gaya hidup

Banyak Masjid Dijadikan Tempat Perlindungan Tak Kira Agama — Mungkin Ini Asbab Fungsi MASJID Dikembalikan Sepenuhnya, Saf Dirapatkan

gempak
Huda Hussain
19/12/2021
01:58 MYT
Sponsor Banner
Banyak Masjid Dijadikan Tempat Perlindungan Tak Kira Agama — Mungkin Ini Asbab Fungsi MASJID Dikembalikan Sepenuhnya, Saf Dirapatkan
Susulan banjir luar jangka yang mula membadai kawasan sekitar Klang, Shah Alam, Puchong, Sepang dan kebanyakan daerah di negeri Selangor sejak semalam, membuatkan masyarakat perlu bertindak segera bagi membantu mangsa banjir yang terlibat.

Kredit Foto: Facebook Ba'am Al Asaad Memetik sumber laporan Astro Awani, mana-mana individu yang terkandas akibat banjir kilat berhampiran Bukit Jelutong, Shah Alam boleh mendapatkan perlindungan di Masjid Tunku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong. Menurut wakil kariah masjid berkenaan, Ahmad Hitaimi Zahari, masjid itu turut membuka pintunya buat mereka yang bukan beragama Islam.

"Mereka terkandas (yang beragama Islam) dekat tol Shah Alam di Bukit Jelutong jadi mereka hendak bersembahyang Zohor. Tetapi apabila kita melihat mereka sudah terkandas beramai-ramai, kita uar-uarkan dalam Whatsapp kariah semua dan yang datang tu bukan sahaja yang beragama Islam, tetapi juga mereka yang bukan Islam," katanya ketika ditemu bual Astro AWANI, pada awal pagi Ahad.
Kredit Foto: Facebook Ba'am Al Asaad
Ujarnya, pihak masjid menganggarkan lebih 200 individu mendapatkan perlindungan di kawasan itu susulan paras air yang meningkat di kawasan sekitar. Antara lain, pihak masjid juga berusaha menyediakan bantuan makanan buat mereka yang terkandas itu.
Di Klang pula sejak pagi semalam sejumlah 1,011 mangsa banjir ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Klang setakat jam 7 pagi, susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di daerah berkenaan.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata tiga PPS berkenaan dibuka di Masjid Al-Islah dan Masjid Al-Ubudiah dan Sekolah Kebangsaan Telok Gong. "Seramai 256 mangsa lagi ditempatkan di PPS Masjid As-Islah dan 74 lagi di Masjid Al-Ubudiah. Operasi masih dijalankan ketika ini," ujarnya mengulas lanjut.
Kredit Foto: Facebook Ahyat Ishak
Melihatkan senario ini, pada hemat penulis sudah tiba masanya pihak kerajaan memberi kelonggaran SOP dalam penggunaan masjid untuk tujuan amal ibadat khususnya bagi menunaikan solat. Ya, benar negara masih lagi bergelut dengan penularan Covid-19 juga varian Omicron.
Tetapi mungkin asbab musibah banjir yang melanda hampir kebanyakan negeri di Malaysia, SOP untuk menunaikan solat di masjid perlu diberi kelonggaran. Lihat sahaja pusat rekreasi, tempat tumpuan orang ramai yang kian dipenuhi pengunjung. Hinggakan ada yang mengatakan bagaikan tidak adil apabila solat perlu dijarakkan ketika di masjid. Sedangkan di tempat lain, ia boleh dilakukan seperti biasa.
Kredit Foto: Facebook Ba'am Al Asaad
Lantaran itu, fungsi masjid dalam situasi kini yang menjadi PPS mangsa banjir boleh dijadikan indikator untuk memastikan ibadat solat khususnya dapat dilakukan seperti biasa. Masanya untuk kita rapatkan saf sekali gus dapat memohon perlindungan pada-Nya agar apa jua yang melanda negara kini dapat dilalui dengan tabah dan cekal. Moga ada sinar dan khabar gembira buat semua umat Islam yang sudah lama merindui untuk menunaikan solat seperti biasa. Insya-Allah.
Sumber: Awani, Berita Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024