gaya hidup

“Bila Orang Datang Brader Jual Dan Rayu Sebaiknya Biar Laku. Dapat Jual Sebotol RM5 Suka Sangat” – Azmi Zainal, Bos Susu

gempak
Huda Hussain
05/03/2021
14:41 MYT
Sponsor Banner
“Bila Orang Datang Brader Jual Dan Rayu Sebaiknya Biar Laku. Dapat Jual Sebotol RM5 Suka Sangat” – Azmi Zainal, Bos Susu
Siapa yang tidak kenal dengan figura bos susu, Azmi Zainal? Sebelum dikenali jenama Farm Fresh seperti hari ini, terlalu banyak episod jatuh bangun yang terpaksa beliau lalui. Dan bayangkan, walaupun usia sudah memasuki angka 40an, beliau tidak malu untuk memulakannya dari bawah tatkala rakan seangkatan sudah berada di petak selesa dalam kehidupan dan pelbagai yang diraih dalam pencapaian hidup. Ini kisah inspirasi dan kobar semangatnya buat semua yang penulis cerap menerusi perkongsiannya di Facebook. Ada sesuatu yang boleh dipelajari walau siapapun kita dan apa jua latar belakang kita. Ambillah ia sebagai pedoman dan panduan dalam menelusuri kehidupan kita.
Sungguh, bukan mudah untuk mulakan semula apa yang pernah kita lakukan dahulu ketika usia masih muda dan tenaga masih membara. Apatah lagi perlu bersaing dengan anak muda dan generasi kini yang lebih ke hadapan dalam soal teknologi, peka dengan pelbagai aplikasi dan sebagainya. Namun itu semua bukan alasan untuk belajar kerana lumrah hukum alam, saat kamu terjatuh bangkitlah semula. Walau sakit, pedih dan luka jadikan ia sebagai azimat yang menguatkan semangat anda.
Kredit Foto: Google
RESTART
Gambar ni di kongsi oleh Frens merangkap home dealer brader Srezuan Nazlan Ismail Mmg tak ada dalam simpanan pun. Masa ni di bazar ramadhan Prima Saujana Kajang 2010.
Brader tak ingat ini RESTART yang kali ke berapa dalam perjalanan hidup brader. Tapi inilah RESTART yang paling memilukan prosesnya. Di umur 44 tahun untuk RESTART rasanya terlalu lewat. Rakan-rakan sebaya sudah punya rumah sendiri dan jawatan serta pendapatan selesa. Keluarga mereka baik-baik sahaja serta cukup keperluannnya. Sebagai suami dan juga bapa, Brader betul-betul rasa rendah diri. Tidak mampu memberikan kesenangan bagi mereka. Brader masih bergelut dalam kegelapan dan tak nampak sinar pun di hadapan. Tapi brader tak ada pilihan. Inilah pilihan terbaik pada waktu itu. Ia ibarat kais pagi makan pagi. Kadang-kadang terserempak kawan-kawan sekolah dan kawan sepejabat atau kawan kampung atau jiran setaman. Mereka ingin bertanya agaknya tapi tak terbuka mulut takut brader kecil hati.
Berniaga di bazar atau pasar malam bukanlah memalukan dan ia perniagaan yang bagus untuk kita cepat dapat duit tunai. Tapi bagi mereka yang tak pernah berniaga di pasar terbuka, terasa kekekokan nya. Terasa tebalnya muka dan berat mulut nak panggil orang beli barang kita.
Brader hadap semua proses itu. Brader buat sebaik mungkin dan jerit kuat-kuat, ”Susu segar dari ladang. Mari beli susu segar”. Bila orang datang brader jual dan rayu sebaiknya biar laku. Dapat jual sebotol harga RM 5 terasa suka sangat dan terus jerit lagi dan lagi dan lagi.
Kredit Foto: Google
Tapi apa yang brader nak sampaikan pada rakan-rakan yang sedang RESTART atau yang tak sedar mereka sedang RESTART. Bermulalah dari bawah. Simpanlah cerita kehebatan kita dahulu, bermulalah dengan apa yang kita ada. Walau cuma berselipar jepun, pedulikan apa orang kata. Jangan malu kalau orang tau kita sudah tiada apa-apa lagi. Simpanlah ego kita seketika, belajarlah merendah diri. Berdoalah agar di tunjukkan jalan. Pasti Allah hantar sesuatu atau seseorang untuk menarik kita dari tenggelam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live