Seiring dengan perkembangan teknologi dan gaya hidup terkini pasti setiap daripada kita sudah terbiasa dengan perubahan demi demi memudahkan urusan kita seharian kan? Misalnya pembelian secara dalam talian. Bleh dikatakan nak beli apa sahaja, semua dihujung jari kita. Pendek kata, baring atas katil pun boleh ‘shopping’ barang dapur tanpa perlu keluar.

Maklum sajalah, dengan pandemik Covid-19 yang menuntut kita ‘hidup bersama dengannya’ maka segala normal baru perlu jadi sebahagian daripada rutin kita.

Kredit Foto: Hoolah

Dan berbicara mengenai pembelian secara dalam talian ini, pasti ramai dalam kalangan kita yang berkira-kira kalau mahu membeli barangan berjenama. Ya, langkah penjimatan dan berbelanja secara berhemah dan bijak sememangnya perlu jadi kelaziman.

Kredit Foto: Hoolah


Dalam hati teringin macam-macam tapi bila tengok pada harga, tak apalah sanggup ‘puasa’ sekejap. Ataupun simpan duit sedikit demi sedikit berbulan-bulan semata-mata nak miliki apa yang dihajati. Dan bagi penggemar koleksi, aksesori dan pakaian sukan pasti maklum dengan harganya kan?

Lebih-lebih lagi yang berjenama, umpamanya kalau kita pegang di rak tu boleh dua tiga kali letak sebab memikirkan nak beli atau tak kerana faktor harga. Tetapi tahukah anda sekarang ada platform pembayaran yang membolehkan anda miliki koleksi kasut dan pakaian sukan tanpa perlu bayar sejumlah wang yang banyak?

Kredit Foto: Hoolah


Dengan adanya hoolah sebagai pilihan pembayaran di JD Sports, pelanggan kini dapat secara automatik membahagikan pembelian menjadi tiga kali pembayaran tanpa faedah bulanan ketika mereka melayari melalui hoolah, sama ada di kedai atau dalam talian. Ini bermakna pelanggan boleh berbelanja sekarang dan membayar kemudian dengan cara yang mudah dan fuss-free. Jadi, bolehlah merasa sarung pakaian berjenama dengan cara yang bijak!