gaya hidup

Bukan Benci, Tapi Dah Kecil Hati. Lebih Baik Undur Diri. Kalau Senyap Tu, Faham-Fahamlah Ya.

gempak
Huda Hussain
29/11/2021
09:56 MYT
Sponsor Banner
Bukan Benci, Tapi Dah Kecil Hati. Lebih Baik Undur Diri. Kalau Senyap Tu, Faham-Fahamlah Ya.
Setiap orang punya pegangan dan prinsip hidup masing-masing. Ada yang suka bermuka-muka asalkan tak hilang kawan. Ada juga yang sanggup ketepikan pegangan demi menjaga hati. Dan bermacam-macam lagi.
Kita hidup dikelilingi makhluk yang bernama manusia. Yang dikurniakan pelbagai fitrah, nafsu juga keinginan. Dah namanya pun manusia, maka kita takkan boleh menafikan satu anggota yakni mulut yang berupaya melembutkan juga melukakan hati.
Benar, bagi sesetengah orang kalau sudah terasa memang itulah penyudahnya. Waima cuba berbaik macam mana sekalipun tetaplah hati masih terluka. Lebih-lebih lagi apabila berhadapan dengan orang yang pernah merendahkan kita. Dalam hati kecil sudah remuk redam memikirkan segala.
Kredit Foto: Google
Lalu apa yang harus dilakukan? Biarkan mereka. Tidak perlu kita tersinggung, apatah lagi bersedih. Yang penting kita kekal yakin dan jangan rasa rendah diri.
Jika kita dinilai dengan baik, bersyukurlah. Dan jika dinilai tidak baik, terpulang kepada mereka. Selama mana kita bisa bertahan dek kata-kata yang keluar daripada mulut orang? Biarkan.
Ingatlah bahawa setiap perkara dalam hidup kita mempunyai peranannya yang tersendiri. Kita dipertemukan dengan seseorang sama ada si dia memberi kita kebahagiaan atau memberi kesakitan dan kedukaan.
Memaksa diri kita untuk disukai oleh semua orang sebenarnya amat memenatkan. Justeru itu, jadilah diri sendiri walaupun anda tidak disukai ramai. Jauhi orang yang mengecewakan kita. Bagaimana caranya? Berdoa pada-Nya minta dijauhkan daripada sesiapa yang tidak tahu menghargai keberadaan anda.
Kredit Foto: Google
Berhenti daripada cuba untuk menggembirakan orang yang tidak pernah menghargai kita. Semakin kita jauhi mereka yang meracuni jiwa, kita akan hidup jauh lebih sihat. Hati lebih tenang mengharungi hari demi hari dengan penuh kebahagiaan. Ciptalah dan carilah dengan cara kita sendiri. Kerana kebahagiaan adalah apa yang kita ciptakan untuk menyemai jiwa dan sanubari lebih tenang dan berlapang dada.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live