Jenama global yang menjadikan ‘London’s high fashion’ dapat diakses oleh semua orang di seluruh dunia, London Rag kini membawa gaya dan koleksi yang sama ke Malaysia. Menjanjikan hanya yang terbaik, jenama ini bakal melengkapi rakyat Malaysia dengan pakaian, kasut dan aksesori bergaya, edgy lagi terkini.

Bermula di tengah-tengah kota London, berbekalkan keinginan berterusan untuk mengatur trend perubahan dalam fesyen, London Rag sentiasa berusaha untuk mencipta sesuatu dalam dunia fesyen. Bersandarkan identiti bandar yang tidak asing dengan fesyen ini, ia menawarkan seleksi pilihan buat semua penggemar fesyen.




Setelah berkembang di peringkat antarabangsa, misi jenama ini cukup jelas yakni memberikan apa yang mereka mahukan kepada semua. Pakaian dan kasut berkualiti tinggi yang boleh dipakai oleh individu dengan pilihan yang unik boleh diakses walau di mana anda berada.

"Walaupun produk kami telah tersedia dalam talian di Asia untuk sementara waktu, baru-baru ini kami melihat lonjakan pesanan dari Malaysia! Dengan itu, kami meneliti kehendak pasaran untuk memahami apa yang diminati rakyat Malaysia. Dengan mempertimbangkan semua keperluan fesyen rakyat Malaysia, kami menguruskan beberapa item khusus untuk pasaran Malaysia, termasuk koleksi ‘modest wear’. Kami gembira dan bersedia untuk menguar-uarkan koleksi baru ini!" kata Kamlesh Chandiramani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan London Rag.








Menawarkan seleksi koleksi produk untuk pelbagai kategori fesyen dari koleksi 'activewear' yang selesa hingga helaian 'dress' glamor cukup bergaya. Ia juga merangkumi pelbagai pakaian 'trendy modest wear' hingga seleksi 'bold, fashionable tops' yang pastinya menepati cita rasa anda. Disini, pasti ada sesuatu untuk semua dan setiap acara.