,
Highlights

Dalam Dunia Sekarang Hampir 80 Peratus Manusia Sebenarnya TAK GEMBIRA Dengan Diri Sendiri. Benarkah?

Huda Hussain
02/09/2020
02:00 MYT
Dunia media sosial ada pro dan kontranya. Jika kebaikan yang kita pamerkan, maka kebaikan jua yang kita peroleh. Namun demikian, jika sekejap-sekejap tengok berapa banyak ‘likes’ yang diterima, berapa ‘share’ yang sudah dikongsi, maka jawabnya memang ada sesuatu yang tidak kena dengan diri anda.
Penulis terpanggil untuk berkongsi nukilan seorang pengguna Facebook bernama Adlil Rajiah. Seorang penulis buku yang berpengalaman dan pernah menulis beberapa buah buku tentang ilmu keibubapaan. Dan usai membaca perkongsiannya, ada kebenaran yang penulis akui. Tulisnya seperti berikut:
Recently, I read an article about mental health dan ada satu part tu betul-betul kena tepat ke lubuk hati sanubari. That article mentions, dalam dunia teknologi sekarang almost 80% manusia – sebenarnya tak happy dengan diri sendiri, tak happy dengan apa yang dia buat, tapi HANYA “faking the happiness” untuk gembirakan orang lain, terutama di laman sosial.
Kredit Foto: Google
Dan kebanyakan orang, meletakkan jumlah LIKE di media sosial sebagai penyebab utama untuk gembira. Ramai orang lebih suka meraih perhatian orang lain dan meletakkan happiness diri sendiri di tangan orang lain. Haaa hamik kau. Siapa rasa macam kena tampar? Buktinya?
When we post something, we only accept LIKES and COMPLIMENTS. Dannnn kalau ada yang menegur, mengutuk, atau show something better than you have, kita tetiba rasa down dan tak happy.
Kenapa saya kata statement ni betul-betul kena tepat ke lubuk hati sanubari? Sebab few years ago, I used to be this kind of person. A lifestyle blogger yang suka tulis panjang-panjang tentang diri sendiri. Siapa yang follow blog saya tahun 2010-2013, mesti tahu betapa tak matangnya perangaiku dulu ya rabbiii rasa nak bunuh diri bila teringat balik. Hahah.
And what makes me stop writing about my personal self to please people ialah – sebab letih. It's so true when the research says, orang yang buat sesuatu hanya untuk please people (memuaskan orang lain), hanya untuk gain attention orang lain, supaya orang kagum dengan dia, supaya orang sayang dia, supaya orang terima dia adalah orang yang sebenarnya tak happy dengan diri sendiri.
So hari ni saya nak share some simple guide yang saya sendiri buat selama ni, in order to love myself more, to put my happiness as my #1 priority and LESS PLEASING PEOPLE.
Kredit Foto: Google
  1. Sentiasa Berada Dalam Keadaan Sedar
When doing something, ask yourself:
  • Adakah aku buat ni untuk diri sendiri?
  • Atau untuk memuaskan orang lain?
  • Atau supaya orang puji?
  • Atau sebab orang suruh?
  • Atau sebab orang lain pun buat?
Bila make up, bila dress up, bila ambik gambar, bila ambik video, bila post kat social media, ask yourself that question. Dan tanya diri, adakah benda ni betul-betul apa yang aku nak? Adakah benda ni betul-betul buat aku happy? Adakah benda yang aku buat ni, buat Allah bertambah redha dengan aku? Be extra careful sebab kadang-kadang semua soalan ni kita jawab “yes”. Tapi most of the time, “yes” tu sebenarnya ialah “no”.
Tapi sebab kita ni in denial, so kita buat juga. Contohnya, kita tahu kasut tu tak selesa, tapi kita pakai juga sebab cantik di mata orang lain. Kita tahu baju tu tak menutup aurat dengan sempurna, tapi kita pakai juga sebab minggu lepas pakai, ramai orang puji. Kita tahu anak kita tak suka bergambar, tapi kita paksa juga dia bergambar, sebab ramai kata anak kita comel. Faham kan?
Sebenarnya kita sedang menutup kecelaan diri dan lebih kepada nak please people berbanding mementingkan happiness diri sendiri dan impian hidup sendiri.
Menurut kajian, jika “mental problem” ni berterusan self-worth dan confidence dalam diri seseorang tu lama kelamaan akan hilang. Sebab kita dah meletakkan happiness diri sendiri di tangan orang lain. Dan kita semakin tak percaya bahawa kita boleh happy hanya dengan mengikut fitrah semula jadi dan keperluan diri.
Kredit Foto: Google
  1. Pecahkan Tradisi Dan Mentaliti Salah
Siapa yang memulakan penyakit “pleasing people” ni? Jawapannya – Turun temurun. Kita dah terbiasa dengan budaya membanding-bandingkan dan tengok orang lain.
  • “Tengok anak jiran sebelah tu, kecik-kecik dah hafal 20 surah.”
  • “Tengok anak paklang awak tu, petah bercakap sampai masuk pidato peringkat benua asia.”
  • “Tengok anak kawan mak ni, pandai buat kek, pandai cari duit. Sebab tu ramai orang sayang.”
Jadi lama-lama kita pun lebih cenderung nampak kelebihan orang lain dan hanya nampak kekurangan diri sendiri. Budaya macam nilah sebenarnya yang mengikis self-power dan originaliti dalam diri dan akhirnya hidup hanya untuk please people atau memuaskan hati semua orang KECUALI DIRI SENDIRI.
So let’s break this tradition. Let’s appreciate our children for WHO THEY ARE. For who Allah has made them. STOP COMPARING.
Kredit Foto: Google
  1. Put Your Happiness First
To be frank, dulu saya adalah orang yang suka buat orang lain happy dan ketepikan kebahagiaan diri sendiri. Sebab saya rasa diri saya terlalu banyak kekurangan dan tak layak untuk rasa happy. Tapi lama kelamaan, bila saya semakin letih happykan orang lain, baru saya sedar, happykan diri sendiri juga penting.
So I start doing what I love to do and being who I love to be. And based on those two factors, saya cuba bahagiakan orang yang betul-betul appreciate diri saya sepertimana yang saya mahu jadi. I establish a connection between the things I love to do, and how they are beneficial for others. Being happy with yourself is not selfish. It’s a responsibility – to ourselves and to other people.
So be happy with yourself, with every single thing you have in life, and you will definitely make people around you happy as well. InsyaAllah
Kredit Foto: Google
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Aku Ni Balik Tengah Malam, Tu Yang Lama Tak Bangun Tengah Malam" - Alif Satar Syukur Diberi 'Peringatan'...

gempak
24/11/2021
12:33 MYT
Selebriti versatil, Alif Satar akui kehidupannya juga mengalami naik turun seperti insan lain.
gaya hidup

Percaya Atau Tak, Ini Antara Cara Makhluk Halus Masuk Dalam Rumah Kita. Cakna Sebagai Peringatan Bersama.

gempak
04/09/2021
07:49 MYT
Banyak sebab kenapa orang-orang tua ingatkan kita dengan pelbagai pesanan. Mulanya kita tak percaya tapi ada logiknya.
gaya hidup

10 Perkara Ibu Bapa Kena Beritahu Anak Walau Nampak Kecil Dan Remeh. Penting Supaya Mereka Lebih Bersedia.

gempak
03/08/2021
04:28 MYT
Nampak ringan, tak penting dan simple. Tapi kalau dari kecil dah diingatkan pasti anak-anak akan mudah faham. Suaikan mengikut peringkat usia, Insya-Allah pasti lebih mudah.
gaya hidup

Insaf, Sedih Lihat Perkakas Ini? Kerana Kematian Itu Hanya Di Pelupuk Mata, Maka Ambillah Masa Persiapkannya.

gempak
03/03/2021
09:54 MYT
Mati itu pasti dan walaupun perit, pahit untuk melaluinya cekalkan hati untuk bersiap sedia. Kerana hanya amal yang jadi bekalan dibawa saat berhijrah ke alam lain.
Hiburan

"Sibuk Mencari Cinta Di Luar, Sedangkan Rumah Tangga Yang Halal Dibiar Berantakan" - Puteri Sarah Kongsi Ujian Usia

gempak
28/10/2020
05:30 MYT
Setiap daripada kita pasti akan diuji.
BorakSeeni