,
Highlights

Barisan Selebriti Ini Antara Yang Bertuah Punya ‘Pregnancy Glow’. Patutlah Mengandung Pun Cantik Dan Berseri!

Huda Hussain
17/09/2020
06:00 MYT
Walaupun tubuh berisi, kembang sana sini tetapi wajah tetap cantik dan berseri. Itulah yang dilalui wanita hamil. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang hamil kali pertama. Hamil merupakan impian setiap wanita yang berkahwin. Saat disahkan hamil, serasa sempurna semuanya. Bagaimana perjalanan hidup dari kanak-kanak menginjak remaja, dewasa dan bakal bergelar ibu bagaikan tersusun indah.
Sungguhpun begitu kebanyakan wanita mengalami perubahan saat hamil. Misalnya ada yang melalui perubahan kulit, perasaan dan naluri hati, perubahan kebiasaan bahkan sampai perubahan sikap. Hal ini terjadi kerana semasa hamil berlaku banyak perubahan secara fisiologi dalam tubuh. Paling ketara adalah perubahan hormon.
Kredit Foto: IG Scha Alyahya
Ada yang mengalami perubahan ke arah negatif dan begitu juga perubahan ke arah positif saat hamil. Salah satunya adalah perubahan kulit yang lebih sihat semasa hamil sehingga wanita merasa lebih cantik. Perubahan ini biasa disebut sebagai pregnancy glow. Beberapa wanita yang mengalami pregnancy glow terlihat lebih cantik, memiliki kulit lebih sihat, berseri, cerah dan kenyal.
Apakah Pregnancy Glow?
Semasa hamil berlaku banyak perubahan fisiologi pada tubuh. Hormon-hormon dalam tubuh bekerja lebih aktif sehingga ibu mengalami pelbagai perubahan keadaan. Pregnancy glow adalah salah satu daripada perubahan fisiologi yang terjadi pada tubuh ibu hamil. Ia adalah perubahan yang terjadi pada kulit yang disebabkan oleh meningkatnya hormon selama kehamilan. Perubahan ini menghasilkan kulit terlihat lebih berseri, cerah, sihat dan kenyal. Maka bersyukurlah bagi anda yang mengalami pregnancy glow saat kehamilan. Kerana tidak semua ibu hamil mengalami pregnancy glow. Bahkan ada yang melalui sebaliknya seperti kulit terlihat lebih kusam dan kering.
Kredit Foto: IG Emma Maembong
Bagaimana Pregnancy Glow Terjadi?
Pregnancy glow ini terjadi kerana pelbagai perubahan fisiologi yang berlaku pada tubuh sehingga menghasilkan perubahan pada kulit. Selama kehamilan, volume darah meningkat sekitar 50% dan pengeluaran hormon Human Chorionic Gonadotropin (HCG) juga meningkat. Jumlah darah yang meningkat menyebabkan aliran darah ke pembuluh darah lebih banyak, sehingga menyebabkan kulit terlihat lebih merah merona dan kenyal. Sedangkan hormon HCG dan progesterone menyebabkan kelenjar kulit pada wajah mengeluarkan lebih banyak minyak, sehingga membantu membuat kulit lebih terlihat halus dan berseri.
Pengeluaran minyak pada kulit yang lebih banyak juga menghasilkan kelembapan pada kulit. Hal ini membawa impak positif bagi anda yang mempunyai masalah kulit kering sebelum hamil. Perubahan pada volume darah serta hormon HCG dan progesteron itulah yang menyebabkan pregnancy glow terjadi.
Kredit Foto: IG Farah Nabilah
Adakah Kesan Negatifnya?
Tidak semua ibu hamil yang mengalami pregnancy glow bebas daripada masalah kulit. Beruntunglah bagi anda yang mengalami perubahan baik kerana perubahan pengeluaran minyak pada kulit. Namun bagi anda yang memang sudah mempunyai masalah kulit berminyak pada wajah pastinya perubahan ini harus ditangani dengan baik agar tidak menimbulkan masalah pada kulit wajah.
Pengeluaran minyak pada wajah yang lebih banyak saat hamil kadang-kala membawa kesan negatif kepada beberapa wanita hamil. Lazimnya ini terjadi kepada mereka yang sering mengalami jerawat selama tempoh menstruasi. Kerana semasa hamil pengeluaran minyak pada wajah lebih banyak, jerawat lebih cenderung muncul ketika hamil. Namun, tak perlu bimbang. Hal ini bisa ditangani dengan memakai pembersih wajah bebas minyak untuk membantu mengurangkan jumlah minyak di kulit.
Kredit Foto: IG Miss Fazura
Bila 'Pregnancy Glow' Terjadi?
Setiap ibu hamil mengalami perubahan saat hamil yang berbeza-beza. Waktunya juga bervariasi antara individu dan tidak boleh diklasifikasikan dengan tepat. Begitu juga dengan saat terjadinya pregnancy glow. Ada ibu hamil yang mengalami pregnancy glow pada awal trimester pertama, namun ada juga yang mengalaminya saat awal trimester kedua. Bahkan ada juga ibu hamil yang tidak sama sekali mengalami pregnancy glow. Hal ini berbeza kepada setiap individu bergantung pada tubuh, hormon, dan kesan dari kehamilan.
Beruntung bagi anda yang mengalami pregnancy glow sehingga kulit terlihat lebih sihat dan cantik. Namun, jangan lupa juga untuk merawatnya dengan baik agar keindahan kulit terjaga. Apa saja perubahan boleh terjadi pada tubuh anda saat hamil bergantung dengan perubahan fisiologi yang terjadi dalam tubuh. Syukuri dan raikan segala perubahan yang berlaku pada diri agar anda diselubungi perasaan positif yang akan memberi kesan baik kepada janin.
Kredit Foto: IG Zahirah Macwilson
Sumber: hellosehat.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Michelle Yeoh Sedih Tiada Anak, Sedar Tidak Boleh Hamil Sejak 1988

gempak
19/11/2024
14:50 MYT
Kehidupan Tan Sri Michelle Yeoh yang menjadi pesohor Hollywood mungkin dilihat penuh glamor.
Berita

Wanita Hamil, Anak 4 Tahun Hilang Selepas Keluar Beli Makanan

gempak
15/11/2024
05:25 MYT
Seorang wanita hamil lapan bulan dan anak lelakinya yang berusia empat tahun, yang dilaporkan hilang selepas keluar membeli makanan di sebuah kedai di Jalan Pintasan Kuantan, pada Rabu ditemui selamat oleh pihak polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor.
Hiburan

Tiada Istilah ‘Bodek’, Along Kamaludin Selar Tindakan Selebriti Kutuk Fazura - “Dia Menyanyi Sampai Ke Indonesia, Yang Artis…”

gempak
10/11/2024
00:55 MYT
Pelakon dan pengarah Along Kamaludin tampil memberi teguran kepada segelintir pihak yang mengutuk selebriti terkenal Nur Fazura di laman sosial gara-gara nyanyiannya baru-baru ini di Indonesia.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Tengah Syok Basuh Pinggan, Ryzal Ibrahim Terkejut Dapat Tahu Maryam Hamil Baby Kedua! Comel Bila Anak Siap Tunjuk Bukti

gempak
02/11/2024
11:55 MYT
Personaliti media sosial, Maryam Younarae melahirkan rasa syukur apabila dia kini hamil anak kedua.
Unitar