Highlights

Dalam Situasi Sekarang, Lantaklah Apa Orang Nak Kata, Kita Kena Gigih Cari Rezeki. Juallah Apa Pun...

gempak
Afiza Kamarulzaman
12/11/2020
14:17 MYT
Sponsor Banner
Dalam Situasi Sekarang, Lantaklah Apa Orang Nak Kata, Kita Kena Gigih Cari Rezeki. Juallah Apa Pun...
Dalam keadaan ramai hilang pekerjaan, syarikat gulung tikar, pekerja diberi pampasan, ada juga yang diberhentikan begitu saja, duduk termenung bukanlah jawapan bijak. Untuk malu mencari rezeki yang lain daripada kebiasaan bukan sesuatu yang bagus. Lupaka baju-baju cantik ke pejabat atau waktu kerja sembilan pagi ke enam petang.
Kini, kebanyakan orang sudah mula mencari rezeki dengan cara tersendiri. Tidak lagi mahu mengharap kerja makan gaji yang tidak memberi jaminan sepanjang hayat, kini ramai yang mula berniaga kecil-kecilan. Bagi kebanyakan peniaga, bukan lagi mahu mencari kekayaan, sekadar lepas membayar hutang, makan dan pakai sudah seribu rahmat.
Kredit Foto: Google
Berniaga dan Kerja Sendiri Pilihan Akhir
Sedangkan inilah pilihan terbaik yang turut dianjurkan Islam untuk berniaga tapi apakan daya ia menjadi pilihan terakhir sesetengah daripada kita. Sikap tidak yakin atau sudah selesa dengan kerja makan gaji menyebabkan kebanyakan kita takut-takut untuk menceburi perniagaan sendiri.
Banyak sumber dan pilihan perniagaan atau bekerja sendiri yang boleh diceburi sekarang ini. Jadi, janganlah kita sedih jika dibuang kerja atau hilang sumber pendapatan secara tiba-tiba kerana Allah sudah menjanjikan rezeki Nya kepada hamba-hamba Nya yang tidak putus berusaha dan berdoa.
Kredit Foto: Google
Antara Pilihan Kerja Sendiri Atau Perniagaan Paling Popular Sekarang Ini:
  • Sebagai penghantar makanan atau barangan
  • Agen produk atau dropship
  • Berniaga makanan di tepi jalan atau secara food truck
  • Berniaga makanan dalam talian
  • Menjual pakaian, tudung
  • Menjual kek, manisan atau makanan viral
  • Menjadi personal shopper
Kredit Foto: Google
Usaha, Ikhtiar, Tawakal, Doa
Jangan berhenti berusaha dan hilang harapan. Setiap kalian yang mahu memulakan pencarian rezeki dengan berniaga adalah satu tindakan yang sudah tepat. Ia bukanlah jalan sia-sia kerana di setiap usaha itu ada jalan. Di setiap jalan itu pasti ada destinasinya. Jadi, janganlah berasa was-was untuk mencuba.
Apa pun, pastikan modal atau pelaburan yang dibuat masih dalam lingkungan munasabah dan tidak melebihi bajet kewangan peribadi. Elakkan membuat pinjaman semata-mata mahu membuka perniagaan. Dalam keadaan sekarang, meminjam di institusi kewangan bukan jalan terbaik dengan kadar faedah yang menyeksakan.
Biarlah bisnes itu kecil sahaja janji tidak mendatangkan risiko. Dan, biarlah ia tidak kelihatan gah, janji kamu mampu untuk mengendalikannya. Sentiasa beringat akan matlamat kamu mencari rezeki. Bukan mencari kemewahan dunia tetapi mencukupkan keperluan untuk kelangsungan hidup.
Dan, jika rezeki semakin berlimpahan dan kamu semakin yakin untuk membesarkan perniagaan, barulah dilakukan setangga demi setangga. Jangan terburu-buru dan pastikan kamu tidak lupa untuk menekan butang ‘pause’ jika terkadang langkah yang dikayuh semakin laju ke depan.
Berhenti untuk menarik nafas seketika agar kamu tidak tersasar daripada landasan. Selamat maju jaya kepada semua anda yang sedang bertungkus-lumus mencari rezeki.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live