gaya hidup
Bila Sempadan Negeri Dibuka Nanti, JANJI Patuh SOP Boleh? Dah Lama Kita Bertahan, Janganlah Sia-Siakan.
Pastinya selepas melalui fasa PKPP, PKPB dan sebagainya semestinya kita menanti pengumuman kebenaran merentas negeri selain beberapa lagi aktiviti sosial dapat dilakukan seperti sebelumnya. Tetapi perlu diingat, sebelum semua itu dibenarkan; setiap lapisan masyarakat harus memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing untuk mematuhi SOP sedia ada.
Kredit Foto: Google
Tunggu Masa Nak Rentas Negeri
Antara banyak-banyak informasi dan kemaskini yang paling ditunggu-tunggu kebanyakan masyarakat kita adalah kebenaran merentas negeri. Terutamanya bagi yang tinggal di Lembah Klang, pastinya serasa tidak sabar mahu balik ke kampung ataupun melancong. Memetik muat naik Facebook Public Health Malaysia, trend kes semasa telah menunjukkan penurunan. Mungkin tidak lama lagi, sempadan negeri mungkin akan dibuka bergantung pada penilaian risiko oleh KKM dan MKN.Kredit Foto: Google
Mampukah Kita Berjanji Untuk Menghargai Kebebasan Dan Mengelakkan Kesilapan Berulang?
Tiada masalah sebenarnya untuk pulang ke kampung dan bercuti di tempat pelancongan, risiko penularan sebenarnya SANGAT RENDAH jika SOP dipatuhi. Kluster besar di zon hijau akan berlaku apabila ada perhimpunan keluarga yang dihadiri oleh banyak keluarga pada waktu yang sama. Pada waktu ini, aadalah mustahil untuk menjaga SOP dan penjarakan fizikal.Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Peringatan ini penting kerana jika kita alpa, kes akan meningkat semula dan implikasi kepada anak anak kita yang baru mulakan sesi persekolahan. Selain itu, jika graf kes meningkat semula, mungkin kita tidak dapat pulang berhari raya untuk tahun ini. Boleh kita janji kali ini, kita akan betul betul jaga SOP? Terserah anda.Kredit Foto: Google
Kompaun Lebih Tinggi
Maklum mengenai denda dan kompaun yang ditingkatkan, justeru itu tiada lagi alasan bagi segelintir daripada kita untuk memberi pelbagai alasan. Terlupa imbas suhu, daftar masuk menerusi aplikasi MySejahtera, tertinggal pelitup muka dan banyak lagi. Semua ini dikenakan untuk memberi peringatan agar rakyat lebih berdisiplin untuk mematuhi SOP. Jadi sebelum kebenaran merentas negeri diizinkan semula, pastikan kita patuhi SOP sedia ada terlebih dahulu. Tidaklah nanti perlu leburkan duit i-Sinar semata-mata mahu membayar denda.Kredit Foto: Google
Must-Watch Video