gaya hidup
Bagaikan Kembali Ke Kampung Halaman Saat Bercuti di Sini – TERATAK SOFEA Seindah Namanya.
Penulis berkesempatan bermalam satu malam di sini bersama ahli keluarga beberapa bulan yang lalu. Ternyata, ia pengalaman yang tidak mungkin dapat dilupakan. Penulis tidak punya kampung halaman yang berumah kayu. Jadi, apabila terlihat adanya rumah inap seperti ini, ia bagai orang mengantuk disorong bantal.
Teratak Sofea terletak di Banting, Selangor memilik tiga buah rumah berkonsepkan suasana kampung dengan senibina rumah kayu klasik. Ia adalah cetusan idea seorang suri rumah, Ami Adina, 38, yang turut tinggal di kawasan Teratak Sofea. Dan, menurut beliau, nama Teratak Sofea diambil sempena nama anak perempuan tunggalnya, Sofea.
“Saya sendiri peminat seni bina kayu dan konsep ini sememangnya menjadi impian saya dari dulu. Tambahan pula, zaman sekarang rumah kayu seperti ini agak sukar untuk ditemui lagi dek minat orang sekarang lebih kepada rumah batu moden. Ia menggamit memori zaman Tok Nenek kita untuk menikmati suasana seperti di kampung halaman. Dan, ia sesuai dengan lokasi di kampung ini,” Ujar pemilik Teratak Sofea.
Nostalgiknya Nama-Nama Setiap Unit
Di sini terdapat tiga unit rumah kayu yang boleh diinap oleh pengunjung, juga sebuah musola untuk mereka yang mahu mengadakan solat jemaah dan majlis ilmu lainnya. Dibina tiga tahun lalu dengan dimulakan dari unit Masam Masam Manis yang memuatkan dua bilik. Diikuti pembinaan rumah Anak Bapak dan Ibu Mertuakuk memiliki lima bilik.
Menariknya lagi, setiap unit rumah dilengkapi koma renang peribadi dan pelbagai kemudahan lain seperti dapur terbuka, ruang menonton, ruang rehat dan sebagainya. Jika mahu menikmati hidangan makan tradisi Melayu, bolehlah diminta kepada pihak pengurusan untuk menyediakannya.
Di sini juga terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disedikan seperti basikal percuma, permianan belon air untuk kanak-kanak, court badminton, ruang berswafoto dan sebagainya. Setiap masa anda di sini tidak akan sunyi dan suram kerana ada saja perkara yang boleh dicuba, apatah lagi disajikan dengan permandangan indah sekitar kampung.
Must-Watch Video