Highlights

Cantik TYA ARIFFIN Berhijab. Ini Sebabnya Kenapa Akhirnya Tya Berhijrah. Terharu Mendengarnya...

gempak
Afiza Kamarulzaman
08/02/2020
14:05 MYT
Sponsor Banner
Cantik TYA ARIFFIN Berhijab. Ini Sebabnya Kenapa Akhirnya Tya Berhijrah. Terharu Mendengarnya...
Semua wanita sentiasa mahukan perubahan yang lebih baik dalam dirinya hari demi hari. Apatah lagi selepas bergelar isteri dan ibu. Sebolehnya kita mahu menjadi secantik-cantik perhiasan di dunia buat suami dan penyelamatnya di akhirat nanti. Sayang suami, maka sayangi diri ini. Insyallah, segala-galanya pasti berjalan baik seperti apa yang kita mohon dalam setiap doa usai solat.
Ketika menemui Tya Ariffin di acara InTrend Preloved sebentar tadi, penampilan barunya itu menarik perhatian ramai. Dia yang ditemani suami, Asyraf Khalid sentiasa melempar senyum saat mata orang ramai memandangnya. Tya yang turut membuka booth Mutyara Beauty di acara berkenaan sempat juga berkongsi rahsia cantiknya menerusi minuman kecantikan tersebut.
Kredit Foto: IG Tya Ariffin
Dari Cuba-Cuba, Kini Serius
Ketika ditanya apakah yang menggerakkan hatinya untuk berhijrah kepada penampilan bertudung kini, jawab Tya, “Memang mulanya saya sekadar mahu mencuba. Beberapa hari kebelakangan ini saya ada keluar dengan mengenakan tudung. Dan, saya yang aktif di Instagram pun memuat naik gambar saya bertudung itu.”
“Tidak sangka pula ramai yang memberi komen dengan mendoakan saya agar terus istiqomah. Mungkin dengan doa-doa anda semualah yang menguatkan lagi hati saya untuk mengenakan tudung ini. Ya, daripada hanya mahu mencuba dulu, tidak sangka pula saya terus mahu mengekalkan penampilan ini. Doakan saya terus istiqomah ya.”
Sebagai Usahawan, Saya Mahu Bantu Semua Tapi...
Tya menambah, antara doronga kuatnya untuk mengenakan tudung ini juga kerana sebagai pengusaha produk Jamu Mutyara, dia sememangnya mahu membantu lebih ramai wanita di luar sana menjana pendapatan menerusi labelnya itu. Namun, katanya bagaimana dia mahu membantu orang lain, jika dia sendiri tidak adil terhadap dirinya?
“Ya, kerana itu Tya fikir Tya harus mengubah diri Tya dahulu, barulah Tya mampu membantu orang lain untuk mengubah hidup mereka menjadi lebih baik. Inilah hikmahnya.”
Kongsi Tya lagi, suaminya juga menyokong keputusan yang dibuatnya itu.
Baru Berjinak, Jarum Pun Tak Ada
Itulah pengakuan jujur Tya saat ditanya bagaimana wardrobe barunya kini yang sudah berubah menutup aurat secara total. Katanya, apa yangn dilakukannya ini secara tidak disangka dan tanpa perancangan pun. Saat hatinya tergerak, terus sahaja dia mahu menetapkan keputusan ini.
Tambahnya, sedang mengenakan tudung, anak tudung pula tak ada. Apabila mahu mengikat tudung, jarum pula belum cukup. Namun, ia bukanlah alasan untuk Tya putus semangat dan menangguhkan niat murninya itu. “Stailkan sahaja gaya tudung mengikut gerak hati. hahaha...” Tambahnya ketawa panjang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live