,
gaya hidup

Bayangkan Kalau Tergelincir Akibat Terjatuh Dari Tangga Kontena, Bagaimana Sakitnya? Allahu… Itu Yang Dialami Nik Mohd Razali

Huda Hussain
06/08/2021
07:23 MYT
Ngilu dan ngeri rasanya kala menukilkan tulisan ini. Ya, kemalangan di tempat kerja adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dielak sebagai manusia biasa. Walau bagaimana kita berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga sekalipun, andai ditakdirkan-Nya itu detik kita diuji, tiada yang mampu menghalangnya. Dan itulah yang dilalui salah seorang peserta Program RTW minggu ini. Ini kisahnya.
Kisah Luar Biasa Nik Mohd Razali Nik Mat Bertugas di Northport Malaysia Bhd 11 tahun lamanya, dulu dia bekerja di bahagian RTG yang mempunyai syif tertentu namun kini berkhidmat di bahagian Pengurusan. Ceritanya “Semuanya berlaku waktu saya nak turun tangga dari kontena. Dah habis kerja pun masa tu. Tapi saya tergelincir dan terjatuh dari tangga hingga ke bawah. Saya dibawa ke klinik untuk pemeriksaan. Masa tu memang rasa kebas kaki dan sakit pinggang. Doktor beri surat untuk buat rawatan MRI di hospital dan hasil keputusan MRI mendapati memang ada slip disc dan syorkan supaya saya dibedah” kongsi Nik Mohd Razali mengimbas semula detik kejadian itu.
Kredit Foto: Astro Prima
Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas atau lemah. Slipped disc pada tulang belakang adalah salah satu diagnosa utama di kalangan pesakit sakit tulang belakang. Sebab- sebab slipped disc di tulang belakang mungkin berpunca dari proses penuaan pada disk tulang belakang yang mengalami faktor mekanikal, trauma, nutrien, dan genetik. Dan bagi kes Nik Mohd Razali, nyata faktor kemalangan di tempat kerja membuatkannya terpaksa menderita dalam satu tempoh agak lama.
Setelah mendapatkan rawatan susulan di My Physio Work, Nik Mohd Razali akui lebih selesa dan kesihatannya beransur pulih dengan baik. “Kerja baharu di Bahagian Pengurusan lebih sesuai, mudah dan ringan sebab tak gunakan tangga,” luahnya syukur kerana diberi peluang bekerja seperti sebelumnya.
Bertanggungjawab mengendalikan kes Nik Mohd Razali, Pengurus Kes, Pejabat Perkeso Klang; Mohd Zarrul Hakimi berkata ”Rujukan kes ini oleh kerana kita ada kerjasama RTWC bersama pihak majikan. Satu komunikasi mudah telah berlaku di mana pihak majikan sentiasa memberi satu kumpulan kes yang perlu diuruskan untuk RTW. Apabila kita terima rujukan kes daripada majkan dan pihak majikan dah banyak lakukan perkara dari peringkat awal, saya masih lagi perlu buat penilaian semula kes. Berjumpa dengan orang berinsurans, berbincang dan kita submit untuk rawatan fisio sekiranya memerlukan,” ulasnya lanjut.
Kredit Foto: Astro Prima
Faedah Dan Kemudahan Yang Diberikan Perkeso:
  1. Bayaran Pampasan (Faedah Hilang Upaya Kekal)
  2. Peralatan Pemulihan
  3. Rawatan pemulihan di panel pemulihan Perkeso
  4. Khidmat runding cara dan kaunseling bersama Perkeso, pekerja dan majikan.
Tanggungjawab Majikan Bagi Eksekutif Modal Insan Northport (Malaysia) Bhd pula ”Sebagai majikan yang prihatin, kami mengambil langkah-langkah awal untuk memastikan semua kakitangan yang terlibat dalam kemalangan diberi bantuan sepatutnya. Dengan adanya RTWC pihak majikan telah menyediakan langkah-langkah awal menempatkan pekerja di satu tempat supaya pekerja dapat bekerja dengan lebih ringan berbanding pekerjaan asal. Dengan kerjasama bersama Perkeso, mereka telah mengeluarkan surat untuk kakitangan menjalani rawatan di mana-mana panel Perkeso. Dan bagi kes Encik Nik, ia dirujuk ke My Physio Work.
Kredit Foto: Astro Prima
Terdahulu di awal segmen Luar Biasa yang dihoskan Shiha Zikir dan Norman Hakim, episod kali ini mengundang Ketua Cawangan Return To Work Perkeso; Rosmawati Mat, yang berkongsi penjelasan terperinci mengenai Return to Work Coordinator (RTWC). Turut dijemput adalah Ketua Bahagian Pengurusan Modal Insan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Jaizal Kamar Jalaludin.
Sekilas mengenai Program RTWC, ia bertujuan menggalakkan lebih ramai majikan untuk melaksanakan program RTW dan melahirkan lebih ramai koordinator RTW di peringkat majikan. Jika RTW lebih menumpukan kepada pekerja atau orang berinsurans (OB) tetapi RTWC lebih memfokuskan kepada majikan. “Ia sekali gus memudahkan pengesanan kes di peringkat awal, pemulihan dapat diberikan dengan cepat dan mereka akan kembali semula bekerja lebih cepat,” ulas Rosmawati ketika ditanya hos Luar Biasa mengenai takrifan RTWC. Konklusinya, penting bagi pihak majikan untuk menyertai RTWC supaya pengurusan kes menjadi lebih efektif dan semuanya dapat dikendalikan dengan lebih cepat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Shuib Didakwa Tunai Haji Guna Duit Pekerja, Watie Tampil Perjelas Hal Sebenar - “Dia Bertahun Tak Ambil Gaji…”

gempak
13/11/2024
20:55 MYT
Nama pelawak dan usahawan Shuib, kembali menjadi perbualan netizen selepas isu denda RM17,500 kerana tidak membayar caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk pekerja.
Hiburan

Astro Perkenal Program Bual Bicara ‘Borak SeeNI’

gempak
01/10/2024
19:25 MYT
Astro dan Nu Ideaktiv dengan bangganya membawakan isu hangat dan terkini ke kaca televisyen menerusi program bual bicara baharu, ‘Borak SeeNI’ yang mula bersiaran pada hari ini.
Hiburan

"Wanita Tak Boleh Hidup Terlalu Bergantung Dengan Lelaki" - Che Ta

gempak
07/03/2024
12:51 MYT
Rozita Che Wan menegaskan dirinya sentiasa memandang ke hadapan dan mahu membangunkan diri biarpun tanpa sokongan lelaki
Hiburan

"Saya Dilahirkan Bukan Anak Orang Senang, Bila Kerja Pramugari Barulah ..." - Che Ta

gempak
06/03/2024
03:55 MYT
Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, 51, mendedahkan dirinya pernah hidup susah dan tinggal di kawasan flat sebelum mengecapi kemewahan seperti hari ini.
Laman Utama

“Minta Jauh Laki Macam Ni, Cakap Lembut Tapi Sebenarnya Kaki Pukul!” – Drama Bukan Syurga Pilihan Baru Start Tapi Ramai Dah Sakit Hati

gempak
06/01/2023
03:30 MYT
Geramnya!
Unitar