Sejak mula mengenakan hijab, jujurnya penulis tertarik dengan sikap pengacara dan usahawan Nana Mahazan. Energi, positive vibes dan hashtag #nanamanusiagigih antaranya benar-benar menggambarkan sifatnya. Walaupun sebelum bertudung lagi, dia sememangnya suka berkongsi perkara ke arah persekitaran dan minda yang lebih positif.

Dan sejak berhijab serta tampil dengan imej lebih sopan kini; bertambah lagi kobar semangatnya untuk mengajak pengikut juga orang ramai melakukan kebaikan dengan caranya yang tersendiri. Perkongsiannya baru-baru ini yang dicerap hasil tontonan ceramah pagi cukup untuk membuatkan kita berfikir dan merenung ke dalam diri. Betapa aspek masa sememangnya memainkan peranan penting dalam mencorak diri seseorang ke arah yang lebih baik.

A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ®️ (@nanamahazan)

Kredit Video: IG Nana Mahazan


Kongsi Nana dalam video yang dimuat naik di instagramnya “Pagi tadi aku dengar tazkirah pagi daripada Ustaz Omar. Dia cakap apa tau? Tidur adalah kematian kecil. Yang mana setiap hari kita diberi peluang untuk bangkit dari kematian. So that’s why, bila kita hidup; kita kena selalu bersyukur dan hargai masa yang kita ada. Peluang yang Allah berikan untuk kita bernafas hari ni untuk buat lebih baik daripada semalam.

Kalau orang kata ingat lima perkara sebelum lima perkara, exactly. Tapi bukan saja ingat tapi hargai masa. Sebab contoh pukul 8 pagi tadi tidak akan kembali lagi. So make use of the time wisely. Make sure korang cuba improve your daily, help as many people as possible, buat kebaikan. Insya-Allah.”

Semoga setiap daripada kita berusaha walaupun sekecil-kecil perkara untuk menjadi manusia yang lebih baik. Juga semoga kita juga dapat memanfaatkan setiap apa yang dilakukan demi kebaikan sejagat.