Personaliti

Betul Ke Lelaki NAKAL Macam Mana Pun, Bila Nak Kawin Tetap Nak Cari Isteri Yang Baik, Lembut, Muslimah…

gempak
Penulis Jemputan
19/02/2021
01:30 MYT
Sponsor Banner
Betul Ke Lelaki NAKAL Macam Mana Pun, Bila Nak Kawin Tetap Nak Cari Isteri Yang Baik, Lembut, Muslimah…
Teks: Nor Hatina Shuib
Selalu ingat pesan Mak Ayah, kalau nak pilih suami nanti, cari yang boleh kejutkan kita bangun Subuh bersolat dan bukan kita yang kejutkan dia.
Maksud pesanan Mak Abah ini cukup mendalam, bukan sekadar solat saja, maksudnya cari lelaki yang boleh memimpin wanita supaya dapat menuju ke Jannah bersama-sama.
Pengalaman penulis sendiri, melihat lebih ramai lelaki mahukan wanita yang memiliki ciri-ciri wanita idaman mereka sedangkan mereka tidak memiliki ciri-ciri lelaki yang didambakan wanita.
Nakal-nakal lelaki dan sejahat mana pun, pasti berimpikan memiliki wanita solehah menjadi pendamping diri. Ini fakta kan?
Tanyalah mana-mana lelaki sekalipun, mereka pasti ada niat memiliki perempuan idaman yang salah satu cirinya isteri solehah.
Kata Sang Jejaka, apabila dapat mengahwini wanita idaman, iaitu wanita solehah, mereka akan memiliki zuriat yang baik, anak yang soleh dan beriman berbanding wanita yang liar sedangkan mereka sendiri tidak berubah. . Ini kerana mereka mahu zuriat yang dilahirkan nanti mewarisi sifat dan teladan yang baik daripada seorang ibu.
Bagaimana anda mahu memilik bidadari syurga jika anda sendiri tiada persiapan kearah itu, Adakah hanya berharap pada isteri untuk mengubah anda dan memimpin keluarga kelak?
Sebenarnya, tiada salahnya apabila lelaki mengahwini wanita yang cetek agamanya, gemar bersosial dan lahir daripada latar belakang yang kurang baik kerana ia satu cabaran untuk mereka sama –sama membimbing wanita ke jalan yang benar dan bukan meninggalkan mereka terkontang kanting mengemudi haluan diri.
Ini kerana lelaki itu lahir sebagai pemimpin dan ketua keluarga . Anda berperanan membawa wanita menuju jalan kebaikan. Hati wanita ini mudah tersentuh dan tidak sekeras mana.
Ajar isteri solat, menutup aurat dan menjadi muslimah baik. Pasti menimbulkan rasa terharu pada mana-mana wanita sekalipun sekaligus bangga memiliki pemimpin dalam keluarga yang sedang dibina.
Namun, adakah adil hanya lelaki saja yang mahu yang baik-baik tetapi mereka tidak cerminkan diri dan sifat mereka untuk menjadi yang paling terbaik di mata wanita?
Tidak dinafikan ada juga jenis lelaki yang gemar kepada wanita cantik ketika memilih calon isteri pada awalnya tetapi setelah berumah tangga mereka bersedia memimpin isteri ke jalan yang diredhai.
Mereka tidak kisah mengahwini wanita yang tidak menutup aurat misalnya tetapi ramai yang sudah membuktikan, apabila melangkah ke alam perkahwinan, lambat laun si isteri akan terbuka hati menutup aurat, menjadi lebih baik dan bertanggungjawab apabila suami sama-sama mahu melakukan perubahan.
Kredit foto: Google
Lelaki Hadir Sebagai Pemimpin Wanita, Sabar dan Tidak Jemu Ke Arah Kebaikan.
Ramai saja lelaki yang berjaya mengubah sifat wanita kepada yang lebih baik. Lelaki seperti ini tidak memandang kisah silam wanita, perilaku yang tidak baik diubah dengan kata-kata dan nasihat yang baik.
Maka, lenturlah hati seorang wanita apabila dia berkahwin dengan lelaki yang mahu mengubah dirinya menjadi wanita solehah dan bukan hanyut bersama-sama dan terus berada dalam kegelapan.
Beruntung wanita seperti ini. Mempunyai lelaki yang mahu membimbang mereka ke syurga Allah dan jika lelaki berkenaan kurang imannya, niat untuk berubah bersama-sama tentu Allah lorongkan dengan jalan kesenangan.
Lelaki yang baik tidak akan jemu membimbing wanita yang mahu berubah dan sabar menunggu perubahan dan bukan memilih meninggalkan mereka.
Wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik. Pegang ayat ini sebagai semangat untuk menjadi lelaki yang baik apabila berkahwin kelak. Apabila anda baik, isteri di sisi juga akan mendapat aura kebaikan yang lahir dari keikhlasan anda sebagai suami.
Definisi “baik” atau “tidak baik” seseorang manusia adalah rahsia Allah dalam menentukan soal jodoh. Kita tidak tahu apa-apa melainkan apa yang Allah ajarkan kepada kita.
Jalankan tanggungjawab sebagai suami yang soleh dalam mencari keberkatan berumah tangga. Lain-lain serahkan pada Allah kerana tuhan saja yang berkuasa menentukan siapa kita.
Kredit foto:Google
Niat Yang Baik- Baik, Allah Bagi Yang Baik, Yakinlah…
Sama saja seperti wanita. Ada yang mengahwini lelaki yang tidak baik tetapi berkat kesabaran, mereka berubah apabila melihat keindahan sekeping hati wanita. Yakinlah, apabila kita berniat yang baik-baik, satu keajaiban daripada Allah, semuanya akan dipermudahkan.
Setiap manusia itu ada kelemahan dan kelebihan masing-masing. Tidak ada siapapun mahu menjadi jahat selama-lamanya jika anda insan yang sudi mengubah ke arah kebaikan . Sebagai lelaki, anda memikul tanggungjawab yang besar dalam memimpin isteri dan keluarga dalam urusan rumah tangga dan agama.
Jangan sekadar mahu memilih buah yang ‘cantik’ saja, tetapi apabila isinya kurang elok, anda mula putus asa dan mencampakkan ia begitu saja.
Sama juga dalam situasi mahu memilih calon isteri. Mahu yang cantik, bekerjaya, latar belakang yang baik tetapi anda sendiri malas solat, lupa tanggungjawab, berkira dengan isteri dan ego dalam menangani situasi.
Kredit foto:Google
Memiliki Pasangan Kurang Baik Ujian Untuk Kita, Redha dan Lakukan Perubahan
Namun, tidak dinafikan ada pasangan yang diberi ujian berkahwin dengan wanita atau lelaki yang tidak baik.
Tetapi anda yang melalui situasi ini anggap ia sebagai cabaran dan ujian dari Allah.
Teringat satu kisah yang indah. Bagaimana Asiah, menjadi pasangan hidup Firaun. Lihat bagaimana Asiah wanita mulia diuji memiliki pasangan sejahat Firaun. Namun, ujian berjaya ditempuhi dan Asiah diberi ganjaran syurga.
Oleh itu, pasangan yang baik itu bukan atas penilaian kita tetapi penilaian Allah. Pasangan yang baik itu adalah apabila kita bersamanya, diri kita menjadi lebih baik di sisinya.
Lelaki, berusahalah sama-sama membimbang wanita ke jalan impian anda dan wahai wanita, sama-samalah merelakan tangan anda dipegang k syurga paling tertinggi.
Dugaan memiliki wanita dan lelaki sebagai pasangan yang tidak baik pada awalnya mungkin adalah pesanan Allah untuk kita ubah dirinya, atau dia ubah diri kita, ataupun untuk kita sama-sama berubah.
Justeru, seandainya lelaki berhasrat untuk memiliki pasangan yang baik dan wanita juga mengimpikan suami baik, kita haruslah terlebih dulu menjadi seorang yang baik. Kisah seorang teman rapat mungkin menjadi inspirasi dan teladan kita supaya menerima kekurangan seseorang, bersabar dan memperbaiki kepada lebih baik.
Seorang sahabat ini mempunyai isteri yang agak liar pada awal perkahwinan. Kadangkala, dia terfikir, mungkin dia juga nakal sehingga ditakdirkan jodoh dengan wanita seperti itu.
Namun, keredhaan dan keazaman untuk sama-sama berubah, akhirnya menghasilkan kejayaan apabila kini dia memiliki isteri solehah, yang mencintainya dan Allah sepenuh hati.
Rahsia teman ini mudah saja katanya, dia mengubah diri sebagai pemimpin yang baik sebelum mengubah pengikutnya, iaitu isteri yang dikasihi, yang juga dilembutkan hati untuk sama-sama melakukan perubahan.
Ciri-ciri Wanita Solehah Idaman Lelaki
1 Beriman dan lembut hatinya
2. Mempunyai sifat keibuan yang tinggi dan penyayang
3. Sanggup susah senang bersama
4. Mempunyai asas ilmu agama
5. Malu melakukan kemungkaran dan jika melakukan, mahu berubah kearah kebaikan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live