,
Highlights

“Bukan Nak Merungut, Tapi Memang Panas Cuaca Dua Tiga Hari Ni” – Allahu, Ini Baru Panas Dunia…

Huda Hussain
10/08/2020
09:57 MYT
Negara kita memang terkenal dengan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Kerana kedudukan geologi dan Ciri-ciri iklim Malaysia mempunyai suhu yang seragam, kelembapan yang tinggi dan hujan yang banyak. Sungguhpun demikian, ada ketikanya negara kita mengalami musim kemarau. Dan ia dirasai sejak beberapa hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang melanda Malaysia ketika ini akan berlanjutan sehingga bulan depan. Manakala suhu pula boleh mencecah sehingga 36 darjah Celsius di sesetengah negeri.
Kredit Foto: Google
Panas? Ya, hinggakan apabila malam pun panas. Malah, selepas mandi sekalipun, boleh berpeluh walaupun tidak melakukan kerja-kerja berat. Tekak pula rasa kering dan cepat haus. Penulis yakin, situasi hampir sama dialami semua.
Dan apabila berbicara mengenai cuaca panas, ada dalam kalangan kita yang berhadapan dengan situasi keletihan haba dan strok haba. Tetapi tahukah anda terdapat perbezaan antara kedua-duanya?
Strok Haba
Strok haba atau dikenali sebagai Heat Stroke berlaku apabila sistem tubuh tidak dapat mengawal secara normal. Badan akan mengalami kenaikan suhu mendadak selain turut mengalami kegagalan berpeluh. Suhu badan individu yang mengalami strok haba selalunya akan naik sehingga 41°C atau lebih dalam masa 10 hingga 15 minit. Malah, strok haba sekiranya tidak dikawal boleh menyebabkan kematian atau hilang keupayaan kekal. Berikut adalah tanda-tanda awal strok haba yang perlu anda ketahui:
  1. Kerap sakit kepala.
  2. Mudah hilang fokus.
  3. Lidah menjadi bengkak.
  4. Suhu badan melebihi 39°C.
  5. Nadi berdenyut laju.
  6. Kulit kering dan kemerah-merahan.
  7. Badan tidak berpeluh.
  8. Badan lesu dan kerap pengsan.
  9. Tekanan darah rendah.
Sumber: http://hselayang.moh.gov.my/
Kredit Foto: Google
Langkah Pencegahan Strok Haba
  1. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan yang mencukupi.
  2. Banyakkan minum air atau minima 2.5 liter sehari.
  3. Kurangkan aktiviti luar jika cuaca terlalu panas.
  4. Pakai pakaian yang diperbuat daripada 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum.
  5. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala.
  6. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.
Di sini kami senaraikan perbezaan keletihan haba dan strok haba. Strok haba boleh berlaku jika anda mengalami keletihan haba pada waktu yang panjang. Jika anda mengalami gejala keletihan haba, pastikan anda mencegahnya daripada menjadi strok haba dengan mengamalkan seperti yang tertera di dalam infografik ini.
Kredit Foto: Facebook Public Health Malaysia
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Risiko Kesihatan Mata Tatap Gajet Secara Baring Mengiring

gempak
16/11/2024
13:55 MYT
Ia boleh mendatangkan risiko kepada kesihatan mata termasuk 'juling air' yang juga disebut 'juling itik', lebih-lebih lagi apabila melihatnya secara dekat.
Hiburan

Gembira Bersama Anak, Sherie Merlis Bahagia Jalani Kehidupan 'Single' - "Buat Masa Ini Saya Cuma Nak Teruskan..."

gempak
10/11/2024
07:50 MYT
Pelakon Sherie Merlis mengakui kini gembira menjalani kehidupan bersama anak-anak.
Hiburan

Atasi Stigma Kesihatan Mental: Pentingnya Meminta Bantuan untuk Kesihatan Mental

gempak
29/10/2024
09:55 MYT
Pengasas Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA), Anita Abu Bakar mengakui cabaran stigma dan diskriminasi masih wujud, terutamanya bagi mereka yang tinggal di kawasan luar bandar.
Drama

7 Tanda Awal Masalah Kesihatan Mental & Kepentingan Dapatkan Bantuan Yang Diperlukan

gempak
20/10/2024
12:55 MYT
Kesihatan mental adalah penting untuk kesejahteraan, tetapi sering diabaikan. Mengenal pasti tanda awal masalah kesihatan mental dan melakukan intervensi awal adalah kunci untuk mendapatkan bantuan yang diperlukan.
Hiburan

Didakwa Cerai Sebab Ada Masalah Kesihatan Lelaki, Fazley Yaakob; "Azrene Pernah Gugur 13 Kali, Dekat Mananya Saya Tak Sihat?"

gempak
19/10/2024
02:55 MYT
Hanya tergelak! Demikian reaksi cef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob ketika ditanya mengenai penyebaran khabar angin mendakwa dirinya mengalami masalah kesihatan lelaki yang menjadi punca perceraian dengan bekas isteri, Datin Azrene Soraya Abdul Aziz.
Unitar