berhutang? Faedahnya sahaja akan buat kamu stres tak sudah.
10. Upgrade pengetahuan terkini, bukan ‘lifestyle’ peribadi – betul! Kamu perlu mengikut peredaran zaman, apa kehendak terkini pelanggan? Bukan terus syok sendiri terus dengan produk itu sahaja terutamanya perniagaan yang melibatkan trend seperti fesyen, kosmetik atau hiasan. Namun, awas! Apabila sudah punya sedikit keuntungan, jangan terburu-buru untuk meenaikkan taraf hidup dengan membeli kereta barulah, beli hartanah yang tidak menguntungkan dan sebagainya. Fikir sebelum berbelanja.
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Andika Putera Nafi Berskandal Dengan Isteri Orang & Staf, Tak Pernah Curang Ketika Berkahwin - "Ia Fitnah Besar!"

gempak
22/07/2024
11:40 MYT
Personaliti media sosial Andika Putera atau nama sebenarnya Muhamad Andika Putera menegaskan tidak pernah berlaku curang ketika dalam perkahwinan bersama bekas isterinya, Ananda Natasha.
Hiburan

Wanita Nafi Jadi Sugar Mummy Artis Remaja Fikry Kiki - "Tuduhan Itu Tak Sepatutnya Berlaku"

gempak
20/07/2024
02:55 MYT
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Bulan atau nama sebenarnya Mabel Ira Bulan, menafikan tuduhan 'membela' artis remaja Fikry Kiki.
Viral

Didakwa Guna Gambar Double Meaning Untuk Promote Produk, Imej Berpurdah Neelofa Dipersoal Netizen?

gempak
28/06/2024
06:52 MYT
Pengacara dan usahawan selebriti, Neelofa menjadi buah mulut netizen apabila menggunakan gambar yang disifatkan sebagai 'double meaning' dalam usaha mempromosikan produknya.
Hiburan

Shiha Kerap Mimpi Ngeri Dibelit Ular Hitam, Minta Doa Ustaz Elak Kena Sihir - "Banyak Kali Orang Datang Kedai, Nampak Tutup Je"

gempak
12/06/2024
09:50 MYT
Penyanyi dan usahawan popular Shiha Zikir mendedahkan pernah berlaku beberapa peristiwa misteri melibatkan perniagaan yang diusahakan terutama di restoran Shiha Zikir Nasi Ayam di Kampung Baharu, Kuala Lumpur sejak 2023.
Hiburan

“Tak Ada Monyet, Tak Ada Kera Macam Kami Ni Tak Ceria Malaysia” - Aliff Syukri

gempak
13/05/2024
06:55 MYT
Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri bengang dengan sikap segelintir netizen yang tidak habis-habis mencari salahnya. Menurut usahawan berusia 37 tahun itu, netizen hanya berminat untuk mengetahui cerita-cerita negatif yang menimpa dirinya berbanding perkara-perkara baik yang dilakukannya.