Ketepikan seketika idealogi kalian mengenai pembedahan plastik yang seringkali sinonim dengan wanita Jepun dan Korea. Kerana disebalik semua itu mereka sebenarnya punya rahsia cantik yang tersendiri. Malah tatkala menonton drama bersiri Korea ataupun Jepun, pasti hati kamu terpaut pada kecantikan wajah mereka. Kulit yang lembut lagi halus, cerah lagi berseri pasti dicemburui. Hati pula mungkin terdetik “Mesti mahal maintainance mereka nak jaga kulit muka”.

Namun tahukah kamu sebelum tercetusnya evolusi dan teknologi dalam bidang kecantikan, bahan serta ramuan yang asli itu jadi tumpuan dan amalan? Ya, segala bahan yang ada disekeliling mereka baik daripada sumber makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran punya magis tersendiri yang menggandakan kecantikan mereka. Ayuh kita teliti rahsia cantik mereka.
Kredit Foto: Google


Vitamin C
Wanita Jepun percaya vitamin C amat baik untuk kulit dan memiliki khasiat tersendiri untuk memutihkan kulit. Lantaran itu, mereka gemar memakan jeruk yang mengoksidasi dan memecah melanin sehingga berupaya memutihkan kulit.


Kredit Foto: Google

Kacang merah
Wanita Jepun memanfaatkan azuki yakni sejenis kacang merah. Sejak berabad-abad lampau, kacang merah digunakan sebagai bahan untuk menggosok lembut pada wajah. Hasilnya, wajah lebih halus dan bebas daripada sebarang noda jerawat.
Kredit Foto: Google

Bekatul
Bekatul komenuka merupakan bahan super yang digunakan oleh wanita Jepun. Ia bertindak memelihara kulit dan membantu agar kelihatan awet muda. Selain itu, bahan semula jadi ini juga berupaya mencegah kedutan dan lingkaran hitam di bawah kulit, serta mengawal pengeluaran minyak semula jadi kulit.



Kredit Foto: Google


Ritual Pengelupasan
Wanita Jepun rajin melakukan pengelupasan kulit (exfoliation) untuk menghilangkan sel-sel kulit mati daripada wajah. Amalan ini berupaya membangkitkan seri wajah sekali gus mengelakkan wajah kelihatan kusam.



Kredit Foto: Google


Alga
Wakame, sejenis alga laut yang ditemui di perairan Jepun merupakan salah satu bahan perawatan kulit semula jadi yang terbaik. Wakame berfungsi melindungi kulit daripada sinar ultraviolet serta kerosakan kulit akibat pencemaran. Selain daripada itu, bahan semula jadi ini juga mencegah timbulnya kedutan halus dan lingkaran gelap di sekitar mata.