Highlights
Dalam Keluarga Ni, Kalau Ada Sifat DENGKI Antara Adik-Beradik, Jawabnya Sampai Bila-Bila Tak Akan HARMONI.
Apa pun persengketaan, selalunya ia bermula dengan sifat dengki, kemudian disulami api-mengapi yang akhirnya membawa benci. Daripada benci, tercetuslah sakit hati yang disudahi dengan permusuhan. Walaupun kembali berbaik, andai sifat dengki itu tercetus kembali, ia tetap tidak mampu bertahan harmoni.
Maka, kata kuncinya di sini, jika adik-beradik mahu sentiasa bersatu hati dan kekal bahagia, tolonglah dijauhkan sifat dengki dan iri. Allah swt berfirman; “Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang lain. Kerana bagi orang lelaki, ada sebahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sungguh, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (QS. An-Nisa ayat 32)
Kredit Foto: Google
Advertisement
Bagaimana Memadam Api Dengki Antara Adik-Beradik?
- Pandanglah adik-beradik dengan pandangan kasih-sayang seikhlas hati. Jangan dipandang mereka seperti musuh, sekali pun ada perbuatan mereka menyakitkan hati. Mudahkan hati untuk sentiasa memberi dan menerima maaf. Maka, hubungan akan sentiasa jernih.
- Pandanglah kejayaan adik-beradik seperti kejayaan sendiri. Raikan kegembiraan mereka seperti kegembiraan sendiri. Anggaplah rezeki mereka sebagai rezeki kita juga.
- Bersangka baik dengan setiap kejayaan yang dicapai oleh adik-beradik yang lain, sekali pun mereka tidak pernah membantu kita saat kita dalam kesusahan. Doakan terbuka hati mereka untuk memandang adik-beradik yang mungkin memerlukan.
- Sentiasa berkata yang baik-baik dan jangan sesekali mengeluarkan kata-kata yang mudah melukakan hati orang, jika kita sendiri tidak mahu dilukai.
- Apabila membantu adik-beradik yang susah, bantulah seikhlasnya. Jangan diungkit selepas itu atau mengharapkan ganjaran lain selepas membantu.
- Jangan canang keburukan adik-beradik kepada sesiapa pun, baik antara ahli keluarga atau orang luar. Jika ada ketidak puasan hati, cakaplah terus kepada orang tersebut. Elakkan sikap mengadu-domba sehingga keburukan seseorang itu dipanjang-panjangkan.
- Saling bantu-membantulah antara adik-beradik. Yang lebih bantu yang kurang, yang ada tolong yang tiada. Begitulah resamnya hidup berkeluarga jika mahu silaturahim terpelihara hingga hujung nyawa.
- Apabila melihat si A baik dengan si B, jangan menjadi si C yang menabur benci atau melaga-lagakan. Tumpang gembiralah apabila melihat adik-beradik berhubung erat. Doakan keutuhan itu kekal dan kita sendiri diberi kebahagiaan daripada keharmonian itu. Insya Allah.
Must-Watch Video