,
gaya hidup

Dah Pula Dikatanya Vaksin Ada SIHIR – Agaknya Dia Ingat Macam Cucuk SUSUK Kot? Jauh Sangat Imaginasinya

Afiza Kamarulzaman
25/09/2021
02:23 MYT
Cerita vaksin tak akan pernah habis selagi mana golongan anti vaksin masih terus dengan kefahaman dan teori mereka yang tersendiri. Seperti mana kerajaan tidak mewajibkan setiap rakyat mengambilnya, selagi itu mereka bebas untuk menolak dan bercakap apa saja tentangnya.
Namun, fikir sedalam-dalamnya sebelum bersangka sesuatu yang tiada hujahan dan bukti nyata. Memberi komen melulu tanpa ilmu hanya akan menampakkan kebodohan dan ‘kesesatan’ yang kita cipta tanpa sengaja.
Kita tidak marah, jauh sekali membenci mereka yang anti vaksin, walaupun kita tahu pentingnya suntikan vaksin Covid-10 untuk sama-sama jaga antara satu sama lain. Walau bagaimana pun, kita terima, tak apalah jika prinsip hidup iitu mahu dipertahankan.
Namun, janganlah sampai menjadi penyebar fitnah yang bukan-bukan tentang vaksin.
Seperti yang saya terbaca di satu komen pada sebuat posting yang dikongsi di laman sosial ini. Seorang warganet menulis komen menghentam vaksin yang kononnya menyebabkan suaminya yang disuntik menerima efek buruk seperti demam.
Dia juga berkongsi cara bagaimana suaminya buat untuk menghilangkan kesan vaksin itu menerusi rawatan alami seperti pengambilan madu, habatussauda, air kelapa dan melakukan bekam. Dia juga memberitahu yang suami tidak akan ambil dos kedua juga mengharamkan isteri dan anak-anaknya terlibat.
Yang paling ‘dramatik’ apabila dia turut mengaitkan vaksin dengan sihir, di mana ia datangnya dari syaitan dan iblis.
Sesuatu yang terlalu jauh untuk difikirkan. Harapan saya semoga tidak ada individu yang terpengaruh mempercayainya. Kita hormati pendiriannya tapi tidak mengenai tulisan dan teori seumpama itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Zoey Rahman Disihir, Kerap Muntah, Jadi Pemarah & Alami Kemurungan - "Saya Rasa Biasa Tetapi Pekerja Mula Tegur..."

gempak
18/10/2024
01:55 MYT
Pelakon, Zoey Rahman mengakui dirinya menjadi mangsa sihir atau buatan orang.
Hiburan

Harris Anuar Kongsi Keadaan Kak Ton, Pernah Alami Muntah Buih & Sakit Tulang Belakang Akibat Disihir - “Saya Pernah Nampak Pocong…”

gempak
12/09/2024
06:55 MYT
Pempengaruh media sosial, Harris Anuar memaklumkan ibunya yang juga usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton masih dalam menjalani rawatan perubatan Islam selepas didakwa disihir sejak 2016.
Hiburan

"Ikut Hukum Akal, Saya Dah Lama Arwah" - Berkali-Kali Disihir, Aishah Bersyukur Masih Hidup

gempak
02/09/2024
08:32 MYT
Penyanyi Datuk Aishah menzahirkan rasa syukur apabila masih dipanjangkan usia walaupun mendakwa dirinya berkali-kali pernah menjadi mangsa sihir.
Hiburan

“Dirasuk, Mendengus Seperti Harimau, Jilat Kaki…” - Shuib Dedah Arwah Siti Sarah Pernah Disihir, Rasa Dibenci Ketika Buat Persembahan

gempak
29/07/2024
00:49 MYT
Pelawak Shuib mendedahkan dia pernah berdepan dengan detik cemas apabila Allahyarham isterinya yang juga penyanyi Siti Sarah dirasuk mahkluk halus.
Hiburan

Datuk Aishah Pernah Terkena Sihir - “Apa Sahaja Yang Saya Tak Pernah Rasa, Santau, Busung, Turun Darah Berbulan-Bulan”

gempak
18/07/2024
07:02 MYT
Penyanyi Datuk Aishah mengakui pernah berhadapan dengan gangguan mistik sepanjang kariernya selama lebih empat dekad dalam arena seni.
Unitar