Hanis Zalikha dan Hairul Azreen antara pasangan yang dicalonkan untuk kategori Couple MeleTOP tahun ini. InTrend sempat menghubungi Hanis untuk mengetahui perasaannya tercalon dan menariknya, seisi keluarga turut memeriahkan AME 2020 untuk kategori Bintang Filem MeleTOP menerusi suaminya dan Si Cilik MeleTOp menerusi anak bongsunya, Alisa Aisyah.


“Alhamdulillah. AME tidak pernah melupakan kami sekeluarga. Malah, sentiasa menyokong kerjaya kami terutaanya Hairul dari dulu lagi. Dan, kini anak-anak kami juga turut diberi penghormatan untuk muncul memeriahkan kategori yang dipertandingkan. Walaupun bukan kali pertama menyertainya, namun setiap tahun kami sentiasa teruja bersama AME,” Ujar Hanis terharu.


Hanis juga berasakan AME menjadi sebuah platform terbaik untuk melihat sokongan peminat terhadap selebriti yang mereka pilih dan undi. “Di sinilah kita dapat lihat hubungan antara peminat dan selebriti terjalin dan saya mendoakan semua urusan berjalan lancar dan tahniah juga kepada semua yang tercalon.”


Selain Hanis Zalikha dan Hairul Azreen, pasangan yang turut tercalon dalam kategori yang sama ialah:



Jangan Lupa Ahad, 20 Disember


Selepas berbulan-bulan menjadi tanda tanya, akhirnya penganjuran Anugerah Meletop Era (AME) 2020 tetap diteruskan dalam norma baharu. Anugerah pilihan penonton itu yang sepatutnya berlangsung pada 21 April terpaksa ditangguhkan bagi mematuhi perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan pada 18 Mac lalu.


Menurut Ketua Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan dan Drama Astro, Raqim Ahmad, keputusan untuk meneruskan penganjuran AME 2020 adalah sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sentiasa memberi sokongan. “Keputusan untuk meneruskan penganjuran AME 2020 adalah tanda penghargaan dan ucapan terima kasih kepada peminat yang tidak pernah berhenti menyokong kami selama ini,” katanya dalam satu kenyataan media.


Pada masa sama, katanya bagi memastikan AME 2020 berjalan lancar, program ini akan dipantau sepenuhnya oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan pihak berkuasa.
Bilangan tetamu jemputan untuk AME 2020 juga akan dihadkan, selain acara dijalankan tanpa kehadiran penonton termasuk kelab peminat, katanya.


AME yang sudah masuk tujuh tahun penganjurannya akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse pada 20 Disember, jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD. AME 2020 juga boleh distrim menerusi perkhidmatan Astro Go dan On Demand.