gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Saya Ingat Saya Akan Meninggal, Kepala Nak Meletup, Dada Sesak..." - Dahlia Rizal Kongsi Pengalaman Bersalin, Sakit Ambil Epidural
HIBURAN
Ada Hubungan Istimewa Dengan DJ Internasional? Ini Respons Sabronzo Dolla - “Saya Terharu Ramai Nak Tahu…”
VIRAL
"Tolong Jangan Asyik Tambah Anak" - Datuk Bandar Tegur Golongan Miskin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
READ

Daripada Makhluk Tuhan PALING SEKSI Kepada Tudung Labuh Nan Suci — Indahnya Penampilan MULAN JAMEELA

gempak
Afiza Kamarulzaman
06/12/2019
09:52 MYT
Sponsor Banner
Daripada Makhluk Tuhan PALING SEKSI Kepada Tudung Labuh Nan Suci — Indahnya Penampilan MULAN JAMEELA
Kisah penyanyi Indonesia ini, Mulan Jameela berhijab bukanlah cerita baru. Mulan mula berhijrah dengan mengenakan tudung dan meninggalkan imej seksinya kira-kira setahun yang lalu. Walaupun, ramai yang mengatakan bahawa Mulan mula berhijrah selepas dia pulang dari Palestin, hakikatnya waktu itu hatinya masih berbolak-balik.
Menerusi temubualnya bersama media Indonesia di Youtube, Mulan tidak menafikan ketika berada di Palestin, hatinya banyak dijentik dengan keinsafan atas segala dosa-dosa yang dilakukan sepanjang hayatnya. Dia sentiasa dibelenggu rasa takut dengan hal kematian, pembalasan dan sentiasa tercari-cari dirinya yang banyak hanyut dengan hal duniawi.
Katanya lagi, sepanjang berada di Palestin, jiwanya terasa amat tenang dan damai. Hari-harinya dipenuhi dengan amal ibadat dan melihat kebesaran Allah yang tidak pernah dirasainya sebelum ini.
Setiap hari dia dan suami, Ahmad Dhani akan berjalan bersama menuju ke masjid untuk beribadat. Aktiviti yang sungguh syahdu buat mereka berdua, yang tidak pernah mereka nikmati walau di mana pun mereka pergi sebelum ini.
View this post on Instagram
A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1) on Mar 25, 2019 at 7:44pm PDT
Tragedi Dalam Pesawat Yang Membuka Mata
Cerita Mulan lagi, ketika berada dalam penerbangan transit dari Oman ke Jordan, berlaku satu tragedi yang tidak dapat dilupakannya. Pesawat yang mereka naiki tiba-tiba terasa tidak stabil. Keadaan sedikit panik apabila terasa goyangan yang kuat sehingga membangunkannya dari tidur.
Paling menyentuh hatinya waktu itu adalah apabila melihat suaminya, terus berdoa dalam jangka waktu yang sangat panjang, paling lama yang pernah dia melihatnya.
Saat itu mereka berpegangan tangan dan sama-sama redha jika di sinilah pengakhiran kehidupan mereka, walau waktu itu hati Mulan gundah juga memikirkan anak-anak yang ditinggalkan.
Namun, katanya sebaik selamat tiba di Jakarta, dia tidak juga berubah terus. Dek kerana tuntutan kerja dan komitmen nyanyian yang masih berbaki, Mulan tidak mengenakan hijab secara penuh. Waktu itu, dia akui hatinya masih berbolak-balik. Godaan duniawi masih tidak mampu ditumpaskannya lagi.
Mulan melahirkan rasa syukur kerana walau selepas berkali-kali Tuhan itu menurunkan hidayah dan petunjuk kepadanya, dia masih diberi nafas untuk terus membaiki kesilapan diri.
Luahnya, dia berasa amat malu untuk terus hidup sebegitu jika masih tidak peduli dengan setiap teguran yang telah diberi.
Akhirnya, Mulan berjaya juga membulatkan hati untuk benar-benar kembali ke jalan Allah yang diredhai. Mulan secara tenang mengubah dirinya dengan sempurna perlahan-lahan, dalaman dan luaran.
Kini, katanya dia berasa sungguh tenang dan menjadi lebih matang melalui setiap ujian hidup, tidak lekas melenting mahupun terkesan dengan apa jua tanggapan orang buatnya.
View this post on Instagram
A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1) on Jan 28, 2019 at 8:46am PST
10 OOTD Mulan Jameela Cantik Bertutup Sempurna

Kredit foto: IG Mulan Jameela

Kredit foto: IG Mulan Jameela
Kredit foto: IG Mulan Jameela
Kredit foto: IG Mulan Jameela
Kredit foto: IG Mulan Jameela
Kredit foto: IG Mulan Jameela
Kredit foto: IG Mulan Jameela
Kredit foto: IG Mulan Jameela
View this post on Instagram
A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1) on May 16, 2019 at 8:44pm PDT
View this post on Instagram
A post shared by Mulan Jameela (@mulanjameela1) on May 4, 2019 at 7:08am PDT
Topic Berkaitan
#Gaya Hidup
#Fesyen
#Mulan Jameela
Must-Watch Video