Tahun ini, Astro sekali lagi tampil dengan tema baru untuk menyampaikan mesej yang lebih kuat agar dapat memberi semangat utuh kepada rakyat Malaysia yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Lembaran baru dibuka untuik menyambut hadirnya bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak yang dirindui.

Astro sekali lagi menampilkan nama-nama selebriti popular tanah air sebagai sebahagian dari kolaborasi utama kempen tahun ini. Gandingan ini bakal menyaksikan wajah-wajah eksklusif personaliti yang hadir dari pelbagai latar belakang terlibat secara langsung dalam meraikan program-program menarik yang disusun sepanjang bulan Ramadan dan Aidilfitri kelak.

Dikenali sebagai ‘Skuad Lembaran Baharu’, barisan duta yang terpililh ini adalah terdiri daripada gabungan pelakon, penyanyi, hos dan figura yang memiliki bakat yang pelbagai; Alif Satar dan Elly Mazlein, usahawan cilik yang kini turut terlibat dengan pentas komedi, Cik B, barisan penyampai radio Astro, Radin (ERA), Dina Nadzir (Sinar), Shah (Gegar), pengacara dan penerbit Gempak TV, Isha Norsham, serta pasangan karekter animasi Islamik popular, Omar & Hana.

Dalam pada itu, warna warni kempen Ramadan 2021 Astro diserikan juga dengan dua buah lagu istimewa, khas untuk diperdengarkan sepanjang bulan puasa ini. Lagu pertama merupakan ciptaan dan digubah sendiri oleh penyanyinya, Hael Husaini, berjudul ‘Nuraga’ yang bermaksud bertimbang rasa / belas kasihan.

Lagu kedua pula dipersembahkan oleh kumpulan yang kian meningkat naik, MADAM, berjudul ‘Kekasihku’. Lagu penuh inspirasi ini ditulis oleh Jerry dan digubah oleh Ziin. Kedua-dua Hael Husaini dan MADAM merupakan artis naungan Rocketfuel Entertainment, syarikat media dan hiburan, label rakaman dan pengurusan bakat yang dimiliki Astro. ‘Nuraga’ dan ‘Kekasihku’ boleh didapati di platform JOOX, Spotify, Apple Music, iTunes dan Deezer bermula 1 April 2021.




Kredit Foto: Astro


PLATFORM TELEVISYEN
Kembali Kepada Fitrah

Saluran Astro Ria HD (104) dan Ria (124) bakal menampilkan variasi program-program menarik sepajang Ramadan ini. Salah satu daripadanya adalah program bual bicara Islamik eksklusif, ‘N To N’, yang dihoskan oleh dua selebriti sensasi, Neelofa dan Nabil Ahmad. Ia akan bersiaran pada setiap hari Sabtu dan Ahad, mulai 17 April – 9 Mei, jam 9.00 malam.
Bersama barisan tetamu undangan, mereka akan membawa kupasan topik-topik menarik seperti Sahabiah, Al Quran, hadis Sunnah dan banyak lagi. Program ini merupakan penampilan sulung Neelofa di kaca televisyen selepas mengambil keputusan untuk berniqab baru-baru ini.

Manakala di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125), program ikutan ramai, ‘Jejak Ebit Lew’ akan terus bersiaran pada setiap hari Isnin, dari 12 April – 10 Mei, jam 9.00 malam.

Manakala saluran gaya hidup Muslim, Astro Oasis HD (106) dan Oasis (126) turut mengindahkan lagi bulan penuh kemaafan ini dengan ‘Sayang Islam’, sebuah program bual bicara bersama Ustaz Syed Kadir pula akan berkongsi tentang keindahan Islam melalui pengajaran Sirah, setiap hari Isnin, mulai 5 April – 28 Jun, 7.30 malam.

‘Geng Ngaji’ pula akan bersiaran pada setiap hari Isnin – Sabtu, mulai 13 April – 12 Mei, jam 6.00 petang dan ‘Rahsia Ramadan’, program yang menampilkan koleksi
lagu nasyid dan rohani di samping perkongsian cerita-cerita penuh inspirasi serta pelbagai tip
menarik sepanjang Ramadan, bersiaran pada setiap hari Ahad, dari 18 April – 9 Mei, 6.00 petang.



Drama Berganda-ganda!

Slot kegemaran ramai, Megadrama di saluran Astro Ria HD (104) dan Ria (124) menampilkan dramabersiri hasil nukilan penulis novel terkenal negara, Siti Rosmizah, yang berjudul ‘Rindu Awak Separuh Nyawa’. Menampilkan gandingan hebat Uqasha Senrose dan Shukri Yahaya, drama ini bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis dari 23 Mac – 31 Mei, jam 10.00 malam.

Juga istimewa di Astro Ria sepanjang bulan Ramadan ini, dua buah drama bersiri baharu bakal bersiaran menemani anda sekeluarga. ‘Kisah Rumah Tangga’ yang mengangkat kisah-kisah benar yang tular di Malaysia tentang masalah yang dihadapi oleh pasangan suami isteri akan bersiaran dari hari Isnin hingga Jumaat, mulai 12 April – 14 Mei, jam 7.00 malam.

Drama yang menampilkan deretan pelakon popular seperti Hannah Delisha, Faizal Hussein, Naqiu, Yusuf Bahrin dan Shaza Bae ini menyaksikan sutradara hebat, Shahrulezad Mohameddin bertindak selaku Penerbit. Manakala, ‘Bila Syaitan Berbisik’ yang diarahkan oleh Rashid Sibir akan bersiaran pada hari Isnin hingga Khamis, mulai 12 April – 11 Mei, jam 11.00 malam.

Selain itu, ‘Ramadan Pertama Edi’ pula akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Mac – 5 Mei, 9.30 malam. Mengisahkan tentang Edi, lakonan Redza Rosli yang berpuasa pertama kali di rumah bapa mertuanya. Saluran Astro Prima HD (105) dan Prima (126) pula mempertaruhkan drama bersiri terbaharunya yang diadaptasi daripada telenovela popular Mexico, Mis Tres Hermanas’ yang bertajuk ‘Hati Yang Dikhianati’, Isnin hingga Jumaat, mulai 12 April – 4 Jun, jam 6.00 petang.

Menariknya lagi, buat pertama kalinya kami memperkenalkan konsep drama ‘open-ended’ pertama di Astro, di mana jalan penceritaan dan karakter yang di bawa barisan pelakon boleh berubah dan diolah berdasarkan kepada maklumbalas yang diterima dari penonton terutamanya di ruangan media sosial. Ia juga turut berpandukan kepada jumlah ‘rating’ yang diterima untuk drama ini kelak.

Ini merupakan cubaan pertama Astro untuk menampilkan drama yang berkonsepkan interaktif di mana bakal menyaksikan penglibatan penonton secara langsung menerusi maklumbalas yang diterima. Di saluran Astro Citra HD (108) dan Citra (128) pula, ‘Projek: Anchor SPM’ akan terus bersiaran pada setiap hari Isnin, dari 15 Mac hingga 3 Mei, jam 9.00 malam.



Gaya Hidup

Program ‘Roda Panas’ yang dihoskan pelakon popular, Remy Ishak dan berkisarkan tentang
modifikasi kereta dan motosikal akan mula bersiaran di NAURA (109) pada setiap hari Isnin, mulai 12 April – 10 Mei, jam 9.30 malam. Di saluran yang sama, ‘Kak Kek & Abe Mmasok’ akan bersiaran pada setiap Selasa, mulai 20 April – 11 Mei pada jam 9.00 malam.

‘Pung Pang Rizalman’ kembali dengan musim kedua di Ria, pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, dari 12 April – 12 Mei, jam 6.30 petang. Selebriti tanah air juga bakal berkongsi kisah penghijrahan diri serta perjalanan mereka dalam industri menerusi program baharu, ‘Luahan Selebriti’ pada setiap hari Khamis, mulai 15 April – 6 Mei, jam 9.30 malam.


Komedi

Saluran komedi nombor 1 negara, Astro Warna turut tidak ketinggalan mengalu-alukan kedatangan Ramadan dengan mempersembahkan ‘Gema Lawak Superstar’ yang bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, mulai 16 April – 7 Mei, jam 9.00 malam di saluran Warna HD (108) dan Warna (128).

Program musim pertama yang dihoskan oleh pelakon, Kamal Adli dan PU Azman ini menggabungkan pelawak dan personaliti agamawan yang berentap demi rumah kebajikan. ‘Sepahtu Reunion Al Puasa 2021’ diteruskan pada setiap hari Khamis, 8 April – 6 Mei, 9.00 malam. Edisi istimewa ‘Punchline DAC Ramadan’ yang dihoskan Dato’ AC Mizal pula akan bersiaran pada setiap hari Rabu, dari 14 April – 5 Mei, jam 9.00 malam. Serta komedi bersiri yang menampilkan pasangan selebriti yang baru sahaja diijabkabulkan, Syamel dan Ernie Zakri, dalam ‘Kalau Dah Berbini’, pada setiap hari Jumaat, mulai 16 April – 7 Mei, jam 11.00 malam.




Kredit Foto: Astro



Kanak-Kanak

Astro Ceria HD (611) dan Ceria (631) juga tidak ketinggalan dalam menyemarakkan lagi bulan mulia ini dengan menampilkan progam kanak-kanak, khas untuk mempelajari ilmu agama Islam secara umum dan adab-adab bulan Ramadan secara khusus melalui tema ‘Level Up Ramadan’.

Geng animasi adik-beradik yang sinonim dengan tema Islamik ‘Omar & Hana’ kembali dalam ‘Kisah Omar & Hana’, setiap Jumaat, dari 16 April – 14 Mei, 11.00 pagi. Duo animasi kesayangan ramai ‘Upin & Ipin’ juga kembali dengan ‘Upin dan Ipin Ramadan’, bersiaran setiap hari dari 13 April – 11 Mei, jam 1.00 tengah hari.

Bagi mereka yang ingin mempelajari tertib solat yang betul, Astro Ceria menampilkan program terbaharu ‘Back to Basics Solat’ yang dikelolakan oleh Ustaz Don Daniyal, bersiaran setiap hari Khamis dan Jumaat, jam 3.00 petang, bermula 15 April ini. Bagi mereka yang mempunyai kemusykilan dan mahu bertanyakan soalan dengan lebih lanjut, program ‘Live Soal Jawab Bersama Ustaz Don – Ramadan 2021’ pula akan bersiaran pada Isnin, 12 April, 3.00 petang.

Segala perkongsian dari Ustaz Don ini akan dipendekkan dalam kapsul ‘Level Up Shorts’ yang akan bersiaran di Astro Ceria sepanjang bulan Ramadan. ‘World Kids Quran Hour 2021’, sebuah majlis tahunan yang mengangkat Al Quran dan bacaannya, disiarkan secara eksklusif bersempena dengan sambutan Nuzul Al Quran, akan bersiaran pada
Khamis, 29 April, jam 3.00 petang.

Bagi mereka yang sukakan cerita ringkas dan padat dengan nasihat dan tauladan yang diambil dari sumber Al Quran, ‘Himpunan Kisah Dari Al Quran’ yang dihoskan oleh Diana Amir bakal memenuhi citrasa mereka, bersiaran setiap Rabu hingga Jumaat, 14 April – 12 Mei, 7.00 malam.

Istimewanya lagi, saluran Astro Prima menerusi slot Lepak @ Les Copaque akan menyiarkan musim terbaharu ‘Upin & Ipin’ (musim ke-14) secara eksklusif, yang mana ia merupakan rantaian siri terkini dan segar dari Les’ Copaque. Justeru, jangan lepaskan peluang menontonnya pada setiap hari Isnin hingga Khamis, mulai 12 April, jam 7.30 malam.



Antarabangsa

Segmen antarabangsa Astro juga menyediakan banyak pengisian menarik seperti ‘Dabbe 1, 2 & 3’, tiga buah filem Turki yang menceritakan tentang pengalaman aneh dan misteri yang berlaku apabila 6 kuasa jahat mengambil alih kehidupan manusia. Rangkaian filem ini akan bersiaran pada Sabtu, 3, 10 dan 17 April, 10.30 malam di saluran BOO (404). Juga di BOO adalah filem ‘Marid’, Jumaat, 9 April, 10.30 malam dan ‘Sir Ayet 1’, 23 April, pada hari dan slot yang sama.

Discovery Asia mengetengahkan program-program dokumentari hebat ‘Monty Don’s Garden Of Paradise’ bermula pada 16-23 April, setiap Jumaat 9.00 malam, ‘Glimpse of the Paradise’ bermula 30 April, setiap Jumaat, 9.00 malam, ‘The Mosque Next Door’ pada hari Jumaat 16 April, 9.50 malam dan ‘Majestic Mosques of The World’ pada hari Jumaat 7 Mei, 9.50 malam.

Tidak ketinggalan, saluran Asian Food Network (AFN) juga menyajikan program-program berkaitan makanan yang bertemakan Ramadan dan lokal / Asia seperti ‘5 Rencah 5 Rasa’ bersama Sherson Lian, setiap Selasa, 9.00 malam, bermula 27 April – 8 Jun, dan slot ‘Ramadan Delights’, setiap Selasa - Sabtu, jam 4.00 petang yang menampilkan program-program seperti ‘At Home with Marinka’, ‘Cooking with Queen’ dan ‘By The Sea with Ili’.

Di saluran TLC pula, slot ‘Flavours of Ramadan’ setiap Isnin- Jumaat, 7.10 petang menyajikan program-program berkaitan makanan dari Timur Tengah seperti ‘May’s Kitchen’, ‘Desserts from Manal Elalem's Kitchen’ dan ‘Houriat's Kitchen’.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti hiasan dalaman rumah demi persiapan menjelang lebaran, program baharu ‘Ty Breakers’ akan bersiaran bermula 9 April, setiap hari Jumaat, 1O.00 malam.




Kredit Foto: Astro



ON DEMAND, ASTRO FIRST & ASTRO BEST

Pelanggan Astro juga boleh memilih untuk strim program-program baharu penuh bermakna sempena bulan Ramadan ini secara on demand seperti ‘Koleksi Sepahtu Reunion Al Puasa’, ‘Upin & Ipin Musim 14’, ‘Adam & Hawa’, ‘Tok Abah’, ‘Dato S’ dan ‘Perempuan Lindungan Kaabah’.

Di saluran premium Astro First (480), sutradara disegani ramai, saudara Mamat Khalid kembali dengan sekuel terhebat beliau, ’18 Puasa Di Kampong Pisang’, mulai 15 April kelak. Mengisahkan insiden yang berlaku di Kampong Pisang di mana Si Iblis sendiri telah turun untuk menghasut penduduk kampung melakukan kemungkaran di bulan Ramadan.

Seterusnya, filem ‘Seandainya Kau Ada’ pula akan ditayangkan mulai 29 April.
Di Astro Best (481), ‘Monster Hunter’ akan ditayangkan mulai 8 April dan komedi kegemaran ramai kanak-kanak di seluruh dunia, ‘Madagascar: A Little Wild’, akan ditayangkan mulai 9 April 2021.



RADIO

Jenama-jenama radio di bawah naungan Astro, ZAYAN, GEGAR, SINAR dan ERA turut sama memeriahkan kempen ‘Buka Lembaran Baharu’ dengan pelbagai pengisian menarik di sepanjang bulan Ramadan ini. Rancangan pagi ZAYAN, GEGAR, SINAR dan ERA akan memulakan siaran seawal 5.00 pagi.

Di samping itu, pendengar-pendengar boleh dengarkan pengumuman waktu imsak dan waktu berbuka puasa bagi bandar-bandar utama di Malaysia melalui saluran radio ini temasuk ERA Sabah dan Sarawak.

Para peminat ERA boleh mengambil bahagian dalam ‘D’boyz Buka Puasa Norma Baru’ dan berpeluang untuk berbuka puasa bersama personaliti ERA, juga boleh nikmati ‘Renungan Ramadan Goodday ERA bersama DMFK’ untuk perkongsian motivasi dan inspirasi.

Peminat SINAR pula boleh berkongsi rezeki dalam ‘Kongsi Rezeki SINAR’ dengan kerjasama ‘The Lost Food Project’ dan boleh menyertai ‘SINAR Belanja’ untuk merebut peluang pembiayaan bil dengan kerjasama HoneyB Malaysia. Selain dari itu, GEGAR pula bakal membawa peminat untuk mempelajari Bahasa Arab dalam ‘Lughatul Arabiah Gegar Pagi’ dan boleh mengikuti ceramah digital menerusi ‘Gerbang Ramadan GEGAR’.

Dalam pada itu, sesiapa sahaja yang berminat boleh bersedekah dengan ‘ZAYAN Sedekah Ramadan’ dan menyaksikan program ziarah masjid dalam ‘ZAYAN Terawih Tour’ bersama penyampai dan keluarga ZAYAN.



DIGITAL & APLIKASI

Tidak dilupakan di ruangan digital pula, Gempak membawakan program ‘Iftar Ala Queen’, yang dihoskan Datin Paduka Eina Azman yang memegang watak sebagai Nadia, seorang chef ‘instafamous’ dari drama terbitan Gempak sendiri berjudul, ‘The Maid’. Beliau kembali dan akan memasak juadah menarik bersama suami dan ‘maid – maid’ nya. Program ini akan bersiaran pada setiap hari Selasa dan Jumaat, mulai 13 April.

Platform Salam Muslim pula bakal mempersembahkan ‘Tadabbur Hati – Lessons from the Al Quran’, dihoskan oleh Ustaz Don, sebuah program berkongsi bacaan Al Quran bersama selebriti dan membincangkan tentang maksud dan pengajaran di sebalik ayat-ayat Al Quran tersebut.

Dalam pada itu, sebagai pilihan alternatif, anda juga boleh muat turun aplikasi Astro GO dan strim secara percuma sehingga 60,000 rancangan On Demand. Aplikasi hiburan dan gaya hidup, ‘SYOK’ juga boleh dimuat turun secara percuma di Apple App Store, Google Play Store dan Huawei App Gallery.


GO SHOP

Bersempena dengan Ramadan 2021, kempen ‘Lembaran Baharu Bersama Go Shop’ menawarkan pelanggan dengan potongan sebanyak RM25 untuk setiap perbelanjaan minimum RM300 dan tambahan potongan RM25 lagi ke atas pembelian seterusnya apabila menggunakan kod promo, ‘BAHARU25’.

Tawaran ini sah dari 30 Mac hingga 18 April 2021. Selain dari itu, pelanggan juga boleh menikmati banyak lagi tawaran menarik dan eksklusif menerusi rancangan istimewa sepanjang Ramadan yang disiarkan pada setiap hari di saluran Go Shop GAAYA (120), jam 9.00 pagi dan di Go Shop RUUMA (118), jam 11.00 pagi.

Rancangan-rancangan seperti ‘Lensa Ramadan’, ‘Enaknya Ramadan’, ‘RUUMA Ramadan’ dan ‘Chef Wan the Shopping King’ akan menampilkan rangkaian pakaian Islamik menarik, fesyen-fesyen Muslimah, alat perkakasan rumah, peralatan memasak dan banyak lagi. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen dan tawaran terhebat Go Shop sepanjang Ramadan ini, layari www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop di Apple App Store dan Google Play Store.

Jangan lupa, temujanji anda bersama kami di Astro, mulai 30 Mac ini sehingga 12 Mei 2021.