,
Highlights

Bukan Auta, Tapi 10 Fakta Ini Bongkar Besarnya Pengaruh Bapa Terhadap Anak. Ibu ‘Chill’ Okey, Hehehe…

Huda Hussain
13/10/2020
14:00 MYT
Tugas dan peranan ibu bapa sama pentingnya dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak. Ketepikan seketika analogi fiil seperti kuat melawan ikut ayah, atau suka berlengah ikut perangai ibu. Mungkin ya, ada kebenarannya. Tetapi penulis lebih suka membawa dimensi pembaca untuk melihat dan memahami daripada perspektif psikologi.
Berdasarkan perkongsian pengguna Twitter, Akif Basri; berikut disenaraikan 10 fakta tentang pengaruh bapa terhadap anak daripada perspektif psikologi.
Kredit Foto: Google
  1. Kajian menunjukkan anak yang ada bapa yang lebih rapat dengannya sewaktu kecil menunjukkan kurang tantrum, kurang masalah disiplin, lebih popular dan disukai di sekolah.
  1. Bagi latihan anak bercakap, bapa lebih berpengaruh daripada ibu dalam membantu perkembangan bahasa anak sekiranya bapa lebih banyak menggunakan perkataan (vocabulary) ketika bermain dan membacakan buku.
Kredit Foto: Google
  1. Apabila bapa lebih banyak bermain secara kasar (rough and tumble play) dengan anak, ini akan mempengaruhi mereka supaya lebih berani mengambil risiko di masa hadapan.
  1. Anak yang mempunyai bapa yang menyokong transisi anak ke sekolah mempunyai hubungan yang lebih baik dengan guru dan rakan.
  1. Mereka juga mempunyai skil sosial yang lebih baik.
Kredit Foto: Google
  1. Satu fakta yang menarik juga ialah bapa yang sering bertanyakan perihal anak di sekolah boleh mengelakkan anak mendapat kemurungan.
  1. Remaja perempuan yang mempunyai ayah yang lebih rapat dengannya menunjukkan risiko tingkah laku seksual serta seks pra-perkahwinan yang lebih rendah.
Kredit Foto: Google
  1. Sentuhan mesra seorang ayah terhadap anak perempuan mampu meningkatkan tahap keyakinan diri anak tersebut. Tetapi bukanlah sentuhan yang ke arah perbuatan seksual ya.
  1. Ayah yang terlibat dalam tukar lampin, mandi dan suap makan anak disamping selalu bermain dengan anak mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan anak berbanding dengan bapa yang hanya bermain dengan anak tanpa melibatkan diri dengan tukar lampin, mandi dan suapkan makan.
Kredit Foto: Google
  1. Anak perempuan yang rapat dengan bapa menunjukkan IQ yang lebih tinggi daripada anak perempuan yang tidak rapat dengan bapa.
Kebanyakan fakta ini diterjemah daripada buku berjudul Do Fathers Matter? What Science Is Telling Us About the Parent We’ve Overlooked, nukilan Paul Raeburn. Menurut Akif Basri lagi, ada yang diambil terus daripada jurnal. Semoga perkongsian ini bermanfaat sekali gus berupaya menambah ilmu pengetahuan dalam selok belok keibubapaan yang kita pegang selama ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Nani Roslan Jadi Emosi Baca Komen Ibu Bapa Pertahankan ‘Abang Bas’ - “Berapa Ramai Rakyat Malaysia Yang Mempunyai Nafsu Terhadap…”

gempak
07/09/2024
01:55 MYT
Pempengaruh dan personaliti Nani Roslan meluahkan rasa berang apabila dia membaca komen reaksi segelintir ibu bapa menyokong video konten ‘Abang Bas’ yang tular di TikTok.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.
Hiburan

Amir Jahari Anggap Media Sosial Punca Banyak Kes Masalah Kesihatan Mental Libatkan Orang Muda - “Jika Rasa Pelik Dengan Diri Sendiri, Tolong Cari Bantuan”

gempak
22/08/2024
01:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari menyifatkan media sosial adalah platform yang menjadi punca sesetengah individu mengalami masalah kesihatan mental sehingga berdepan tekanan perasaan.
Viral

Bapa 77 Tahun Menang RM23.3 Juta, Hadiahkan Kesemua Wang Kepada Anak-Anak

gempak
09/08/2024
04:55 MYT
Seorang pengamal perubatan berusia 77 tahun dari Pahang, Malaysia, memperoleh durian runtuh berjumlah RM23.3 juta selepas memenangi loteri Sports Toto 4D baru-baru ini.
Berita

Kes Kanak-Kanak 12 Tahun Pandu Kereta, Bapa Didakwa Cuai

gempak
07/08/2024
04:47 MYT
Seorang penjual karpet warga Pakistan, iaitu bapa kepada kanak-kanak lelaki 12 tahun, yang memandu kereta dengan membawa dua adiknya, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas satu pertuduhan, bertindak cuai hingga mungkin mendedahkannya kepada kecederaan fizikal, pada hujung bulan lalu.