Ketika ditanya apakah rahsia kecantikannya? Katanya, dia tidakah terlalu remeh dalam bab penjagaan kecantikan cuma beliau menitikberatkan penjagaan dalaman. Kata Datin Paduka Eina Azman yang gemar memasak ini, beliau sentiasa mengambil banyak buah-buahan, sayur-sayuran dan minum air putih.


Tiga perkara ini memang diambil dalam kuantiti yang banyak setiap hati dan beliau sentiasa memastikan stok buah dan sayur sentiasa ada di rumah. Lebih menarik lagi, beliau turut berkongsi sejenis jamu buatannya sendiri yang sudah diamalkannya sejak zaman sekolah lagi. Jamu ini diminumnya setiap pagi.



Kredit Foto: IG Eina Azman



Cara membuatnya:

Kisar kunyit, daun sirih, daun inai dan manjakani. Kemudian, tapiskan airnya dan airnya itu diminum setiap pagi.

Mudah saja, kan? Selamat mencuba.