,
Personaliti

“Bukan MEWAHKAN Anak Tapi Saya Dulu Tak Merasa, Dapat Juga Kongsi Rezeki Dengan Peniaga Kecil,” Rizman

Afiza Kamarulzaman
07/09/2021
05:26 MYT
Jom cuci mata tengok gambar-gambar sekitar majlis itu. Tengok dengan hati yang bersih tau.
Happy birthday, Rizqaa Rizman! Semoga menjadi anak solehah aset buat ayah ibu di dunia dan akhirat. Bukan main gemilang dia ya kala disambut hari jadi pertamanya pada 1 September yang lalu.
Majlis yang dirias dengan rona merah jambu dan putih terlihat begitu indah bagai taman fantasi buat kanak-kanak leka bermain di dalamnya. Majlis yang diadakan di kediaman rasmi Riman Ruzaini itu hanya mengundang keluarga dan teman rapat sahaja.
Dalam pada berkongsi kegembiraan meraikan ulang tahun puteri pertama mereka itu, ada sesetengah netizen mempertikaikan tindakan pereka terkenal itu dalam meraikan majlis yang dianggap berlebihan di kala pandemik melanda negara.
“Maaf kalau ada yang terasa. Jujurnya, saya tidak dilahirkan dalam keluarga yang mewah, apa lagi untuk menikmati semua ini. Jadi, saya rasa tidak salah untuk saya merealisasikan impian masa kecil saya melalui anak saya ini. Setidaknya, saya dapat rasa kegembiraan itu dalam diri Rizqaa kala melihat dia tersenyum bahagia,” jelas Rizman.
Tambah Rizman lagi, dia faham akan situasi sekarang di mana ramai orang semakin tertekan dengan desakan hidup. Ada yang hilang punca pendapatan, pekerjaan dan terpaksa tutup perniagaan.
“Kerana itulah, niat saya juga mengadakan majlis ini untuk memberi peluang kepada peniaga kecil memperoleh peluang perniagaan. Dapat juga mereka ‘job’ di kala peluang semakin tipis. Dengan mengupah pengubah bunga, caterer, pembuat kek dan sebagainya, dapatlah saya berkongsi rezeki dengan mereka. Tak banyak tapi diharapkan membantu.”
Pada majlis yang sama, Rizman Ruzaini turut mempromosikan produk baru mereka iaitu Baby RR dan Rizman Ruzaini Couture Kids. “Inilah antara objektif kami juga melalui majlis yang diadakan ini,” akhirnya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tular Semula Foto Beg & Kasut Mewah Vivy Yusof, Netizen Buat Kira-Kira - “Keseluruhan Jumlah Lebih Kurang RM 1.5 Juta…”

gempak
05/11/2024
01:11 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai isu kerugian pelaburan dana awam yang melibatkan pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Hiburan

Netizen Impressed Dengan Koleksi Beg Tangan Mewah RM136,000 Vivy Yusof - “Kita Mampu Mimpi Je Nak Beli Satu Handbag Ni…”

gempak
02/11/2024
03:55 MYT
Kecoh di media sosial baru-baru ini mengenai isu kerugian pelaburan dana awam yang melibatkan pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Hiburan

Pelakon Wanita Beli Kapal Layar Mewah Hadiah Ulang Tahun Sendiri

gempak
22/10/2024
08:50 MYT
Tidak mengharapkan mendapat hadiah mewah daripada kekasih atau pihak lain sempena ulang tahunnya, pelakon Prilly Latuconsina membeli sesuatu yang istimewa buat dirinya sendiri.
Hiburan

Koleksi Beg Tangan Mewah Fazura Buat Netizen Kagum - “Memang Kaya Sungguh…”

gempak
08/10/2024
23:55 MYT
Pelakon jelita, Nur Fazura sering menyorot perhatian dengan koleksi beg tangan daripada jenama mewah yang dimilikinya.
Hiburan

Fatima Genap 4 Tahun, Fazura Titip Ucapan Khas - "Mommy Akan Sentiasa Di Sisi Saat Susah & Senang"

gempak
01/10/2024
20:40 MYT
Pelakon jelita Nur Fazura tampil berkongsi hantaran khas sempena ulangtahun kelahiran keempat anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya pada hari ini.
Unitar