Sejak kebelakangan ini kalau dilihat di media sosial juga di media arus perdana, ramai yang menyertai sukan berbasikal. Tidak dinafikan, sukan berbasikal ini memberi banyak kelebihan dan manfaat tersendiri untuk kesihatan tubuh. Ia melibatkan pergerakan dan stamina yang memerlukan penunggang kekal ‘fit’. Antara kebaikannya adalah:
  1. Membakar Kalori
Anda kehilangan banyak kalori apabila dengan berbasikal. Malah, setengah jam berbasikal pada kadar sederhana dengan berat 155 paun di atas basikal pegun membakar 260 kalori. Jika anda mempunyai berat badan yang lebih dan berbasikal pada intensiti yang lebih tinggi, anda akan membakar lebih banyak kalori.

Kredit Foto: Google
  1. Baik Untuk Sendi
Terdapat banyak aktiviti aerobik yang tidak sesuai dengan sendi-sendi kita kerana kesan dari aktiviti tersebut. Contohnya berjoging atau sukan berpasukan. Walau bagaimanapun, berbasikal, secara umum, membuatkan jantung anda mengepam tanpa meletakkan terlalu banyak tekanan pada sendi. Menurut Klinik Cleveland, berbasikal amat baik bagi mereka yang mempunyai lebihan berat badan sebanyak 50 paun kerana ia mengurangkan tekanan mekanikal pada pinggul, lutut, belakang dan pergelangan kaki – walaupun jika dibandingkan dengan berjalan kaki.
  1. Manfaat Untuk Jantung
Berbasikal boleh akan meningkatkan kesihatan kardiovaskular. Berbasikal secara berkala menyihatkan badan kerana ia mengurangkan tekanan darah tinggi, mengawal gula dalam darah dan juga menghalang serangan jantung. Mayo Clinic menyatakan bahawa berbasikal secara berkala meningkatkan fungsi jantung, kerana ia membuatkan jantung mengepam darah dengan lebih efisyen. Di samping itu, berbasikal juga meningkatkan jumlah kolesterol baik sambil menurunkan kolesterol jahat di dalam badan anda. Hasilnya, plak di dalam arteri dapat dikurangkan.

Kredit Foto: Google
  1. Tidur Lebih Lena
Jika anda menghadapi masalah tidur atas apa jua sebab, berbasikal mungkin boleh menjadi penawar untuk anda. Menurut satu kajian di Stanford University School of Medicine, masa yang diperlukan untuk pesakit yang mengalami sedentari insomnia untuk tidur penurunan sebanyak separuh, dan masa tidur mereka juga meningkat sebanyak satu jam apabila mereka berbasikal selama sekitar 20 hingga 30 minit setiap hari. Sebabnya adalah apabila berbasikal di luar, badan akan terdedah kepada cahaya matahari. Hasilnya, irama sirkadian kembali selari dan tahap kortisol serta hormon stres juga menurun.
Daripada isu penunggang wanita berpakaian ketat, hinggalah membawa kepada isu penunggang basikal berkayuh di lebuh raya, isu sukan ini sentiasa menjadi bualan.

Sumber: https://hellodoktor.com/

Tetapi apa yang menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat sekarang adalah kurangnya tanggungjawab dan keprihatinan segelintir penunggang basikal itu sendiri. Hal ini kerana ada sahaja penunggang yang berbasikal di lebuh raya, jalan raya yang sesak dengan kenderaan-kenderaan lain hinggakan ada yang berkayuh di lorong paling kanan!

Kredit Foto: Facebook


Bukankah itu membahayakan nyawa dan keselamatan penunggang lain? Lebih buruk lagi, ada juga dalam kalangan penunggang yang membawa bayi kecil bersama semasa berbasikal. Allahu… Kita yang melihat pula ‘tumpang’ risau dan kasihan dek memikirkan keadaan yang nyata tidak selesa dan sesuai membawa bayi bersama semasa mengayuh.

Kredit Foto: Facebook

Perlu ada kesedaran dalam kalangan penunggang basikal. Bukan sekadar mahu ‘tayang’ basikal siapa lebih ringan, hebat dan mampu memecut laju di jalanan. Aspek keselamatan, nyawa dan kepentingan pengguna jalan raya lain harus diberi keutamaan. Patuhi apa yang digariskan pihak berkuasa untuk panduan. Pilihlah trek yang sesuai dan paling penting jangan sesekali ambil mudah aspek keselamatan semasa berkayuh.

A post shared by OH MY NETIZEN! (@netizen.ohmy)

Kredit Foto: IG Netizen Oh My