Read

Baby FIZO OMAR dan MAWAR KARIM Kini Model Muslimah Paling Muda di Malaysia — Anda Perlu Lihat Foto Ini

gempak
Public Anonymous User
02/02/2018
04:07 MYT
Sponsor Banner
Baby FIZO OMAR dan MAWAR KARIM Kini Model Muslimah Paling Muda di Malaysia — Anda Perlu Lihat Foto Ini
Oleh: Athirah Zulkifli
A post shared by Madam Rose (@mawar_karim) on
BARU-BARU ini, terlihat di Instagram peribadi miliki isteri kepada pelakon terkenal, Fizo Omar iaitu Mawar Karim, menggayakan ‘baby’ mereka — Maryam — dengan fesyen si kecil Muslimah yang comel.
Bukan itu sahaja, Himpunan Fareeda Kids bakal melancarkan cabang koleksinya yang terbaru iaitu ‘MARYAM’, bersempena nama anak Fizo dan Mawar. Menariknya, Maryam sendiri menjadi model menggayakan koleksi istimewa ini.
Wow, kecil-kecil sudah jadi duta jenama sendiri. Mungkin satu hari nanti, si kecil ini bakal mengikut jejak langkah ibu bapanya sebagai seorang usahawan berjaya.
InTrend bawakan foto-foto comel baby Maryam dalam persalinan koleksi terbaru Fareeda Kids.
5 Tips Memilih Pakaian Terbaik Untuk Bayi Anda
TIPS 1 Ingat! Kulit Bayi Amat Sensitif
Kriteria yang perlu anda fikirkan sebelum memilih pakaian anak adalah kualiti pakaian. Ini kerana kebanyakan kulit bayi lebih sensitif berbanding kulit dewasa. Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memilih pakaian terbaik untuk si kecil. Fabrik kapas merupakan material yang baik dan sesuai untuk anak anda.
TIPS 2 Jangan Salah Pilih Saiz
Kesesuaian saiz pakaian adalah salah satu tips penting dalam memilih pakaian untuk si bayi. Mungkin ketika membeli pakaian si kecil terdapat kesilapan dalam memilih saiz.
Oleh itu, pilihlah kedai yang menawarkan khidmat memulangkan belian kembali (dengan terma dan syarat) atau menukar saiz pakaian supaya anda tidak membazir begitu sahaja.
TIPS 3 Warna Beri Kesan Psikologi Kepada Anak
Pilihlah warna yang terang dan ceria untuk si kecil. Antara warna cerah seperti biru, hijau, merah jambu dan ungu pastinya menjadi pilihan terbaik. Namun tidak salah untuk memilih warna lain seperti hitam atau kelabu yang pasti memberi kesan manis pada si kecil.
TIPS 4 Corak Petak atau Jalur?
Bagi anda yang mempunyai anak lelaki, apabila memilih pakaian pilihlah baju-T bersama denim atau seluar yang diperbuat daripada kain kapas. Jika anda mahu membeli baju yang berpetak dan berjalur, pilihlah baju yang tidak mempunyai warna yang banyak.
TIPS 5 Anak Tentu Kelihatan Comel Kalau…
Baju kanak-kanak, dia pasti kelihatan lebih menarik jika ibu bapa bijak ‘mengadun’ gayanya. Pilihlah helaian yang berwarna cerah dan ringkas yang memperlihatkan kesan yang lebih sihat, bersih dan selesa untuk dipakai sepanjang hari.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live