Baru-baru ini, saya berhadapan dengan pengalaman yang saya sifatkan sebagai penemuan yang bernasib baik dengan pesakit yang positif dijangkiti Covid-19 (pada masa itu dia tidak tahu dijangkiti dan dia tidak bersalah dalam hal ini). Mengapa saya mengatakan ia bernasib baik? Sebabnya terdapat banyak pengajaran hidup yang boleh saya belajar dan memberi ruang saya untuk perbaiki dan meluaskan pemikiran supaya menjadi insan yang dihormati dari insiden ini. Tetapi dalam masa sama, bagaikan sukar dipercayai hinggakan membuatkan saya berasa gerun dan takut.

Kredit Foto: Google
Ia adalah pengalaman yang paling menyedihkan kerana saya dihubungi oleh doktor dari Pejabat Kesihatan Dearah Petaling pada malam Rabu itu bahawa saya telah berhubung rapat dengan pesakit yang positif dijangkiti Covid-19 dan saya akan perlu datang ke hospital keesokan harinya untuk swabs. Walau tiada seorangpun daripada ahli keluarga saya menunjukkan apa-apa gejala Covid-19, tetapi saya masih takut, risau dan panik sekiranya apa yang dikatakan oleh doktor itu menjadi realiti.


Kredit Foto: Google
Selepas beberapa hari berlalu sementara menunggu keputusan pemeriksaan, saya merasakan ia adalah tempoh untuk saya renung kembali apa yang saya lalui selama ini sebagai manusia biasa dan sebagai doktor. Betapa lamanya terasa (sedangkan baru tiga hari... dan KKM melakukan tugas yang terbaik) penantian itu membuatkan saya terfikir saya adalah mangsa seteruskan yang akan ‘pergi’. Sejujurnya saya tidak takut dengan virus ini (kerana kadar kematian sebenarnya sangat rendah) tetapi lebih takut terhadap implikasi sosial yang akan berlaku jika saya positif. Saya benar-benar takut dengan social pariah yang akan berlaku. Dihantui rasa bersalah sekiranya saya akan menjangkiti seluruh komuniti adalah perasaan yang amat menggerunkan. Sungguh!

Saya ingin menegaskan bahawa klinik kami melalui prosedur dan standard kawalan operasi klinikal yang ketat seperti kerap membasuh tangan dan kami sentiasa membasmi kuman.

Jujurnya pada mulanya saya tergolong dalam satu rombakan untuk mendedahkan Kes 26 kerana secara tidak langsungnya dia telah terlibat dalam menyebarkan virus baru. Tetapi apabila saya hampir diletakkan pada posisinya, saya dirundung pelbagai perasaan daripada ketakutan menjadi resah dan dirundung rasa bersalah. Saya ingin berkongsi kepada semua bahawa peristiwa ini telah mengubah hidup saya. Tanpa saya sedari, apabila keputusan ujian saya keluar dan telah disebarkan, nama klinik saya turut tular di Whatapps.. Ia ditularkan secara meluas hinggakan seorang rakan sekolah lama yang tinggal di Pulau Pinang menghubungi saya untuk mengesahkannya.


Kredit Foto: Google

Sementara itu Kes 26 atau Kes 33 sudah dihantui pelbagai perasaan. Saya berpendapat tidak perlu untuk terus memanggil mereka berpandukan nama atau berterusan menghakimi mereka yang menderita dan merana akibat virus ini. Adalah sesuatu yang tidak wajar netizen membenci dan membuat pelbagai tuduhan kepada semua pesakit Covid-19. Malah semua yang diperkatakan masyarakat selama ini mengenai pesakit Covid-19 mengeruhkan lagi keadaan. Dan Ya, Kes 26 adalah seorang bapa/suami/kawan kepada seseorang. Saya ingin memohon maaf kepada pesakit Kes 26 kerana telah melabelkannya sebagai seorang yang mementingkan diri sendiri dan saya dengan ikhlas hati berharap dia pulih tidak lama lagi. Bukan salahnya kerana Covid-19 kini mudah berjangkit.


Kredit Foto: Google

Dalam masa sama, saya membaca komen-komen di Instagram KKM dan saya melihat sendiri bagaimana keyboard warriors mengutuk pihak KKM. Kementerian Kesihatan Malaysia melakukan tugas mereka dengan amat baik dan kepada semua hero yang tidak didendang ini termasuk DG hingga Pembantu Perubatan yang membawa swabs ke makmal MKAK terutamanya Dr S dari Pejabat Kesihatan Daerah Petaling yang penuh sabar menjawab segala soalan dan kerisauan saya – Terima Kasih!

Kredit Foto: Google
Satu-satunya cara untuk mengelak dan menghalang Covid-19 atau apa jua jenis kuman mahupun virus teryus tersebar, merebak adalah melalui pemantauan dan keprihatinan setiap individu. Bukannya KKM, doktor, mahupun pengetua atau guru besar sekolah anak anda). Kita perlu kekal sihat iaitu makan makanan yang baik (bukannya makanan segera dan pil diet) dan kerap bersenam. Basuh tangan anda dengan kerap menggunakan sabun atau sanitizer (kandungan alkohol melebihi 70% adalah mencukupi). Elakkan berjabat tangan kerana amalan tidak bersalaman bukanlah tindakan yang tidak beradab terutamanya dalam keadaan genting seperti ini, dengan wabak yang kian merebak. Justeru, jangan mudah menilai sesiapapun atau mendesak orang lain untuk tidak melakukannya. Dan...... Jika anda mempunyai gejala seperti batuk/demam/sakit tekak dan sebagainya pakai topeng dan bukannya orang lain di sekeliling anda


Kredit Foto: Google

Akhir sekali ... Saya dengan rendah dirinya memohon maaf kepada semua atau sesiapapun sama ada dengan sengaja atau tidak mengguris hati anda melalui tindakan atau pertuturan selama ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua keluarga dan rakan yang mengenali saya atas keprihatinan dan doa anda.

Semoga selamat ,sihat dan baik-baik saja Malaysia!

Dr Imelda Idzham
Klinik Idzham Kota Damansara
8 Mac 2020