Setiap insan yang hidup pasti akan pergi satu hari nanti. Begitu juga dengan beberapa bakat terkenal yang telah banyak menyumbang jasa dalam bidang seni dan hiburan negara.

InTrend menyorot kembali detik 11 insan yang meninggalkan kita semua sepanjang 2019.




1. Raja Ahmad Alauddin

Belasungkawa atas berita pemergian sutradara terkenal, Raja Ahmad Alauddin yang meninggal ketika dalam tidurnya pagi tadi. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Antara drama arahannya yang terkenal ialah Curi-Curi Cinta siaran di Astro.

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on


2. Yazit Ahmad

Belasungkawa atas berita pemergian pemuzik lagenda, Yazit Ahmad yang telah kembali ke rahmatullah pada 25 September 2019.


Kredit foto: Astro Awani




3. Nassier Wahab

Penyanyi era 80-an Datuk Nassier Wahab meninggal dunia pada 5 Disember 2019 di Pusat Pakar Universiti Malaya (UMSC), Petaling Jaya. Terdahulu, pada April 2018, Allahyarham pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Pada 1 Jun 2019, Allahyarham sekali lagi menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kirinya, setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Belah Klang.

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia) on



4. Alif Johan

Selepas dua tahun kehilangan suaminya, Johan Nawawi, penyanyi terkenal, Nora Ariffin sekali lagi diuji dengan apabila anak keduanya, Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember lalu. Allahyarham Alif atau nama sebenarnya Muhammad Syakir Alif Johan, 20 dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Tunku, Petaling Jaya.

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


5. Pitt Hanif

Pemergian mengejut, Pengarah yang juga anak kepada pelakon tersohor, Fauziah Nawi, Pitt Haniff didapati hilang ketika memancing dan dilaporkan lemas di Sungai Jelai dekat Jambatan Gemunchur Mela, Lipis, Pahang pada 26 Oktober lalu. Al-Fatihah.

A post shared by Fauziah Nawi (@fauziahnawi) on



6. Kamal Chilok

Anggota kumpulan lawak Chilok, Mohd Kamal Shah Saharuddin telah menghembuskan nafas terakhir pada 10 Oktober lalu, setelah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal gara-gara terlibat dalam kemalangan jalan raya. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bangkong, Sepang.

A post shared by Zon Lawak (@zonlawak) on

7. Datuk A Rahman Hassan

Penyanyi era 1960-an, Datuk A Rahman Hassan, meninggal dunia di Hospital Ampang (HA), akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan lemah jantung. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan anak-anak.



8. Wafa Abdul Kadir

Pelakon popular era 1990-an, Wafa Abdul Kadir, 52, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya, Selangor. Allahyarhamah Wafa menderita akibat penyakit kanser.

9. Mior Ahmat

Khabar duka buat penggiat seni tempatan apabila pelakon era 1990-an, pelakon drama dan teater yang popular sekitar tahun 90-an Mior Ahmat Zaudi meninggal dunia pada 1 Januari 2019 akibat komplikasi pendarahan dalam otak. Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Cheras Perdana.

10. One II 4U2C

Nama 4U2C sudah lama tidak kedengaran namun, populariti kumpulan itu tidak pudar ditelan masa. Berita pemergian salah seorang kumpulan ini, One II pastinya memberi kesan yang mendalam buat ahli kumpulan itu. Jenazah Allahyarham One II, 44, akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Keramat, Hulu Kelang.