,
Highlights

Cantiknya Puteri-Puteri Tunku Azizah Dalam Solekan Regal KHIR KHALID – “Keduanya Mewarisi Kecantikan Bonda..”

Afiza Kamarulzaman
17/08/2020
15:29 MYT
Kedua-dua puteri kesayangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sentiasa mencari tumpuan setiap kali mencemar duli berada di tengah khalayak umum.
Ramai memuji kejelitaan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah yang disifatkan ‘mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi’ – perumpamaan tepat menggambarkan kecantikan yang diwarisi daripada bonda mereka yang sangat rupawan.
Ketika menghadiri Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi ayahanda baginda baru-baru ini, kelibat mereka sekali lagi menjadi tumpuan umum. Karya solekan agung namun sederhana itu mendapat sentuhan daripada jurusolek terkenal, Khir Khalid.
Bersama InTrend, Khir berkongsi rahsia solekan buat kedua puteri itu dan bagaimana pandangan peribadi beliau mengenai kesantunan peribadi anakanda kesayangan Tuanku itu.
Kredit Foto: Khir Khalid
Less Is More Namun Tampil Regal
Itu konsep dan ‘look’ yang berada dalam kepala Khir Khalid apabila diberi mandat untuk menatarias Tengku Afzan dan Tengku Jihan. Ia bukanlah perkara sukar buat Khir yang sememangnya terkenal dengan sentuhan minimalis moden dan fresh dewy look. “Saya hanya kembalikan DNA solekan Khir Khalid ke dalam kanvas kedua-dua tuan puteri ini. Maka terhasilkan makeup art yang santun manis buat puteri Diraja,” Ungkap Khir.
Menurut Khir lagi, solekan mahal untuk bangsawan tidak perlu terlalu beria-ia sehingga menggenelamkan kecantikan asli rupa parasnya. Kata kunci untuk solekan sebegini ialah dengan melimitasikan penggunaan tesktur glitters dan teknik contouring yang pasti mengubah rupa sebenar.
Kredit Foto: Khir Khalid
Kedua Tuan Puteri Sudah Tersedia Cantik
Semua rakyat pasti mahu melihat puteri-puteri mereka dalam kanvas wajah sebenar. Mereka mahu berasa ‘dekat’ dan tiada jarak antara rakyat marhain dan keluarga Diraja di singgahsana. Maka, solekan untuk puteri-puteri Diraja juga seharusnya yang nampak polos dan tidak terlalu ‘melangit’.
“Kedua-dua Tengku Puteri memiliki kejelitaan tersendiri dan kanvas kecantikan berbeza antara Tengku Afzan dan Tengku Jihan. Pada mata saya, Tengku Afzan memiliki kecantikan yang begitu ‘demure’ manakala Tengku Jihan bagaikan acuan bonda baginda ketika muda dulu. Saling tak tumpah,” Tutur Khir membayangkan kembali wajah rupawan baginda.
Saat ditanya bagaimana karekter kedua-duan puteri ini ketika Khir menyolekkan mereka? Jelas Khir, “Sesungguhnya, Tengku Afzan dan Tengku Jihan mempunyai personaliti yang mengagumkan. Mereka sangat menghormati orang di sekeliling mereka, tertib dan baik hati. Bagi saya, mereka memiliki kredibiliti ‘anak raja’ sebenar yang akan disenangi setiap rakyat. Saya senang sekali bekerja bersama kedua-dua baginda puteri.”
Kredit Foto: Khir Khalid
Kredit Foto: Khir Khalid
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

“Kita Pun Tak Nak Terus Berlaku Dalam Masyarakat” - Sky Iskandar Harap Mangsa Buli Jangan Pendam, Luah Pada Saluran Yang Betul

gempak
23/11/2024
09:55 MYT
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council, Sky Iskandar berharap mereka yang menjadi mangsa buli jangan takut untuk berkongsi kejadian yang menimpa mereka.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Abby Abadi Kongsi Tips Mudah Nak Solat Bila Sedang Berjalan - “Bila Masuk Waktu, Pakai..”

gempak
23/11/2024
08:55 MYT
Pelakon Abby Abadi menerusi Instastory berkongsi tip untuk memudahkan seseorang itu terutama kaum wanita menunaikan solat ketika sedang berjalan-jalan.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Unitar